Jimin tergamam saat melihat sekujur tubuh yang terlentang lemah di atas katil. Anak muda itu sudah berbalut di sekitar tubuh badannya, hanya mampu membuka mata serta mengeluarkan suara. Huening Kai menahan sebak apabila terbalas pandangan dengan Jimin yang kini duduk di sebelahnya.
Jimin tidak berkata sepatah, Mingyu dan Ryujin sekadar berdiri di belakang dengan membalas pandangan. Mereka berdua hanya mengikut permintaan daripada Huening Kai untuk bertemu dengan sang mafia berkod 06 tersebut.
"Apa yang terjadi? Jangan terlalu memaksa untuk keluarkan suara, kau bisik je dari situ. Aku boleh dengar." ujar Jimin lemah-lembut dan cuba menenangkan jejaka itu daripada terus menangis.
Huening Kai ceritakan segala kejadian yang berlaku semasa mereka menyerang tempat Zeus. Sehebat-hebat rancangan mereka tidak boleh menangani kekuatan Zeus sehinggakan ramai ahli Bishop yang terbunuh. Mereka cuba menyelamatkan Beomgyu, ternyata Beomgyu memang ada di sana. Di dalam tangan Zeus.
"S-Sebelum kami berlari keluar, Beomgyu ada katakan sesuatu. Saya masih ingat, dia minta kami supaya selamatkan Jimin hyung. Baru sekarang saya tahu yang Beomgyu ada talian yang rapat dengan tuan 06. Sebab tu saya nak jumpa tuan 06. Saya harap tuan 06 b-boleh bantu kami untuk terus selamatkan ahli Bishop yang masih hidup di sana...termasuk Beomgyu. Saya yakin diorang masih hidup." terang Huening Kai lemah.
Jimin mengepal penumbuknya, sudah dia agak. Semua ni berpunca daripada Zeus. Disebabkan dia menyimpan rahsia besar dengan mendiang Queen Haeri? Sumpah Jimin tak tahu semua tu.
Mingyu dan Ryujin pula asyik berfikir, kalau Jimin mahu menyumbang tenaga untuk Bishop sekalipun, tapi bagaimana? Nak mengharapkan Jimin seorang sahaja tidak cukup.
"Aku akan tolong Bishop. Aku akan bawak kawan korang yang lain balik ke sini. Tu janji aku." kata Jimin dengan senyuman tipisnya, itu membuatkan hati Huening Kai bertukar sayu. Mingyu dan Ryujin juga berasa lega mendengarnya. Mereka berjaya menawan hati si mafia berkod 06 itu untuk menolong mereka.
"T-Terima kasih tuan 06 hiks---"
"Chill bro, panggil je aku hyung." balas Jimin dengan senyuman yang manis kali ini. Entah mengapa dia terbayangkan wajah Beomgyu yang tersenyum riang di hadapannya. Fikirannya mengulas semula situasi di mana Beomgyu seronok untuk memanggil panggilan 'hyung' buat kali pertama.
Begitu juga dengan Huening Kai, Jimin mengusap perlahan kepalanya dan meminta agar lelaki itu terus berehat.
"S-Sebelum tu hyung!" Huening Kai kembali menarik lengan Jimin sebelum lelaki itu beredar pergi.
"Yes?"
"Beomgyu ada kata satu perkara lagi." Jimin mengerutkan kening dan duduk semula. Mingyu dan Ryujin juga mendekati lelaki itu untuk mendengar juga apa yang akan disampaikan oleh Huening Kai.
"D-Dong Hyeong. Dia cakap Dong Hyeong tu sebenarnya....and then Beomgyu tukar topik. D-Dia suruh kami ikut arahannya untuk keluar dari situ menggunakan jalan yang selamat. Malangnya kami diserang, Yeonjun hyung arahkan saya untuk bawa keluar Beomgyu tapi t-tapi....
....Beomgyu senyum. Senyuman yang cukup menakutkan. Dia tak sambut tangan saya dan biarkan hyung yang lain kena tangkap. B-Beomgyu bagaikan kena rasuk, dia j-jahat hiks kenapa dia jadi macam tu..." Huening Kai mula diserang panik. Segera Ryujin mendakapnya dan cuba menenangkan lelaki itu.
YOU ARE READING
°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔
FanficSemua akan berulang semula, mungkin lebih menyakitkan. Pengembaraan apa pula yang akan dihadapi oleh si gadis kecil ini? I mean ya Yoo Jaerim~ Start: 15/03/20 End : 15/01/21