«Tahun 2015 »
Fa'ez membersihkan pusara yang sudah lama ditinggalkan. Sudah lama dia tidak menjejaki pusara ini. Begitu banyak kenangan antara dia dan juga arwah. Fa'ez mencabut lalang dan rumput-rumput kecil yang sudah tumbuh meliar di atas tanah pusara. Batu nisan yang masih teguh terpacak ditatap pilu.
"Papa, kita nak buat apa dekat kubur ni ye?" tanya Alisha.
Anak kesayangan Fa'ez itu terpinga-pinga. Gadis kecil berusia enam tahun itu hanya memerhatikan sahaja gelagat papanya yang sibuk membersihkan kubur di hadapan mereka
Fa'ez tersenyum. Diusap kepala anak gadisnya yang comel itu dengan lembut. Takpe... dia belum tahu sepenuhnya. Biarlah, bukan sekarang masanya untuk menceritakan. Bisik hati kecilnya.
"Sayang, mari kita baca surah Al-Fatihah?" ajak Fa'ez lantas mencapai tangan anaknya untuk mengajar gadis kecil itu menadah tangan.
Alisha terkebil-kebil. Tidak faham, namun dia ikut sahaja permintaan papanya. Ditadahkan tangannya dan duduk di sebelah Fa'ez.
Fa'ez mula membaca surah Al-Fatihah dan selepas itu mencapai senaskhah Yasin itu dalam keadaan tersedu-sedu. Setiap bacaan menjadi tersekat-sekat. Dia sebak.
Alisha disebelah mengerut dahi. Dia bengun dan mendekatkan diri pada papanya. Alisha memegang kedua-dua belah pipi papanya.
"Papa menagis?" tanya Alisha. Dia hairan. Disekat air mata papanya. Kenapa tiba-tiba papanya menangis? Dia ada buat salah ke? kubur siapa ni?
Fa'ez memegang kedua-dua tangan anaknya itu. "Tak la sayang, air dari langit jatuh kena pipi papa."
Alisha tersengih.
"Apa la papa ni, mana ada air jatuh dari langit. Air hujan ada la..." perli Alisha.
Fa'ez terkebil-kebil. Hilang sudah rasa sedihnya. Bijak sungguh anak kesayangannya ini. Sebijak mamanya. Fa'ez tersenyum sendirian. Dicium pipi Alisha sebelum kembali membaca surah Yasin.
"Papa jangan la menangis. Kalau papa menangis, mesti orang dalam kubur ni pun nangis sekali..." pujuk Alisha yang bijak berkata-kata walaupun baru berusia enam tahun.
Fa'ez sekali lagi tersenyum. "Okey la! Papa tak menangis dah. Okey?"
Alisha mengangguk sambil tersenyum lebar.
"Jom, kita baca Yasin sayang..."
"Kenapa kita baca Yasin dekat kubur ni papa?"
"Untuk mendoakan kesejahteraan dan sedekahkan pahala kepada orang yang telah meninggal dunia," jawab Fa'ez.
Alisha mengangguk lagi. Dia tersengih dan menampakkan gigi susunya yang tersusun rapi.
"Oh, kalau macam tu jom kita kasi pahala dekat orang dalam kubur ni papa," ajak Alisha, membuatkan Fa'ez tergelak kecil. Macam-macam kerenah anak dia yang sorang ni.
Alisha menadah tangannya. Tiba-tiba dia mengangkat muka memandang papanya.
"Tapi, Lish tak tahu baca Yasin, papa..." kata Alisha dengan wajahnya masam mencuka.
"Okay, biar pala baca. Lish tadah tangan aje tau," suruh Fa'ez. Anak kesayangannya itu hanya mengangguk perlahan.
Setengah jam kemudian, mereka selesai membaca surah Yasin dan berdoa akan kesejahteraan arwah.
Fa'ez bangun lantas menggulung tikar getah dan disisipkan di celah ketiaknya. Dia memegang tangan anaknya untuk beredar dari kubur arwah isterinya itu.
Baru dua bulan arwah isterinya meninggal dunia dan Alisha masih lagi tidak memahami. Dia sendiri pun tidak tahu bagaimana untuk menceritakan perihal itu kepada anak tunggalnya itu.
Nanti la. Satu hari nanti Alisha akan faham.
Sebaik sahaja kakinya melangkah ke kereta, Fa'ez membuka pintu kereta dan menyuruh Alisha masuk ke dalam. Belum sempat Alisha masuk ke dalam kereta tiba-tiba.....
"Fa'ez?"
Fa'ez menoleh ke arah seorang wanita yang memakai selendang, berbaju kurung berwarna biru dan bercermin mata hitam. Wanita itu tersenyum ke arahnya.
"Kau Fa'ez, kan?" Tanya wanita itu sekali lagi.
Fa'ez mengerut dahinya.
Alisha juga hairan. Dia memandang papanya. Kemudian ke wanita itu semula
Wanita di hadapan mereka ini membuka cermin mata hitamnya. "Kau tak kenal aku ke?"
Fa'ez terkejut. "Kau?!"
→→→→→→→→→→→→→→→→→→→→
(A/N): Fuhhh...ngalihnye... ok ni baru prolog. But i want to thanks to you guys for reading and if ada yang voted tu pun sama..○Once again terima kasih sebab sudi membaca dan voted. :)
○Anw this story is not mine. I took it from novel which is i just copying an edit some of it because the story is quite fun and awesome so i just wrote it here to share with u guys.
○Assalamua'alaikum and bhaii... have a nice day guys. :)
※Truly from Aisyah_22
YOU ARE READING
Alamak!! Fa'ez ke Am Fazwan?
RandomAisyah dan Fa'ez membesar bersama dan menjalani hidup susah senang bersama. Fa'ez yang memendam perasaan cintanya kepada Aisyah sejak sekian lama tidak pernah mengungkap kata sayang kepada gadis itu. Breakdance. Tarian itu telah menyebabkan hubungan...