Sewaktu Misah melihat ke arah adiknya mata dia terlihat pintu rumah yang terbuka itu seperti ada bayangan orang sedang berjalan-jalan di ruang tamu. " Adik mari sini " Mira terus berlari ke arah Misah. " Kenapa kak? " soal Mira dengan nada hairan . Misah geleng kepalanya. "Tiada apa dik , mari tolong kakak siram tanaman ni " Mira mengambil tin susu yang di tebuk bawahnya dari tangan Misah lalu Mira ambik air dari dalam baldi dan mula menyiram sayuran mereka.Misah membiarkan Mira melakukan kerjanya , mata Misah masih mencuri pandang ke arah pintu rumah.Dia teringat hal subuh tadi ,lembaga yang menyerupai Lan.Tiba-tiba Misah merasa tidak sedap hati ,lalu di naik ke atas rumah " Adik teruskan saja siram sayur-sayur ni ya, kakak naik atas kejap nanti kakak turun bawah kita pergi mandi ya.Tunggu kakak turun ya " Pesan Misah sambil dia melangkah naik tangga.Mira hanya angguk kepala tanda faham.Sampai di pintu Misah beri salam seperti biasa.Dia berdiri di pintu dan memandang segenap ruang tamu.Tiada apa-apa yang mencurigakan. 'Hmmm mungkin perasaan ku saja' bisik hati Misah.Sebelum.menuju ke dapur dia sempat menjeling ke arah jam sudah pun menunjukkan 7:50 pagi. 'Ishhh siang hari takkan lah ada benda tu' Misah memgomel sendirian.Dia kemudian pergi ke ruang tamu dan terus menuju ke biliknya untuk mengambil kain sarung dan tuala mandi.Dia meletakkan kain sarung dan tualanya di tepi tingkap bilik ,lalu dia memanggil Mira untuk naik ke atas.Sambil nanyi-nyayi kecil Mira berhenti di tangga. "Itu bapa punya ,tak boleh ambil nanti nak buat lauk kami" Mira seperti bercakap dengan seseorang yang dia kenal.Misah rasa pelik dahi dia mula berkerut , otak dia ligat memikirkan setiap bait-bait ayat Mira tadi.Sepertinya Mira melarang seseorang dari mengambil ayam bapa yang di reban bawah kolong rumah.Mirah melangkah naik ke beranda dan terus masuk ke ruang tamu. "Adik cakap dengan siapa tadi?" Misah pura-pura tanya dengan nada yang bergurau agar Mira tidak curiga di atas kecurigaan Misah. "Tuuu Pakcik Bongkok tua datang ke reban ayam nak ambil ayam bapa lepas tu nak ambil telur pula, adik bagitau tak boleh ambil sebab bapa punya" tersusun ayat Mira menjelaskan kepada Misah . Misah pula rasa seram sejuk selepas mendengar jawapan Mira. "Tapikan dik, Kakak tak nampak pun sesiapa tadi" balas Misah.Mira hanya angkat bahu menandakan dia pun tidak tahu.Beberapa hari ini Mira sering bercakap dengan seseorang .Pernah juga Misah tanya ,tapi jawapan dia mesti pakcik Bongkok yang di sebutnya walhal dia dan yang lain tidak pernah pun melihat pakcik Bongkok seperti yang di katakan Mira.Misah ada ajukan pertanyaan tentang pakcik Bongkok kepada bapa, tapi bapa mengatakan bahawa kanak-kanak seperti umur Mira dapat melihat benda halus yang tidak boleh di lihat oleh mata kasar. Lagipun bapa bagitau jangan hiraukan apa yang Mira cakap.Misah tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan.
