Pertemuan..
Membabitkan perkenalan dan perkenalan membabitkan 2 insan, ianya adalah Kita!
Tidak pernah aku menduga bahawa suatu ketika kau akan menjadi begitu bermakna
Engkau menjadi penyebab diri ini terlihat lebih ceria
Engkau membuat setiap saat menjadi begitu berharga
Senyum dan tawa seolah tiada titik noktahnya, malahan makin bertambah disetiap harinya diantara kita
Kau begitu istimewa hingga aku merasakan jika aku kehilangan kau, separuh jiwaku juga bakal turut pergi bersama.Aku tidak mahu meminta yang tidak semena, sekadar ingin kau setia disepanjang hayat kita
Aku tidak minta yang berharga, cukup kau hargai dan sedari bahawa aku insan yang peduli juga menyayangi engkau sejak dahulu lagi
Meski kau tidak ketahui di awalnya akan keberadaan aku disisi, menjadi bayang yang terselindung tiada disedari..
Sekadar berdiri menjadi pemerhati setiap gerak-geri, memandang curi-curi tanpa mengeluarkan sebarang bunyi
Hanya menonjolkan diri tika melihat kau 'jatuh' menyembah bumi
Niat ku mahu membantu apa yang ku mampu kerana ku peduli akan dirimu sedari dulu
Itulah mulanya kisah bersamanya kau dan juga aku!Perpisahan..
Membabitkan kekecewaan dan ratapan, malah menerbitkan kesedaran bahawa setiap pertemuan tidak selamanya bertahan
Ada perpisahan yang terjadi dalam keadaan sedu-sedan disebabkan panggilan Tuhan yang tidak dapat dielakkan
Ada juga perpisahan yang terjadi dalam keadaan dua insan bermusuhan
Malahan, ada juga perpisahan yang terjadi dalam keadaan kau tertanya-tanya apa puncanya?
..dan, kenapa?Kau sendiri tidak pasti dan masih mencari jawapan disebalik persoalan demi persoalan yang sering muncul dibenak fikiran
Mengapa datang dan kemudian pergi dari diri ini setelah berjaya membuatkan nama terpahat disanubari dan tersemat dihati?
Mengapa dari awal memberi harapan yang tinggi jika dikemudiannya kau sendiri menerbangkan segala harapan?
Untuk apa kepercayaan yang kau pinta di awalnya jika di kemudiannya kau sendiri merobohkan tembok kepercayaan?
Bukahkah selama ini kau sendiri yang bajai dengan kata-kata seindah awan,seindah pelangi..?
Kenapa bertukar menjadi Tahi.!?
*erk?! Asal tahi pulak nii author? Spoil laa kau ni.. author Pengotor!> *eh? 🤨 dah pandai menyibuk kat sini jugak ek!? Ayat last tu biadab. Cet!*(sambung yee..😅 👇🏻👇🏻👇🏻maaf~ 🙇🏻♀️)
Mungkin yang salah bukannya waktu, mungkin yang salah bukannya diri kau itu
Tapi yang salahnya adalah aku
Selalu berharap pada 'angin bayu'
Dimana, ketika adanya ia membuatkan diri terasa syahdu
Namun, perginya ia menitip rasa kehilangan sesuatu
Kemudian dijengah pula rasa sayu nan pilu.Aku tahu..
Hubungan terjalin diatas berbagai sebab dan asbab
Hubungan yang luhur membawa bahagia dan kenangan indah
Hubungan yang sebaliknya membawa bahana dan kenangan yang menghakis segala yang indah!Berkata manis memang mudah, namun mampukah melaksanakan segala yang terlafaz dek lidah?
Lain orang lain ragamnya, namun ramai diiantara mereka yang serupa
Sering mengharap tanpa ingin memberi, ingin difahami tanpa memahami, ingin disayangi tanpa menyayangi dan ingin diingati tanpa mengingati
Mengapa terlalu mementingkan diri dengan meletakkan diri dihadapan agar disanjungi dan meminggirkan yang lain tanpa dikhuatiri?
