"Miss," panggil seseorang daripada arah pintu menyebabkan Bella yang sedang cuba mengangkat badan Luiz memusingkan kepalanya 90 darjah.
"Andre, good timing... Come here quick, help me... " kata Bella teruja apabila melihat pengawal Eva di muka pintu.
Andre tidak berkata banyak dia terus sahaja membantu Bella mengangkat Luiz.
"Siapa dia ni miss? Saksi ke? Macam mana dengan Qadir?" Soal Andre sebaik sahaja Bella sudah duduk di seat pemandu kereta Luiz.
"Dia ni bakal suami i. Qadir? Hahaha entah. Tengah kena soal dengan malaikat maut agaknya dekat atas tu," balas Bella bersahaja. Pintu kereta ditutup rapat.
Riak muka Andre jelas tidak faham apa yang disampaikan oleh anak ketuanya itu.
"Nanti tolong uruskan Qadir dengan betina dekat atas tu eh. Kalau boleh biar dia masuk berita dalam keadaan bogel, hurmm tak pun you gantung dia dekat beranda lepas jahit k*te dia dekat dahi hahaha yang betina tu pulak buat lah apa apa yang you suka," Bella ketawa jahat.
Andre masih lagi kekal berdiri di sebelah pintu kereta. Riak risau jelas terpamer pada wajahnya.
"Don't worry I'll be fine," kata Bella sebelum lengan Andre ditepuk-tepuk daripada cermin tingkap yang diturunkan. Bella terus menarik dan melilit tali pinggang keselamatan di badannya.
"Miss, kalau dia saksi, saya boleh tolong bu..." Andre tidak sempat menghabiskan kata katanya. Lidahnya sudah terkelu apabila menerima renungan tajam membunuh daripada Bella.
"Don't you dare touch him. He's mine," keras Bella memberi amaran. Wajahnya berubah dingin. Hilang senyuman manis yang tercorak pada bibir mungilnya itu tadi.
Andre menelan air liur. Rasa gerun mula mencengkam tangkai jiwanya apabila di renung tajam oleh Bella.
"Okay M-miss," balas Andre sedikit tergagap.
"Bye bye Andre, see you next time..." cermin tingkap dinaikkan sebelum pantas kereta itu meluncur pergi dengan laju dari tempat parking aparment 40 tingkat itu.
Andre hanya memerhatikan sahaja dari ekor mata sehingga kereta Bella hilang daripada pandangan. Kakinya berpusing semula ke arah lift. Mayat Qadir yang berada di atas perlu diuruskan dengan segera.
"So how?" tanya Eva yang sedang berdiri menghadap cermin tingkap.
"Like always...tapi... " ayat Andre tergantung.
"Tapi apa?" Eva sudah memusingkan badannya menghadap ke arah Andre. Kedua tangan naik disilang ke dada.
"Tapi ada saksi..."
"What! Macam mana boleh ada saksi? Sebelum sebelum ni tak pernah lagi Bella gagal untuk buat misi dia. Kenapa kalini boleh sampai ada saksi? Apa Bella buat dengan saksi tu?" Eva mula naik berang. Belum pernah lagi anaknya itu membuat kesilapan dalam melakukan tugasnya. Semua misi yang diberikan pasti akan dilaksanakan dengan cukup sempurna. Tanpa sedikit pun cacat cela.
"Miss Bella kata tu bakal suami dia..." jawab Andre takut takut. Pandangannya dibuang ke lantai. Tidak berani ingin menatap mata wanita di hadapannya itu. Siapa je tak gerun apabila berhadapan dengan Eva Elizabeth Rose. Bekas pembunuh terhandal yang paling digeruni dalam dunia gelap. Malah satu satunya anak dia, Bella Lavender Rose juga dilatih daripada kecil untuk menjadi pembunuh terhandal sama sepertinya.
"What? Bakal suami!" Suara Eva naik seoktaf.
Andre mengangguk lemah.
"No! Bella tak boleh rapat dengan sesiapapun. Itu semua boleh menyebabkan dia hilang fokus untuk jalankan misi. I don't wanna hear about it. Its too nonesense. Bunuh lelaki tu. Buang dekat mana mana gunung ke sungai ke i tak kisah, yang i tahu dia jauh daripada hidup Bella... " arah Eva mendatar.
YOU ARE READING
BOOK 3 | My Insane Lover [ COMPLETED ]
Mystery / Thriller(Stand alone book but also with the mafia series) ROMANCE/ PSYCHOLOGICAL/ THRILLER AUTHOR ASYA BOOK 3 : HIDDEN STORY Luiz Martin seorang lelaki kacukan Eropah, hidupnya seperti tenggelam dalam lautan yang luas. Gelap, suram itu bagaikan sudah sebat...