Setelah selesai mandi dan mengenakan pakaian,Misah dan Mira terus ke pergi ke dapur untuk menyediakan makan tengah hari. Bapa akan pulang untuk makan tengah hari.Lan juga akan pulang dari sekolah.Bapa akan pergi ke tempat pekerjaan kedua dia, jadi dia tidak akan membawa bekal cukup sekadar makan tengah hari saja sudah memadai buat bapa.Bapa akan pergi ke hutan seperti biasa untuk mencari kayu api buat di jual dan juga untuk pakai mereka di rumah.Jam 6 petang baru bapa akan balik rumah setelah senja hari.Misah pergi ke sudut tembikar tempat mereka menyimpan beras.Dia memasukkan tiga cupak beras ke dalam periuk nasi.Sebelum basuh beras Misah akan nyalakan kayu api dulu.Setelah selesai masak nasi, Misah pergi lagi ke timbikar yang menyimpan ikan kering.Dia mengeluarkan dua ekor ikan kering dan meletakkan di atas pinggan.Misah teringat Mira yang tidak suka makan ikan kering, katanya busuk.Misah segera turun ke tangga dapur dan pergi ke bawah kolong untuk mengambil telur ayam di reban.Dia melihat ada lima biji telur ayam .Misah senyum gembira, berapa hari mereka tidak makan telur ayam sebab lima hari berturut-turut bapa sembelih ayam untuk di jadikan lauk mereka.Kemudian Misah mengambil sebiji saja telur ayam dan bergegas naik ke atas.Sambil menunggu nasi masak, Misah meluruhkan daun pucuk sayur manis yang di petiknya tadi pagi.Mira hanya memerhati gelagat kakaknya memyediakan makanan tengah hari mereka.Tiba-tiba Mira meluru ke pintu dapur sambil berkata " itu untuk aku, aku tak makan lauk lain nanti kalau kau ambil bapa marah tau" Misah tersentak sambil melihat Mira dengan pandangan yang sedikit geram. " Adik pergi duduk dekat sana" Misah memanggil Mira sambil menunjuk ke arah meja makan.Mira sedikit terkejut dengan sergahan kakaknya terus akur menuju ke meja makan dengan raut wajahnya masam mencuka.Misah teruskan kerjanya, dia membiarkan Mira duduk dan diam seribu batu.Misah perhatikan muka Mira yang berubah seperti tidak puas hati dengan teguran Misah tadi.Setelah selelai masak Misah hidangkan di meja makan lalu ajak Mira masuk ke ruang tamu.Mereka akan tunggu bapa dan Lan balik nanti dan makan tengah hari bersama-sama.Mira masih masam mencuka, dia diam saja hilang keceriaan di wajahnya.Misah tidak sedap hati melihat keadaan Mira yang terus muram itu. "Adik....." Sapa Misah .Namun Mira tetap diam dan mukanya masih tidak puas hati. "Adik...kakak bukan marah adik pun, kakak cuma tak suka bila adik bercakap sorang-sorang" sambung Misah. Melihat Mira masih masih diam seribu bahasa , Misah ambil keputusan untuk membiarkan saja Mira.Misah masuk ke biliknya dan mengeluarkan pakaian yang belum di lipat dari bakul raga ke lantai bambu.Misah mula melipat kain dengan teliti.Tiba-tiba airmatnya mengalir.Dia teringat arwah emak, Misah rasa sedih sebab merasakan tidak mampu jadi kakak yang baik buat adik-adiknya.Misah masih ingat kata-kata arwah emak dulu "Bila kita berkorban untuk keluarga sendiri, besar ganjaran pahala yang kita akan dapat nanti" masih terngiang-ngiang pesanan dua hari sebelum arwah emak meninggal dunia.Misah mengesat airmatanya.Dia perasan seperti ada seseorang sedang memerhatikannya dari pintu bilik.Dia mengangkat kepala dan melihat ke arah pintu bilik.Mira berdiri di pintu sambil tangannya memegang kain baju arwah emak.Tambah pilu sedih rasa hati Misah. "Adik mari sini" Misah memanggil adiknya namun tidak di hiraukan oleh Mira. Mira kemudian pergi ke beranda rumah, duduk di bangku bambu.Misah meneruskan lipatan kain sambil sambil hatinya dalam kesedihan.Lenguh kaki Misah duduk bersimpuh melipat kain, dia cuba meluruskan kakinya, tiba-tiba dia terdengar bunyi riuh di halaman rumah.Suara itu tak asing baginya, suara milik Mak Babu makcik mereka.Tentu Lan dah balik kalau dah ada suara Mak Babu.Misah menyegerakan lipatan terahkir kemudian dia ke beranda rumah.Mak Babu duduk di tangga sambil berbual dengan Mira . Lan pula duduk di bangku bambu beranda. Dengan muka lelah penat tapi Lan mempamerkan senyuman buat Misah. " eh Misah! kau cuba nasihat bapa korang tu jangan kerja kalau tak sihat, kena rehat.Tadi Mak Babu nampak dia di pekan pucat sangat muka dia macam orang sakit" Misah yang tercegat dekat pintu hanya mendengar dan menganggukkan kepala sahaja sambil memandang wajah Mak Babu. 