Bukan hanya engkau yang punyai hati, namun semua diluar sana turut sama punyai hati yang kau miliki
Dan yang membezakannya adalah 'kau' sendiri!
Bagaimana engkau bajainya selama engkau meniti diatas muka bumi ini.?
Bukan rupa paras, pangkat dan harta yang menjadi ukuran
Namun, sedalam mana keikhlasan, sebesar mana budi, dan setinggi mana ilmu kau pelajari?
..Lalu, sebanyak mana pula yang kau beri, kau taburi serta kau ajarkan...?
Itulah yang membezakan antara kita sebenarnya..
Amalan dan juga Iman!
(Panggil Author 'Uztazah' mulai saat ni. Cet!) *abaikan, author merepek 🤦🏻♀️*Kita mampu tersenyum kita mampu ketawa, kita rasai manisnya gembira, kita kenali apa itu bahagia.?
Kita berduka kita menangis, kita rasai pahitnya kecewa, kita kenali apa itu sengsara.?
Namun, kita sering terlupa bahawa segala rasa dan isi dunia ini hanya bersifat sementara
Kelak kita bakal kembali pada-Nya!
Kita biarkan makhluk memegang hati kita
Meletakkan nafsu tanpa akal semata
Biarkan diri terus-menerus tenggelam dek gembira yang bersifat dunia dan tidak mengingat akan semua ini ada hitungannya disana
(Allahu.. author deep sendiri 😢. Betulkah ni author yang taip? Eh?)
*Maaf author suka menyampuk! Sambung semula yaa..*
Iman ini tipis, terlalu tipis hinggakan mudah 'diterbangkan' naik dan turun
Meskipun menyedari, tapi diri terlalu menyayangi segala isi bumi
Seringkali terleka.. tersasar lagi dan lagi!
Jauh di sudut hati, kami mahu kembali Ya-Rabbi
Semoga suatu tika nanti kita benar-benar berhenti melakukan 'maksiat hati' dan Mencari jalan yang hakiki,.
Mencari DIA yang tulus menyayangi
Mencari DIA yang setia mengampuni
Mencari DIA yang Maha MemberiSang Illahi..
Terima kasih atas Pertemuan dan Perpisahan yang akhirnya menyedarkan aku bahawa hanya KAU yang satu yang Setia dengan-ku
Bukannya mereka yang ku mahu tapi KAU yang ku Perlu!.
.(Assalamualaikum..
Chak! 🙈🐵 Chak! 🙈🐵
Hai readers 👋🏻.
Macam mana dengan puisi kali ni?
Pendapat korang?
Puisi kali ni Author rasa positif sikit berbanding yang sebelum2 ni. Banyak bermain dengan luahan ketidakpuasan diri. Yang ini boleh di kategori sebagai 'motivasi' ..mungkin? Boleh kee...? 🤭
<Tak Boleh! 😌>
*Eeii korang ni kan.. Bagi la Author fe-feelings sendiri sekali sekala. Benci! 😤*
Anyways, dari Part.1 hinggalah dah masuk Part.4 sekarang ni..
*Alhamdulillah 🤗*
Part mana satu yang korang rasa Okelaa untuk korang? Mana nak tahu, mungkin adalah kurang2 pun satu Puisi Syoq Sendiri
Author yang korang rasa terkesan laa jugak dihati korang.
Haa gituw.. Eh? 🤭
Jujur. Ade kee..? *🐽* <Erm.. 🤔 Takde! 😒>
*Okey Bai..!! Assalamualaikum.! 😭🔫*
<😌👋🏻👋🏻👋🏻> *💔😭😭*)
YOU ARE READING
MADAH CORETAN JIWA
PoetryDan apabila kamu menunjukkan kebahagiaan 24jam.. Secara tidak langsung kamu juga menunjukkan sisi palsu diri kamu kepada orang lain. Sekiranya kamu gembira ya itu amatlah bagus. Namun jika sebaliknya juga tidak mengapa. Itu menjadikan kamu seorang m...