"Lan bangun nanti lewat nak pergi sekolah" Misah menggerakkan badan adiknya untuk bangun.Namun adiknya Lan tidak endahkan panggilan kakaknya dan tetap tidur. Misah rasa geram melihat Lan yang tiada tanda-tanda ingin bangun, dia mula tarik rambut yang hampir dekat telinga Lan."Aduh..aduhhh sakit kakkkk" Lan mengerang kesakitan."Hah tau pun sakit, cepat pergi mandi nanti Mak Babu bising lagi kalau kau ketinggalan perahu"Misah cuba mengingatkan Lan tentang Makciknya adik kepada bapa yang suka membebel jika adiknya selalu tertinggal perahu.Mereka yang tinggal di pendalaman akan menggunakan perahu kerana akan melalui sungai untuk melintasi ke seberang.
Melihat Lan sudah pun bangun untuk mandi,Misah bergegas keluar dari bilik adiknya dan menuju ke dapur untuk membuat kopi dan bekalan Lan dan bapa.Misah memandang pintu dapur terbuka 'ish budak ni lupa lah tu nak tutup pintu' getus hati Misah.Dari tepi dinding bambu itu dia melihat bilik mandi bercahaya terang oleh lampu pom.Misah kemudian menyusun kayu-kayu api untuk memasak air.Dia sempat menoleh ke ruang tamu kerana terdengar suara adik bongsunya Mira seperti bercakap dengan seseorang.Bukan baru hari ini dia seperti itu, tapi sudah berhari-hari Mira akan begitu seolah-olah dia sedang berbual dengan seseorang.Melihat tiada sesiapa di ruang tamu , Misah meneruskan kerjanya di dapur.Dia mengambil periuk nasi yang nasinya sudah dia hancur-huncurkan semalam untuk di goreng pagi ini."Krekkkkkkkkkk"bunyi pintu dapur di buka buat Misah terkejut.Dia melihat ke arah pintu dapur di lihatnya Lan tersengih-sengih sambil menunjukkan giginya yang ikut mengigil akibat kesejukan."Lain kali bagi lah salam, bukan main masuk saja" Misah yang masih muka terkejut tadi jadi bengang melihat adiknya kerana kebiasaan Lan akan bagi salam tak kisah berapa kali dia turun naik tangga dapur tetap akan bagi salam.Lan terus masuk ke ruang tamu dan menuju ke biliknya."Ish budak ni dia lupa lagi nak tutup pintu , dah tau kat sini hutan macam-macam benda ada' bisik hati Misah.Dia pun menuju ke pintu dapur untuk menutupnya.Baru saja dia hendak capai tombol pintu bambu, kelihatan lembaga yang seperti menyerupai manusia menuju ke arahnya."Kak..kak...tunggu jangan tutup pintu, Lan dah siap mandi ni"Lembaga yang di lihat itu menyerupai adiknya Lan yang sedang berlari-lari anak menuju ke tangga.Misah tersentak,lidahnya jadi kelu seperti di gam tak dapat berkata-kata.Lan langsung tak perasaan melihat situasi kakaknya.Dia pun berlalu pergi ke biliknya."Misah..kenapa berdiri di pintu , air dah mendidih dah tuu" Sapaan bapa membuatkan Misah sedar dan bergegas melihat air panas yang di masaknya.Misah hanya melihat bapanya turun ke bawah pergi ke bilik mandi.Sambil dia hendak menggoreng nasi, dia asyik berfikir kenapa ada dua orang yang berwajah sama seperti adiknya tadi.Mana satu Lan, yang pertama atau pun yang ke dua.Misah berteka teki dalam hati sehingga membuat fikiran dia jadi celaru.Setelah selesai menyiapkan sarapan, Misah ke ruang tamu dia melihat jam sudah pun menunjukkan 4.40 pagi.Lan sudah bersiap hendak ke sekolah."pergi sarapan dulu , bekal kau dan bapa dah kakak letak di atas meja juga tu" Misah menyuruh Lan untuk bersarapan.Tidak lama kemudian, bapa datang setelah siap mandi dan menuju ke biliknya.Di rumah itu bapa membuat tiga buah bilik tidur , untuk Lan, bapa dan Misah kongsi dengan Mira.Rumah mereka tidaklah besar hanya mampu menampung mereka anak beranak.Rumah yang di bina menggunakan buluh bambu dan hanya beratapkan daun nipah sahaja.Walaupun bukan rumah papan tidak menjadi masalah buat Misah dan adik beradiknya.Emak Misah meninggal dunia dua tahun lalu akibat sakit jantung.Jadi Misah lah yang selalu membantu bapa dalam membuat kerja rumah.
