Kelihatan Vernon bergerak² dalam tidurnya dan sememangnya menganggu Seungkwan untuk tido. Seungkwan yang berada di sebelah Vernon pun bangunlah dan tengok Vernon.
"Nonnie waeeee~" tanya Seungkwan sambil matanya tertutup rapat. Berat sangat nak buka.
"Nak ommaaa~ Omma~!" rengek Vernon lalu bangkit dari pembaringannya. Seungkwan mengeluh sebab mula dah perangai manja Vernon ni. Kadang² je dia manja ni.
"Kwan buat susu la. Tunggu jap okay?" walaupun Seungkwan still mengantuk yang amat, dia tabahkan diri untuk bergerak. Sebelum tu dia mengusap kepala Vernon geram. Kan baik ade abang gini.
Tok! Tok! Tok!
"Shua hyung~" panggil Seungkwan yang berada didepan bilik Joshua. Bila dia fikir yang Joshua takkan buka pintu tu, dia hendak pergi.
"Emm kenapa Kwan?" Joshua membuka pintu sedikit dan mengeluarkan kepalanya dengan mata sebelah terbukak, sebelah lagi tertutup. Seungkwan terhenti dan membuat u-turn.
"Kita nak suruh Shua hyung tolong buatkan susu Nonnie..boleh tak?" pinta Seungkwan dengan mata bersinarnya. Joshua senyap seketika hmm mungkin berfikir kot nak buat ke tak.
"Ermm okay. Bak botol susu tu. Kwannie pergi la tidur dulu nanti hyung bagi" kata Joshua yang still mamai tu terus mengambil botol susu yang diberi Seungkwan. Sekali sekala dia menguap sebab ngantuk lagi.
"Terima kasih hyung! Saaayaaaanggg hyung" Seungkwan memeluk Joshua erat dan terus berlari terkedek² sambil memegang bontotnya menuju biliknya.
Semasa Joshua turun, dia ternampak Mery sedang menonton tv dengan duduk tidak sopannya. Joshua pun fikir la ingat ni rumah dia ke? Hek.
"Aunty Mery, omma appa tak balik lagi ke?" tanya Joshua kepada Mery selepas melihat jam sudah menunjukkan pukul 8 malam.
"Belum lagi la tu. Nak sangat diorang balik cepat" jawab Mery malas dengan ayat lastnya diperlahankan.
Joshua hanya mengeluh kesal. Kenapalah lambat sangat diorang balik. Dia terus pergi ke dapur sebab lupa apa tujuan dia turun. Selepas dah siap membuat susu, Joshua meluru ke arah Mery. Joshua menghulurkan sesuatu kepada Mery.
"Nah aunty Mery, Shua buatkan kopi. Mesti aunty penat" Joshua memberinya dengan segaris senyuman. Mery terkejut sebab tiba² je.
"Even though i don't like coffee, but its okay. Thank you" kata Mery lalu mengambil gelas yang diberi Joshua tu. Joshua hanya tersenyum dan kembali kepada tujuan dia tadi.
"Woi Shua, kau pergi mana tadi? Menghilang pulak dia" bisik Jun tiba² yang nampak Joshua baru menaiki tangga. Dia terpaksa bisik sebab yang lain semua tidur. Kang bising, semua orang bangun.
"Laa rindu aku la tu. Mana kau tau aku keluar?" Joshua berjalan ke arah Jun.
"Firasat aku mengatakan yang kau keluar. Mana tau kau kena culik dengan bunian ke alien ke an? Aku taknak jadi hyung first. Hehe" Jun mengarut disitu. Almaklumla otak tak sepenuhnya bangun lagi.
"Eyy bongokla kau. Ha kerja kau sekarang ni ambil botol susu ni lepastu bagi Vernon. Ppali²" arah Joshua. Jun membuat muka terkejut dan menunjukkan kearah dirinya.
"Aku? Ape ni...aku baru rancang nak sambung mimpi tadi. Best woo" Jun cuba untuk memberi seribu alasan.
"Best tak best..pergi cepat. Ikut cakap hyung kau ni" arah Joshua lalu pass botol susu yang suam tu kepada Jun. Jun hanya roll eyes dan bergerak dengan malasnya ke bilik mereka.
Jun membuka pintu dengan sangat perlahan sebab taknak ganggu diorang tidur. Dia bergerak ke katil Seungkwan dan Vernon yang memang dah lelap tu.
"Laa tidur pulak. Macam mana nak bagi ni. Sumbat je ok ke" buntu Jun. Dia taktau nak buat ape sekarang ni.
YOU ARE READING
[OG] BongBong Family >SVT<
FanficSEVENTEEN Happy Family••• diketuai oleh: Appa Cheol Omma Han Joshua Jun Hoshi & Woozi Wonwoo Mingyu & Minghao Seokmin Seungkwan Vernon Baby Dino "My Family is my EVERYTHING, Without them I'm NOTHING" -Seungcheol "You are the part of my life" -Jeon...