Pintu kedai yang menjual alatan seni itu ditolak oleh Luiz. Kedengaran bunyi lonceng yang tergantung pada bahagian atas berbunyi apabila berlanggar dengan pintu itu.
"Selamat datang, cari apa ye encik?" Ramah pembantu kedai itu menyoal apabila melihat Luiz seperti tercari-cari sesuatu dibahagian rak cat minyak.
Sempat gadis itu mencuri pandang Luiz daripada atas hingga ke bawah sebelum air liurnya ditelan. Kacak wey.
Luiz hanya bertshirt putih dan berseluar slack coklat gelap. Rambutnya pula disisirkan ke tepi. Walaupun pakaiannya cukup simple tetapi dirinya tetap juga nampak menyerlah kerana wajah yang sememangnya kacak terbentuk.
"Kanvas putih saiz A0 10 dengan cat minyak ikut senarai warna ni," satu helai kertas dihulur pada gadis dihadapannya.
"Oh, okay sekejap ya..." pekerja itu terus berlalu pergi mencari barang yang tersenarai dalam kertas putih pada tangannya.
Mata Luiz meliar. Kedai itu masih kekal sama seperti 2 tahun yang lalu sejak dia menjadi pelanggan tetap. Hanya kedai ini sahaja yang sering menjadi pilihan Luiz kerana semua barang yang diperlukan pasti akan ada, juga kedai ini terletak sedikit jauh dari pandangan manusia. Tidak lah terlalu sesak.
2 tahun....
Waktu yang lama.
Sedang dia melihat-lihat sekelilingnya, lonceng yang tergantung pada pintu kedai itu berbunyi lagi sekali. Menandakan ada seseorang pelanggan masuk ke dalam.
Jam berjenama Rolex yang terlekat pada tangan Luiz di pandang sekilas.
10:10 am.
That it.
Sah ada orang yang mengikuti jejak langkahnya. Bagaimana dia boleh yakin dengan tekaannya itu. Kerana kedai ini dibuka tepat jam 10 pagi pada setiap hari.
Ini bermakna baru sahaja 10 minit berlalu setelah kedai ini dibuka, dan baru sahaja 54 saat sejak Luiz jejak masuk ke dalam. Ianya sangat mustahil untuk pelanggan lain datang dalam masa 54 saat. Kerana kedai itu terletak sedikit jauh daripada kedai kedai yang lain. Dan sebelum masuk tadi, sempat mata tajam Luiz meliar sekeliling berjarak 400 meter daripada arah kedai.
Dia pasti tiada langsung kelibat manusia yang berbaju hoodie ini tadi.
Lagipula sudah beberapa hari Luiz perasan, pergerakannya seperti diperhatikan oleh seseorang. Firasatnya begitu kuat untuk menidakkan.
Tetapi siapa?
Hal itu masih lagi menjadi tanda tanya di fikiran Luiz.
Polis? Adakah kegiatannya selama ini telah terhidu oleh pihak organisasi itu?Ataupun seseorang yang telah dibayar untuk mengikuti dirinya.
Barang kali musuh.
Ataupun pembunuh.
Tetapi siapa?
Luiz masih lagi berlagak seperti tiada apa yang berlaku. Matanya mengerling ke arah susuk tubuh yang masuk ke dalam kedai itu sebentar tadi.
Berhoodie hitam menutupi kepala. Topi berwarna gelap. Seluar slack hitam. Berkasut kulit yang bertumitkan seinci daripada tanah.
Melihat daripada segi rangka bentuk tubuhnya. Luiz yakin stalker berhoodie itu berjantinakan perempuan.
Senyuman melebar.
Adakah ini juga merupakan salah seorang peminat yang obses dengan Luiz seperti 4 bulan yang lalu?
Ataupun....
Luiz meletakkan kedua tangannya masuk ke dalam kocek. Kaki elok mengatur langkah pada figura perempuan berhoodie gelap itu.
Tetapi semakin dia mendekat malah gadis itu semakin menjauh.
YOU ARE READING
BOOK 3 | My Insane Lover [ COMPLETED ]
Mystery / Thriller(Stand alone book but also with the mafia series) ROMANCE/ PSYCHOLOGICAL/ THRILLER AUTHOR ASYA BOOK 3 : HIDDEN STORY Luiz Martin seorang lelaki kacukan Eropah, hidupnya seperti tenggelam dalam lautan yang luas. Gelap, suram itu bagaikan sudah sebat...