Mastura Diana bergegas menuju ke kelasnya. Dengan rasa amarah yang membungkan dalam diri, dia mendekati Khairul dan ....."Pang." Khairul yang rancak berbual menyentuh pipinya yang terasa pedih. Semua yang berada di kelas terpana melihat kejadian itu.
"This is all because of you! Kalau tak aku tak kenalah!" Semua yang melihat adegan tersebut terasa kaku dan tidak menyangka Mastura Diana akan bertindak sedemikian. Mastura yang dulu ayu kini bertukar menjadi singa.
"Aku mintak maaf weh, aku tak sangka sampai jadi cam ni. Niat aku nak bergurau jer tadi." Ujar Khairul dengan rasa bersalah yang membungkam dalam diri sambil mengosok pipinya yang terasa pedih akibat tamparan Mastura tadi.
"Dan kau!" Mastura menunjukkan tangannya ke arah Syafiq Dahlan lalu..
"Arghhhh kau pun sama arhhh!" Mastura berlalu ke tempatnya dan tunduk memandang lantai menahan perasaan marah dan geram.
🦁🦁🦁
Hari ini merupakan hari cuti buat semua pelajar Universiti Malaya. Hampir semua pelajar UM memilih untuk bercuti. Bagi Mastura Diana, dia lebih suka memilih tempat yang tenang dan mengajak Hidayah untuk berpicnic di taman berdekatan universitinya. Mastura Diana dan Hidayah Asna sedang bersenang lenang di taman yang berdekatan universiti mereka. Hidayah ke kereta untuk mengambil barang yang tertinggal
"Weh, kau kenapa ni? Aku tengok dari tadi lagi kau asyik termenung jer. Kenapa?" Soal Hidayah yang datang entah dari mana membawa sebalang cookies.
"Takde apa. Aku rindu ibu aku jer."
"Kau jangan nak tipu aku ehhh. Baru je semalam kau call mak kau kan. Ni mesti tak lain tak bukan kau fikir pasal Syafiq kan?" Tebak Hidayah sambil membuka balang cookies yang dibawanya tadi.
"Tak kuasa aku nak fikir pasal mamat poyo tuu. Aku teringat masa sekolah dulu." Terang Mastura Diana sambil mengunyah cookies yang dibawa oleh Hidayah.
"Sepoyo poyo dia pun sekali petik jari ramai yang datang. Kau tengok setiap hari si Adlina Qaisara duk tergedik gedik dia buat tak layan je. Dah laa cantik, pandai bergaya anak orang kaya pulak tuu. Memang full pakejlah si Adlina tuuu. Tu pun kena rejact. Apelah taste si Syafiq ni ye? Ke dia tengah tunggu someone?" Mastura yang mendengar membuat muka meluat.
'Ramai yang datang konon. Tapi still single buat ape! Huhh.' Kata Mastura Diana dalam hati.
🦁🦁🦁
"Eishhhh! Mana diorang niii! Dah lama aku tunggu batang hidung pun tak nampak. Janji pukul 8.30. Ni aku tak suka ni janji tapi tak tepati. Pantang betul aku orang macam nii." Bebel Adlina. Dia ni memang tak boleh kalau orang lambat, dia lambat takpe. Semua nak perfectlah orang kata. Sebab tu orang gelarkan dia diva kat universiti. Kawan pun bukannya ramai. Yang nak jadi kawan pun perangai sama je diva.
"Weh sory lambat. Jalan jem." Kata Maisara dan Insyira sambil tercungap cungap.
"Apasal korang lambat? Aku ni dah lama tunggu tau!"
"Alaa sorry laaa. Bukannya kitorang sengaja. Yang kau awal sangat ni kenapa? Kan janji pukul 8.30 ni baru 8.40. Biasa kau yang lambat. Ni awal pulak kau hari nii err." Perli Maisarah.
"Ha'ahlah, kau demam ker? Awal semacam kau nii." Sampuk Insyira sambil melekapkan tangannya ke dahi Adlina.
"Aku tak demamlah. Ni mesti korang lupa. Harinikan kelas prof Alicia!" Balas Adlina.
"Habistuu kenapa?" Adlina menepuk dahi.
"Mestilah crush aku si Syafiq tuu ada. Kan dia ambil ekonomi jugak! Apalah korang nii tu pun lupa." Balas Adlina sambil memeluk tubuh dengan muka yang cemberut.
"Oooooooo." Serentak Maisarah dan Insyira mengangguk.
"Rilexlah awal lagi kuttt. Kelas start pukul 9 lahhh." Ujar Insyira.
"Entah. Tak menyempat. Rilex rilex sudahlah." Omel Maisarah.
7/11/2020
YOU ARE READING
Benci Jadi Cinta [ On Going ]
RomanceCinta sejati? Wujudkah? Itulah persoalan yang selalu bermain difikiran Mastura Diana, seorang pelajar Universiti Malaya dalam jurusan ekonomi. Hampir kesemua lelaki yang dikenalinya membuahkan rasa benci di hati terutama Syafiq Dahlan yang merupakan...