Hatiku sedih namun tak daya ku tangis
Hatiku luluh namun tak daya ku luah
Diriku sepi namun ku gemar menyendiri
Diriku sunyi namun ku tak mahu berkongsiEntah apa yang jadi sehingga ku jadi begini
Aku juga tak benar-benar mengerti..
Rasa ini sungguh ku benci namun tak daya ku pinggiri
Rasa ini sungguh ku benci namun sering menjengahiSerasa empangan air mata ini semakin bergoyah tiada kukuhnya lagi
Serasa benteng hati juga semakin menyendeng tiada kestabilannya lagi
Entah bila bakal terbungkam membibitkan deraian dan linangan 'air panas' yang tertahan
Entah bila bakal terlepas dari penjara hati...Dewasanya aku bakal terbitnya bahagia
Itu angan dan fikirku di awal usia
Kini masanya tiba dan aku hanya berduka
Terlalu sering hingga ku lupa bila terakhirnya aku tertawa dan bahagia
Entah bila aku senyum dan ceria sebenar-benarnya
Kesenangan yang terpancar ikhlas lahirnya dari jiwa
Kegembiraan yang terpamer ikhlas di mukaAku lupa
Aku lupa bila terakhirnya segalanya bertukar sebegini rupa
Aku lupa bila terakhirnya segalanya bertukar hiba!Kini aku menjauhi segala
..teman juga keluarga
Aku 'terkurung' dalam dunia ku sajaKini aku bukan yang dulu
Wajahku tegang tiada terpamer bahagia
Jika ada itu hanya sekadar paksa
Lakonan mengkaburi mata manusia
...Mereka tiada bertanya
Jadinya aku 'berjaya'
...Atau mungkin mereka tak peduli akan apa yang ku rasai..?Rasa ini datang lagi..
Rasa sunyi tiada berteman
Rasa jerih dihimpit negativiti
Rasa sesak bencikan diri.!.
.🌑 04:32 🕟
YOU ARE READING
MADAH CORETAN JIWA
PoetryDan apabila kamu menunjukkan kebahagiaan 24jam.. Secara tidak langsung kamu juga menunjukkan sisi palsu diri kamu kepada orang lain. Sekiranya kamu gembira ya itu amatlah bagus. Namun jika sebaliknya juga tidak mengapa. Itu menjadikan kamu seorang m...