Bab 29

1.8K 57 5
                                    

Bunyi deringan telefon Sofiea diatas meja agak menggangu Adam yang ketika itu sedang menonton tv.

Malas dia mahu mengangkat. Sofiea ketika itu sedang berada di dapur

Deringan kali kedua pula kedengaran. "Hishyy sapa pulak malam-malam ni call,Adam sudah hilang sabar,telefon diangkat malas

"Hello? Namun tiada suara dari pemanggil disana

"Hello??kali ini agak keras suaranya,seolah-olah dipermainkan pula rasanya

Dahla telefon memalam,pastu bila jawab senyap pula.Adam sudah hilang sabar.

Tangannya ingin mematikan panggilan tetapi belum sempat dia ingin berbuat demikian suara pemanggil disana kedengaran

Telefon kembali dilekapkan di telinga

"Ya siapa ni? Adam masih lagi bertanya

Agak lama baru dijawab oleh pemanggil disana

"Ikram!"selamba saja nada suaranya

Adam terdiam sebentar sebelum cuba mengingat nama yang diberitahu sebentar tadi. Seperti dia kenal nama itu tetapi tidak begitu pasti

Melihat Sofiea yang menuju kearahnya sambil membuat isyarat kenapa..Adam teringat seseorang

"Kau buat apa hah call isteri aku malam-malam?..ayat itu dilontarkan geram

Kedengaran bunyi ketawa disana.semakin menambah tahap kemarahan Adam yang ketika itu memang sudah hilang kawalan

"Cakapla kenapa kau call isteri aku memalam macam ni? Adam masih lagi marah sehingga dia bangun dari kerusi yang didudukinya itu

Sofiea agak terkejut dengan reaksi Adam itu

Dia kaku dipertengahan ruang tamu itu apabila melihat Adam sedang menengking seseorang di telefon dan telefon yang dipegang oleh Adam itu pula ialah telefonnya

Hatinya sudah berasa tidak sedap..

Bukkkk....satu bunyi kuat kedengaran

Telefon yang tadi berada di tangan Adam kini berderai di atas lantai

Terkejut dengan reaksi dan tingkah suaminya ketika itu

Sofi cepat-cepat pergi kearah suaminya yang kelihatan sangat marah...Merah mukanya menahan amarah

Tangan suaminya dipegang

Namun Adam masih kaku dengan reaksi yang sukar ditafsirkan

"Abanggg..Kedengaran suara Sofi memanggil

"Nanti abang ganti telefon tu..Adam berlalu pergi meninggalkan isterinya tertanya-tanya apakah sebenarnya yang terjadi

Sofiea mengambil cerbisan Telefon yang berada disudut dinding itu.

Hatinya tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku

Mengapa suaminya begitu marah dan bersikap drastik membaling sehingga berkecai telefonnya itu.

***

Sofiea masuk kedalam bilik mereka,kelihatan Adam meletakkan tangannya diatas dahi ketika itu

Dia perlahan-lahan mengesotkan dirinya menghampiri Adam yang memejamkan mata..

"Abang..Sofi memanggil lembut

Namun tiada sahutan..Adam diam sahaja..walaupun Sofiea tahu suaminya itu tidak lagi tidur

Sofiea bergerak perlahan-lahan ke bantalnya dan merebahkan badannya disisi suaminya itu

Adakah salahnya?..Sofi sendiri buntu memikirkannya..akhirnya dia sendiri terlena

En Doktor VS Cik NurseWhere stories live. Discover now