Part.2 : "Tanyakan AKU!"

15 0 0
                                    

Dunia ini semakin lama semakin tidak terdaya untuk
Aku tempuhi, Aku jalani..
Tetapi Aku paksakan juga kaki melangkah dan mengejar mereka yang telah mara ke hadapan.

Aku lelah.!
Membuat segala yang tidak bahagia Aku kerjakan!

Aku lelah.!
Mengerjakan sesuatu yang perlu Aku tahu, Aku ini, dan Aku itu.. sedangkan perkara itu tidak ingin Aku tahu apatah lagi ambil tahu!

Aku lelah.!
Melakukan yang Aku 'perlu' sedangkan yang Aku mahu hanya terbiar sepi tanpa ada yang ingin mengambil tahu!

Tanyakan Aku..
Apa yang kumahu agar Aku tahu kau semua mempedulikan Aku!

Tanyakan Aku..
Apa yang Aku sukai.?
Sokongi Aku, supaya Aku rasa Aku mampu
menempuhi segala yang berliku dihadapan Aku
Dan.. supaya Aku tahu kau semua sentiasa ada dibelakang Aku.

Tetapi itu, sekadar angan Aku!
Dunia ini tidak sebegitu!
Dunia ini tidak adil pada Aku!

Tetapi itu, sekadar angan Aku!
Mimpi di dalam tidur-ku!
..dan
Fantasi di dalam jaga-ku!

Terlalu mementingkan sesuatu yang telah ditetapkan
tanpa mengambil tahu rasa hati Aku!
Aku simpan dan Aku pendam sedalam-dalam,
biar rasa itu terbenam!

Menjadi apa yang mereka mahu dan bukan apa yang Aku ingin!
Mereka tidak benar-benar mempeduli,
Itu dunia yang sedang Aku duduki..
..duduki bersama mereka yang tiada
ber-Tanyakan Aku!


.

.

(Hiii korang 👋🏻.. Assalamualaikum 🙃.
Pernah tak korang rasa dunia ni kejam? 💭 Pernah tak korang rasa semua orang terlalu pantas ke depan buat itu ini tapi korang tertinggal dibelakang?
🏃🏻‍♂️🏃🏻‍♀️.........................🚶🏻‍♂️🚶🏻‍♀️Masih stuck! 😖 Masih blur tak tahu nak buat itu ini.. 😵 Rasa nak menangis.. 😔 Rasa bodoh.. 🤯 Rasa terpaksa.. 🤢 tersiksa.. 🤮
Rasa bercampur-baur sampaikan tak faham diri sendiri 😶..! Pernah..? Kalau tak kisah, kongsi laa cerita hangpa.. 💬 Hangpa jadi 'authors' and biaq Author pulak jadi 'reader' hangpa 🤣. *Speaking Utaqha pulak dah. Tiberr.. 🤭*

Anyways, "Tanyakan Aku!" ni Author buat
beberapa tahun lepas [2018] untuk bacaan syoq sendiri 😅. "Tanyakan Aku!" luahan yang agak deep bagi diri Author time tu.. 🗯️💣Kononnya laa 🤭. Apa pendapat korang tentang "Tanyakan Aku!" ?

*Komen baik2, ini bukan permintaan tapi Arahan! Kalau tak, Author cari korang dahtu kasi lenyet2 mulut korang. Eh? 🤣*
Author suka korang jujur sebenarnya 😁. Panjangnya Author sembang mengalahkan panjang Puisi dah kot 🤭. Sudi2 laa komen, Author suka baca komen 😅. #HobiOrangSunyi

Okeylah, bai.. 👋🏻 Assalamualaikum
<Finally, berambus jugak Author nii 😒>
*Heii.. Jangan carut i ..! 😤*)

MADAH CORETAN JIWAWhere stories live. Discover now