Part.6 : "KOSONG"

6 1 1
                                    

Serasa diri menghela nafas pilu,
Lidah kelu, minda terhenti,
Bukan panah yang terkena merpati,
Tetapi diri yang ditusuk 'panah' nan berduri,
Tertusuk hingga ke dasar hati!

Lantas terhenti sudah segala langkahan kaki,
Terdiam sudah mulut yang gemar berceloteh sedari pagi,
Tertutup sudah mata yang selama ini mejadi pemerhati,
Sepasang telinga juga sudah tiada lagi dapat menangkap bunyi,
Adakah kerana sudah tidak bernyawa lagi?
Atau cuma mainan sangkaan diri?

Terlalu terbuai dengan segala yang terjadi,
Hinggakan kaki yang megah berdiri selama ini sudah tiada berasa pijakkannya lagi,
Hinggakan tubuh yang berisi selama ini sudah menjadi melidi.

Apakah maksud disebalik semua ini?
Aku masih mencari jawapan itu sehingga kini,
Dan masih terhenti dijawapan yang sama
..iaitu Entah!
Atau.. mungkin juga aku terlalu sepi,
Insan-insan yang ku kasihi tiada di sisi..

Tidak perlu mengasihi apatah lagi bersimpati,
Kerana itu hanya membuatkan aku lemah untuk berdiri sendiri andai kau juga pergi suatu hari nanti,
Jangan berikan aku harapan yang tidak pasti,
Kerana, sungguh aku Benci!

Biarkan aku dan ajari aku arti berdikari,
Supaya kudapat jelajahi dan hadapi dunia yang penuh onak duri ini,
Kerana aku takuti yang kau juga mungkin tidak selamanya berada disisi,
Itu yang sering menghumban aku ke dalam sesak emosi,
Jadi, ajari aku sedari kini agar ku tidak rapuh dikemudian hari.

Jauhkan diri dan jangan hampiri aku!
Kenapa sukar untuk kau mengerti.!?
Kenapa terus mendekati sedangkan telah dimarah berkali?
Kau mangkuk atau kuali!? Kenapa tuli!?
*eh? 🤣 saja melawak, 'lama' pula rasa tak menyampuk dalam puisi 🤭 maafkan Author 😅 sambung semula yee anak2.. 🤞🏻*

Menangisi dan meratapi sendiri,
Teringatkan kau yang tiada lagi disisi,
Apa yang kutakuti telah terjadi,
Menangisi dan meratapi sendiri
lagi dan lagi, dahulu dan kini,
Terimbaskan kenangan yang pernah kita lalui,
Menangisi dan meratapi untuk kesekian kali kerana diri kembali dipagut rasa sunyi dan sepi!

Tiada kau disisi seperti sebelum ini,
Tiada lagi memori baru,
Tiada lagi aku diingatan-mu,
Ia benar-benar berlaku,
Kau juga pergi meninggalkan aku!
Meruntunlah raga, Menjengahlah hiba,
Tersingkaplah lara, Terpamerlah nestapa,
Parut yang dahulunya mereda kini kembali berdarah semula!

KOSONG..
Itu yang kurasa!
Kau juga sama, asal namanya manusia..
Selalunya begitu!
Awalnya manis sedia kemudiannya kian lupa,
Lupa akan janji setia di awalnya,
Lupa akan segalanya!
Kau manusia,
Kau Sama saja.. Pendusta!

.
.

(Hi korang.. 👋🏻😁 Assalamualaikum 😁 Cerr
kasitahu Author.. siapakah gerangan 'makhluk' yang muncul dalam hidup korang semasa korang patah hati and bagi korang kembali gembira BUT KEMBALI KECEWA SEMULA.!? *kemain beremosi pulak 😂*
Siapa orang tu..? Kawan atau Kekasih Hati?
And diantara keduanya, yang mana korang rasa lagi Meruntun hati time Dia tuu pun sama..
'Si Pembuat TAHI' .!
*Eh? Emo lagi 🤣*
<author period laa tuu..😌😏>
*ishk! ke situ pulak. Korang pun sama macam Ustazah author 😩 author dah cerita di Part.1 dulu 😣* 
<🤣🤣🤣🤣>  *😒*
Emm.. Dahlaa, Anyeong, Bai.. Assalamualaikum).

MADAH CORETAN JIWAWhere stories live. Discover now