'Bapa sakit?' soal hati Misah sendirian.Pagi tadi bapa kelihatan ok saja.Mungkin bapa terlalu penat agaknya.Misah cuba sedpakan hatinya sendiri. Mata Misah kemudian memandang di simpang jalan masuk ke rumah mereka kelihatan bapa menuju ke arah mereka. "Hahhh...tu bapa korang dah balik , jangan lupa suruh banyak rehat jangan paksa diri asyik kerja" pesan Mak Babu kemudian dia melangkah pulang ke rumahnya.Diperselisihan jalan dia sempat bertegur sapa dengan bapa.Rumah mak babu hanya 1 kilo meter dari rumah mereka.Lan kemudian masuk ke biliknya dan menukar pakaian.Mira berlari- lari menuju ke arah bapa.di tangan bapa ada plastik berwarna hitam
lalu di sambut oleh Mira.Sambil berjalan ke hendak naik ke atas rumah, Mira mengeluarkan sebiji pisang lalu menjamahnya dengan penuh nikmat.Misah menyedok nasi buat bapa dan adik-adiknya. " Aii kakak goreng telur cuma satu saja , untuk Lan tak ada ke?" Lan bertanya lalu mulutnya mulai muncung.Misah hanya dia saja dia meneruskan menghidangkan makanan tengah hari meraka. "Kau ni Lan, adik kan tak makan ikan kering kena lah mengalah denga adik" kata bapa sambil menuang air masak ke dalam gelas. " Yala" balas Lan pendek. " Bapa tadi kan , Pakcik Bongkok datang nak ambil ayam dan telur tapi adik kata tak boleh sebab bapa pesankan itu ayam bapa yang punya"
Hampir tersembur air yang di minum bapa apabila mendengar aduan anak bongsunya itu. " Lepas tu kan bapa dia marah lagi dekat adik sebab tak larang kakak ambil telur tadi, lepas tu Pak Cik Bongkok tetap nak ambil ayam bapa, adik Marah dengan dia tadi.Tapi kakak tu tadi larang adik dan marah adik macam nak makan adik saja tadi" panjang lebar Mira ceritakan perkara tadi. " Tak apa adik makan saja dulu, nanti bapa cari Pak Cik Bongkok tu dan marah dia" Kata bapa untuk menyedapkan hati Mira.Lan hanya tersengih-sengih melihat Mira kena tipu oleh bapa.Misah sempat mengerling tajam dengan Lan, tanda isyarat abaikan saja bapa dan Mira.Mereka menjamah dengan penuh selera sekali.Setelah selesai bapa berehat di beranda sambil membakar rokok tembakau.Sedang asyik merokok , bapa batuk tanpa henti . Sepertinya dia terkejut dan tersedak apa rokok.Misah yang mendengar bapa batuk terus ke dapur untuk mengambil segelas air minum buat bapa.Bila Misah sampai ke beranda , bapa sudah berada di simpang jalan keluar halaman rumah mereka. 'Hmmmmm' Misah mengeluh.Belum sempat dia hendak nasihatkan bapa supaya berehat seperti yang di pesan Mak Babu,tapi bapa sudah pergi sambung kerja keduanya mencari kayu api di hutan.
petang itu, Misah melihat semua tanaman sayur mereka.Dia merancang untuk memetik sayur-sayur dan menjualnya di pekan esok seberang . Dia akan menitip sayur-sayur itu dengan Mak babu kerana Mak Babu pula akan menjual ikan hasil tangkapan suaminya yang bekerja sebagai nelayan.Suami Mak Babu pernah mengajak bapa untuk menangkap ikan bersama, tapi bapa dengan pelbagai alasan.Bapa selesa dengan pekerjaan dia sebagai pekebun.Lan datang untuk membantu Misah memetik terung dan juga kacang panjang.Lan memegang bakul yang di buat dari rotan bambu untuk menyimpan sayuran mereka.Mira seperti biasa tidur di waktu petang .Selepas makan tadi Mira baring sehingga tertelap. " Lan , kakak nak tanya ni , tapi Lan jawab jangan main-main tau" kata Misah sambil jari telunjuk di tunjuk ke muka Lan tanda amaran. "iya..kenapa kak" Lan mundur ke belakang sedikit kerana ingin mengelak jari Misah kena ke mukanya. " Tadi subuh masa Lan siap mandi Lan buka pintu dapur ke atau Lan panggil kakak jangan suruh tutup pintu?" Misah menyoal dengan sedikit gugup kerana risau Lan berasa pelik dengan soalannya. "Aikkkk..Kakak ni kan Lan ................."
YOU ARE READING
SAKA KETURUNAN
Horror#PROLOG# Dari dinding bambu yang tidak rata itu dapat di lihat tubuh yang di ikat menggunakan rotan buluh bambu, makin membesar dan mengeluarkan bulu-bulu hitam dan tajam. "Cepat!!! mari pergi ke perahu" Mak Babu memanggil Misah dan adik-adiknya yan...