Flashback 2016
"Hai sayang". Kata sarah
" Hai sayang kenapa lambat? Penat i tunggu tau". Kata shakiram.
"I tadi keluar dengan kawan i. Sampai terlupa ada date dengan you". Kata Sarah.
" Wah, sampai i pun you lupa". Kata shakiram.
Mereka berdating seperti biasa sehingga suatu masa shakiram dan kawannya ternampak Sarah berjalan dengan seorang lelaki. Kawan kawan shakiram ingin menegur Sarah tapi di halang oleh shakiram. Shakiram menyuruh kawannya mengambil gambar Sarah dengan lelaki itu dan menghantar gambar itu kepada Sarah. Selang beberapa hari, Shakiram mengajak Sarah untuk berjumpa. Sarah datang bersama dengan lelaki lain. Shakiram terkejut kerana sarah membawa lelaki lain.
"Sarah, siapa ni". Tanya shakiram.
" Ni? Ni Azzam. Boyfriend baru i. " Kata Sarah.
"What?! But you with Me. How can you". Kata shakiram.
" We over okey. Now I ada yang lebih kaya, yang lebih segala nya daripada you. Kita dan bercinta dari kita form 5 lagi. Tapi pasal keluarga you pun I tak tahu ". Kata Sarah.
" Okey Fine. I Give up dengan you. Mama I pernah cakap, jangan cari orang yang mencari duit tapi cari orang yang ada hati pekerti ". Kata shakiram.
Shakiram terus pergi dari situ. Sejak itu, dia tidak pernah bercinta dan fokus untuk mencapai cita citanya. Dia tidak pernah menyesal putus dengan sarah
NOW 2020
Pada waktu malam, cikgu shakiram datang lagi ke hospital untuk melihat Fatin. Dia melihat Fatin sedang makan di bilik itu. Cikgu shakiram masuk dengan membawa coklat.
"Wah, cikgu bawak coklat. Ni yang bertambah sayang ni". Kata Fatin.
" Walaupun abang suka sayang cakap bertambah sayang, tapi abang tetap tak akan bagi sayang makan ni". Kata cikgu shakiram.
"Ala kenapa? ". Tanya Fatin.
" Awak tu demam pun tak baik lagi. Tapi baik makan coklat ni. Abang bawak ni pun sebab nak makan ". Kata cikgu shakiram.
" Yelahhh". Kata Fatin.
"Sayang bila boleh keluar? ". Tanya cikgu shakiram
" Hmmmm. Mungkin esok petang". Kata Fatin.
Cikgu shakiram angguk tanda faham. Tak lama kemudian Fatin tidur selepas makan ubat. Cikgu shakiram menyuruh abang Aidil dan abang airil untuk pulang. Cikgu shakiram menjaga Fatin.
Keesokan paginya, Fatin terkejut melihat cikgu shakiram tidur di tangannya. Fatin tidak sampai hati ingin mengejutkan cikgu shakiram. Fatin membiarkan cikgu Shakiram tidur kerana mungkin dia penat menjaga Fatin sepanjang malam. Tak lama kemudian cikgu shakiram terjaga. Mereka memandang satu sama lain.
"Sayang dah bangun? ". Tanya cikgu shakiram.
" Hmmmm". Jawab Fatin.
"Sorry lah, abang tertidur pulak. Sayang nak air". Kata cikgu shakiram.
Fatin mengangguk. Cikgu shakiram menuang kan air untuk Fatin. Tak lama kemudian, Mama cikgu shakiram dan Mama Fatin datang. Cikgu shakiram keluar untuk cuci muka. Fatin tahu sepatutnya cikgu Shakiram sekolah hari ini, tetapi Fatin hanya menutup mulutnya untuk tidak menanyakan itu. Fatin mendengar bebelan mamanya yang tidak henti henti. Cikgu shakiram membawa sarapan untuk Fatin. Dia menyediakan sarapan untuk Fatin. Fatin melihat makanan itu sambil terliur.
"Nah, sayang. Makan lah". Kata Fatin.
" Cikgu buat ke? ". Tanya Fatin.
" Tak lah, dekat depan hospital kan ade jual sarapan. Abang beli je ". Jawab cikgu shakiram.