Part.8 : "Hargai Aku! Teman"

7 0 0
                                    

Dahulu
Di awal perkenalan kau hanya biasa
Sekadar memandangku tanpa rasa
Tapi aku sebaliknya
Ku harapkankan kita menjadi terbiasa
Berbual tertawa denganku berharap kau bahagia

Takdir DIA sememangnya rahsia
Siapa sangka akhirnya kita bersama
Dapat telah kita luangkan masa berdua
Dapat telah kulihat senyum ikhlas mu dan bukannya paksa
Semakin lama sikapmu semakin terbuka
Katamu dahulu kau fikirku muka bertalam dua
Hanya disebabkan termakan kata orang ketiga
Kau percayakan dia, kau sangsikan aku
Terasanya aku saat dahulu
Melihat kau sering menghindar saat bersamaku juga saat terpandangkan aku
Rupanya dari awal kau telah ditipu dari seseorang iaitu sahabatmu dan juga aku!
Bertapa hati ini luluh saat tahu
Dia yang juga ku kasih rupanya begitu
Hadapanku tersenyum belakangku begitu

Takdir DIA sememangnya rahsia
Siapa sangka akhirnya kita bersama
Kemana sahaja kita berdua
Dimana sahaja kita ketawa bercanda
Semakin lama semakin terbiasa
Belajar menerima segala kekurangan kita
Belajar menerima segala kesalahan kita
Belajar memaaf walau mata berkaca
Belajar memaaf walau hati terluka
Tapi itu hanya sangkaanku belaka
Kau masih tidak cukup mengenalku
Meskipun kau dan aku dikatakan seperti isi dan kuku
Meskipun kau tidur beralaskan tilamku
Itu semua tidak menjamin keserasian
Tidak menjamin jalinan bakal kekal bertahan
Tiada yang sangka kita berpisah dikemudian
Masih tertanya mereka saat melihat kau dan aku kini berasingan
Berjalan tidak lagi berpimpinan tangan
Tidak lagi aku ke kanan kau juga turut sama ke kanan

Kini
Hilang terus perbualan
Senda gurauan tiada kedengaran
Masing-masing menyepi melakukan hal sendiri
Menayangkan wajah beku tidak beremosi
Jalan setentang namun tidak lagi berpandang
Jalan pulang juga telah jadi bercabang
Masing-masing membawa haluan apatah lagi bersembang
Jauh sekali..

Bagaimana mampu ku mengeluarkan kata
Jika bersua muka juga seakanku tidak daya
Terasa remuk hancur hatiku mengenangkan memori dahulu
Insan yang kukasih kutatang menuduhku sebarang
Berkata lantang tanpa mendengar pihakku
Fikirmu aku begitu lalu mengecopku!
Aku terkaku aku terpaku saat mendengar kata-katamu di belakang aku
Tahunya aku dari sahabatmu yang baru
Kononnya aku menghalangi kamu melakukan yang kau mahu
Seolah aku tidak fahami diri kau itu
Malah kau juga berkata yang buruk terhadapku
Namun tidak mahu diberitahu oleh sahabatmu yang baru
Mungkin takut semakin luluh remuk jantungku
Katanya dia sendiri juga tidak sanggup mendengarkan itu..?
..apatah lagi aku?

Aku ketawa namun Allah yang tahu!
Aku ketawa namun Allah yang tahu.!!
Aku kelu!

Teman yang kuanggap sebahagiannya aku akhirnya begitu
Teman yang kuletakkan yang pertama akhirnya 'membunuhku'!
Kata-katanya 'tajam' menikam kalbu!
Tapi aku tahu ada hikmah disebalik segala sesuatu
DIA telah menetapkan yang lebih baik buat diriku
Aku hanya perlu percaya akan hal itu

Kuhabiskan waktu disetiap hariku untuk melupakanmu
Teman baik yang kuanggap seperti adikku
Kuharap waktu akan membantu
Melupakan kau itu keinginanku
Melupakan kau itu tanpa bertemu
Jauh disudut hati..
Aku tidak mahu membenci tapi..
Mendoakanmu bahagia lagi.

Namun tidak untuk kita kembali bersama tidakku mahu itu
Meski awalnya tinggi pengharapanku
Namun kini ku telah terbiasa bersendiri
Meski awalnya aku menghadapi tekanan perasaan yang menggelapkan hari
Siang malam merintih menangisi tiada terperi
Sungguh terkesan dengan ujian yang diberi
Sungguh hati begitu perih
Sunggu aku berfikir negatif
Segala kata yang baik kudengar kutersenyum sinis
Kononnya orang hanya pandai berkata
Tidak merasa apatah lagi tersiksa!
Hanya menasihat sekadar apa yang dilihat mata
Hanya melihat derita yang terpamer dihadapan cuma
Tidak yang tersirat di lubuk hati sana

Kau insan yang dikirim Tuhan
Membawa bahagia dan rasa syukur di awalan perkenalan
Aku ingati itu supaya tidak terus menyalahkan kenyataan, menyalahkan takdir ujian Tuhan
Aku belajar terima kenyataan
Bersangka baik tidak hanya menyalahkan
Diriku yang salah meletakkan manusia sebagai keutamaan
Semakin pantas kukejar semakin jauh pula dia berjauhan
Semakin kusayangi semakin banyak terjadi

Diriku yang salah meletakkan manusia sebagai keutamaan
Abaikan segala tanggungan
Ibu terasa hatinya kecewa melihat aku hanya mementing si dia
Doanya aku dibukakan penglihatan dan ditunjuki jalan kesedaran
Dan mungkin ini semua adalah balasan dan jawapan dari Tuhan
Aku kembali tersedar dari lelahan
Lelahan yang lama telah kutahan
Lelahan menahan sabar olehmu Teman!
Kau mungkin hanya berfikir kau bersabar denganku
Tapi tidak kau tahu sungguhnya aku juga begitu

Biarlah semua berlalu
Kuharap kau bahagia dengan hidupmu
Namun aku tidak mahu kau kembali padaku
Bukan kerana ku meletakkan semua salah padamu
Tapi aku yang lelah mahu mengasihani seperti dahulu
Biarkan aku dengan caraku dan jangan kau ambil tahu
Kerana itu juga yang ku laku
Biar segalanya terkubur menjadi memori tanpa perlu digali untuk dilalui sekali lagi
Aku sudah lali menyayangi
Aku tak mahu dikecewakan lagi!


.
.

(Assalamualaikum hii semua 🙃 Author tak ada mood nak bebel lepas update part ni. Mood author selalunya jadi moody bila ingat 'kisah silam' nii 🤣 Author kuat touching orangnya. Fe-Feeling layan lagu jap. Okeylah, jangan lupa komen pendapat korang tentang Puisi Syoq Sendiri Author nii. Dipersilakan shares pengalaman kalau ada yang mengalami macam Author punya pengalaman 🙃 babaii.. Assalamualaikum 👋🏻)

MADAH CORETAN JIWAWhere stories live. Discover now