Cinta Terukir

46 7 1
                                    

Nama aku Syazwan, aku seorang pelajar di sebuah universiti di Tokyo Jepun iaitu The Universiti Of  Tokyo. Aku mengambil jurusan Department Of  Humanities And Social Science. Aku mempunyai seorang kawan baik iaitu Nizam yang berasal dari Brunei Darussalam yang juga berada di jurusan yang sama dengan aku. Minggu hadapan kami akan menerima kemasukan pelajar baharu untuk semester satu. Oleh kerana kami akan memasuki semester dua, kami akan jadi mentor untuk beberapa orang pelajar baharu di semester satu nanti.  Kami berborak tentang bagaimana untuk kami berhadapan dengan pelajar-pelajar baharu yang kami tidak tahu asal-usul mereka. Nizam ada juga bertanya akan pendapatku.
“ Wan kau ready tak nak jadi mentor kepada budak-budak tu nanti? Aku haraplah dapat budak berasal dari Asia Tenggara yang boleh cakap Indonesia, Malaysia atau Brunei? Kalau tidak pun Singapura. Boleh kita faham apa yang diorang kata so, tak payah susah-susah nak speaking bagai”
kata Nizam. Aku hanya mengiyakan apa yang Nizam katakan kerana aku seorang yang kurang minat untuk berborak lebih justeru aku rasa macam biasa. Kalau Nizam itu lainlah kerana  Nizam memang jenis yang banyak cakap dan ramai  peminat dalam kalangan wanita Jepun. Mana tidaknya, Nizam ada kacukan Cina  kerana ibu Nizam berbangsa Cina.  Disebabkan itulah Nizam  mempunyai iras-iras orang Jepun. kalau aku, aku memang berbangsa melayu tiada kacukan mana-mana bangsa.  Selain itu, aku jenis yang pendiam selalu menghabiskan masa dekat perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran. Sudahlah tinggal di negara Jepun jadi agak sukar untuk bertutur dalam bahasa Melayu. Minggu hadapan pula hendak berbahasa Inggeris, terpaksalah aku dan Nizam menghadap semua itu. Agak lama juga aku dan Nizam berborak tentang kemasukan pelajar baru tiba-tiba pensyarah kami datang iaitu Dr. Kagawa. Dr. Kagawa bertanya
“are you ready to meet the new students ?”.
Aku hanya  berdiam diri lalu Nizam menjawab
“of course Sir, I hope my mentee was a girls so I can lure.”
Aku senyum melihat pensyarah aku manakala  Nizam ketawa dan pensyarah aku hanya senyum sambil menepuk belakang Nizam kerana apa yang Nizam telah perkatakan tadi. Agak lama juga kami berbual tentang perkara tersebut lalu pensyarah kami pun pergi dengan segera kerana ada mesyuarat yang bakal berlangsung sebentar lagi. Lalu Nizam mengajak aku untuk makan malam bersamanya tapi aku menolak kerana aku ingin selesaikan sesuatu jadi Nizam pergi seorang diri. Tidak lama selepas Nizam beredar sekitar 15 minit aku rasa sunyi jadi aku memutuskan untuk keluar bersiar-siar di  bandar Tokyo. Bandar Tokyo ini  besar, ramai orang dan banyak tempat lagi di Tokyo ni belum aku terokai. Aku menghubungi Nizam melalui aplikasi Whatsapp, aku hubungi dia beberapa kali sampai aku tidak tahu ke mana aku harus pergi. Aku hubungi semula Nizam tiba-tiba aku terlanggar seorang wanita yang agak cantik tapi itulah aku ini pendiam jadi aku tolong dia bangun lantas segera  aku cakap kepadanya
“sorry”
kemudian dia balas, dia kata
“im so sorry”
akupun hanya mengangguk lalu beredar jalan mencari Nizam di pasar raya. Sebaik sahaja aku jumpa Nizam aku cerita apa yang telah berlaku kepada aku beberapa minit yang lalu, punya panjang lebar aku cerita boleh pula dia bertanya
“awek yang kau langgar tu cantik tak? Kau ada minta nombor telefon awek tu?”

Punya panjang aku cerita boleh pula dia tanya pasal perempuan tu, aku kawan dia sendiri dia tidak ambil tahu, nampak sangat yang Nizam ni buaya. Tapi kalau aku ingat semula kajadian petang tadi, aku seperti tertarik akan perempuan tu. Normal bukan kalau lelaki melihat wanita cantik pasti hati berbunga. Tapi aku tidak mengharapkan akan berjumpa semula dengan wanita yang aku terlanggar petang tadi. Memang mustahil aku akan terjumpa dia tapi fikiran aku berkata tidak mustahil untuk aku berjumpa semula dengan wanita itu lagi. Aku mengambil keputusan untuk melupakan kejadian tersebut dan berhenti berfikir tentang wanita itu, aku takut bila aku berfikir terlalu banyak tentang perempuan pelajaran aku akan terganggu. Minggu hadapan pula aku perlu menjadi mentor, aku makin serabut otak aku memikirkan hal itu. Keesokan hari pada pada pukul 0900 aku melihat banyak pelajar baharu dan kebanyakan mereka adalah perempaun tapi Nizam sangat gembira, dia bagi tahu aku
“banyak cewek doo baru comel-comel lagi tu, nanti macam biasaya teman aku mintak nombor telefon diorang.”
Aku berkata dalam hati
“mula sudah ulat bulu naik daun”.
Lalu aku berkata
“tengoklah kalau aku tak busy”.
Sampai sahaja aku dalam kelas, aku di bagi nama seorang budak baharu yang bakal jadi mentor kepada seorang budak lelaki yang berasal dari Malaysia, manakalah Nizam akan menjadi mentor untuk seoarang budak perempuan yang berasal dari Malaysia. Nizam sangat seronok dan bangga sebab dia dapat menjadi mentor untuk pelajar perempuan. Oleh sebab itu, pukul 2000 malam ini kami akan berjumpa mereka di dewan utama untuk sesi perkenalkan diri. Kami diarahkan untuk berpakaian kemas agar menjadi inspirasi kepada mentee-mentee. Akupun memakai baju kemeja berwarna merah jambu bertali leher hitam  berseluar hitam dan memakai kusut kulit hitam. Aku rasa diri aku sudah cukup kemas manakalah Nizam satu set hitam muka dia sahaja yang putih. Dalam perjalan ke dewan utama aku melihat seorang wanita yang berpakaian lebih kurang dengan aku, nampak ayu dan sopan tapi cara dia berjalan seperti lelaki apa lagi Nizam berbisik dekat aku,
“Wan kau rasa tu perempuan ka atau perempuan jadian, macam lelaki doh cara dia berjalan seram aku”.
Aku membalas pertanyaan Nizam
“aku rasa tu perempuan tapi perangai lelaki”,
Nizam berkata
“hmm boleh jadi”.
Aku merenung perempuan itu seperti aku sedang di lamun cinta.

Bercinta Di Musim SakuraWhere stories live. Discover now