Bapa menjamu sarapan sebelum berangkat pergi ke kerja.Bapa kerja di kebun seberang milik orang kaya sana.Setelah bapa dan Lan sudah pergi ke pangkalan sungai untuk menaiki perahu, Misah cepat-cepat menutup dan mengunci pintu luar.Dia bimbang akan berlaku kejadian seperti subuh tadi.Hari masih gelap, Misah melihat jam sudah pun 5.30 pagi , sebentar lagi hari akan terang dan dia akan memberi ayam-ayam bapa makan dan juga dia akan menyiram tanaman sayur-sayuran mereka.Misah mengemas bilik bapa dan Lan.Setelah selesai dia pergi ke biliknya.Dia hairan melihat tempat tidur meraka yang beralaskan tikar mengkuang dan selimut itu kosong.Dia lantas ke ruang tamu, matanya melilau-lilau mencari adiknya Mira.Tapi Mira tidak kelihatan di ruang tamu, lalu dia segera ke dapur dan dia melihat Mira berada di dapur.Misah senyum sambil tangannya mengurut dada tanda lega.Mira yang sedang menikmati nasi goreng tersenyum melihat kakaknya berdiri di pintu , perantaraan ruang tamu dan dapur."Bila masa kau pergi dapur dik?"Misah menyoal adiknya sambil duduk berhadapan Mira.Misah mula menyedok nasi goreng dan menuang kopi untuk dirinya."Tadi kan kakak di bilik bapa, mana lah kakak nampak adik pergi dapur "Mira menjawab pertanyaan kakaknya.Mira baru berumur enam tahun , manakla Lan berumur sembilan tahun dan Misah pula berumur 14 tahun.Misah dan Mira menikmati sarapan mereka sambil bercerita dan sesekali mereka tertawa.Hari makin terang , Misah buka jendela dan pintu membiarkan udara segar masuk ke ruang rumah mereka.Dia kemudian pergi ke penjuru beranda untuk mengambil baja jagung untuk di beri ayam makan.Baja di simpan di atas rak yang di perbuat dari buluh bambu.Kemudian dia turun ke bawah kolong untuk ke reban ayam .Setelah selesai memberi ayam makan , Misah meneruskan kerjanya dengan menyiram tanaman sayur-sayuran.Bapa sangat rajin menanam sayuran, sehinggakan mereka tidak pernah kehabisan sayur.Misah berpaling melihat adiknya Mira duduk di tangga bambu sambil tuala di letakkan di bahunya .Misah senyum, seperti biasa adiknya akan menunggu dia selesaikan kerjanya baru mereka berdua pergi mandi.Sewaktu Misah melihat ke arah adiknya , matanya sempat terlihat pintu rumah mereka yang terbuka seperti ada bayangan orang sedang berjalan-jalan di ruang tamu....................................
YOU ARE READING
SAKA KETURUNAN
Horror#PROLOG# Dari dinding bambu yang tidak rata itu dapat di lihat tubuh yang di ikat menggunakan rotan buluh bambu, makin membesar dan mengeluarkan bulu-bulu hitam dan tajam. "Cepat!!! mari pergi ke perahu" Mak Babu memanggil Misah dan adik-adiknya yan...