Sesakit hati, sepedih luka
Menahan diri, menahan rasa
Sekian lama menanggung derita
Sekian lama diri dipersiaMengharap munculnya insan yang benar-benar setia
Mengharap tibanya yang benar-benar menerima segala
Dan mengharap dia ada dalam setiap suka & juga dukaTapi
Mungkin diri ini tidak layak
Mengharap hadirnya seseorang sebegini rupa
Mengharap kasih dibalas serupa!Diri ini lelah menahan sengsara!
Diri ini lelah dengan mereka yang hadir sebentar cuma!
Diri ini
Aku!
Telah terlalu luluh dengan semua!Menyayangi dengan seikhlas hati dan dibalas dengan pedih dihati!
Mempeduli dengan serisau sanubari dan dibalas dengan duri yang menusuk ke dasar hati!Aku
Sudah terlalu letih dengan semua ini!
Aku
Sudah terlalu banyak membelakangi hati sendiri
Aku
Sudah banyak menyesal dan kecewa didalam kehidupan selama iniJadi
Mungkin ‘tidak salah’ untuk aku menyesal buat kesekian kali?
Dengan melepaskan semua yang aku sayang pergiMungkin
Ini yang terbaik
Mungkin
Ini yang pantas aku lakukan sejak dari dulu
Dan mungkin
Aku perlu berlalu
Tanpa mengharap sesiapa untuk bertemu
Tanpa menyayangi seperti selaluBiar aku
Berjalan sendiri tanpa insan disisi
Namun yang pasti
DIA sentiasa menemani derap langkah kaki aku setiap hari..
.(Assalamualaikum. Haluu readers 👋🏻
Korang sihat?
Harap2 semua sihat walafiat luar dalam, dilindungi Allah selalu. Amin 🤲🏻
Hari ni Author baik sikit.
*sikit jee, tak banyak. Eh? 🤭*
Author tak Meroyan dalam Puisi Syoq Seniri
Author hari ni dan Puisi "Tanyakan Aku!" jugak. 🤭
Barulah korang layan sikit baca,
kalau tak mesti 'Kemurungan' kan? 🤭
Baca Puisi si Author yang kuat sentap, kuat bebel, suka Meroyan dahtu kena 'sampuk' Jebon. Ishk! Terasa diri ini seorang Author yang BerMasalah pulak. Isk..isk.. 😢
<Fakta! Bagus lah Author dah mengaku, jadi tak payahlah kami nak mengata lagi. Author dah sedar diri 😁>
*Choiii..!! Carut i lagi.! Korang ni suka 'derhaka' kat Author kan 😤. Sudahlah, Author nak Sentap! Tak payah pujuk!*
<Tak kata pun nak pujuk>
*HOOIIIIIII...!!!!! 🤬*
<Erk! Lariikk..! 🏃🏻♀️🏃🏻♂️>
Erm.. Lupa pulak, komen pendapat korang tentang puisi hari nii.. Okeylah,
Assalamualaikum. Bai ~ 👋🏻)
YOU ARE READING
MADAH CORETAN JIWA
PoetryDan apabila kamu menunjukkan kebahagiaan 24jam.. Secara tidak langsung kamu juga menunjukkan sisi palsu diri kamu kepada orang lain. Sekiranya kamu gembira ya itu amatlah bagus. Namun jika sebaliknya juga tidak mengapa. Itu menjadikan kamu seorang m...