Jam di dinding menunjukkan pukul 9 pagi. Aku masih berdiri di depan cermin hias , melihat penampilanku. Baju kurung kain kapas warna hijau muda itu menampakkan aku kelihatan reamaja. Ditambah pula dengan rambut yang aku ikat seperti ekor kuda. Done ! Aku sudah bersedia untuk menghadiri sesi temuduga.
Pagi ini aku akan menghadiri sesi temuduga sebagai guru tadika. Jawatan inu cuma sementara bagi menggantikan seorang guru yang mengambil cuti bersalin selama 3 bulan. Aku memang berharap untuk menjawat jawatan ini. Jika aku berjaya , dapatla juga duit poket untuk masuk universiti nanti.
Jarak rumah Mak Long dengan Tadika Bintang Kecil cuma 600 meter . Aku hanya berjalan kaki ke sana. Ketika tiba di satu laluan lampu isyarat , sebuah kereta Porsche warna merah berhenti di sebelahku dengan bunyi deruman enjin yang kuat. Maklumlah kereta orang kaya. Aku terkejut dan memandang kereta itu. Seorang lelaki dan seorang perempuan sedang gelak riang.
Aku sempat melihat lelaki itu. Rambutnya ikal keperangan. Memiliki hidung yang mancung dan kulitnya putih kemerahan. Aku dapat mengagak lelaki itu bukan Melayu tulen.
Spontan tanpa diduga. Kami saling berpandangan. Aku leka dengan ketampanan lelaki itu. Tiba tiba gelagat gadis yang bersebelahan lelaki itu mencium pipi lelaki itu tanpa segan silu. Kemudian mereka ketawa. Tak malukah perempuan itu ? Biarpun lelaki itu mungkin suaminya tapi mana adab sopannya sebagai perempuan Melayu ? Dari pandangan mataku mereka tidak kelihatan seperti suami isteri tapi lebih kepada pasangan kekasih yang sedang leka bercinta.
Lampu isyarat bertukar hijau. Kereta Porsche itu menderum laju meninggalkan tempat tersebut. Aku melangkah dengan rasa kesal mengingatkan tingkah laku pasangan itu. Ah , lantaklah mereka nak buat apa pun. Sendiri buat dosa , sendirilah tanggung !
Sebaik sahaja tiba di pintu pagar Tadika Bintang Kecil , mataku menangkap sebuah kereta Porsche berwarna merah di bahagian dalam kawasan tadika. Langkahku tiba tiba kaku disitu. Pelik ! Itulah persoalan yang bermain main di fikiranku. Kenapa mereka berada di sini pula ?
Aku cuba mencuri pandang ke arah perempuan didalam kereta itu. Rambutnya berombak keperangan. Wajahnya nampak jelita tapi malangnya sombong. Aku menghadiahkan senyuman apabila mata kami bertembung tapi dia segera memalingkan wajahnya dengan muka yang sombong. Tak setarafkah aku dengan dia hanya kerana rambutku yang hitam semula jadi ini dan wajahku yang hanya tercalit dengan gincu nipis yang tidak semerah bibirnya ?
Aku segera berjalan masuk meninggalkan perempuan sombong itu. Aku punya tujuan lebih penting dari memikirkan dirinya yang entah siapa.
Suasana didalam tadika agak riuh rendah dengan suara kanak kanak. Ada yang berbual , ada yang galak berlari ke sana ke sini , ada yang ketawa mengekeh dan ada juga yang duduk bersendirian.
Aku termangu mangu. Tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Sama ada ingin bertanya atau pun membuat hala tujuku sendiri.
"Nak cari siapa ?" Suara garau seorang lelaki kedengaran membuatkan aku segera berpaling ke belakang. Nah lelaki yang memandu Porsche merah itu kini berada dihadapanku. Orangnya tinggi lampai , sekitar 188 maybe , tak setanding aku yang 156 ini. Segak memakai baju putih dan juga sekuar slack warna biru tua. Ada logo sistem penerbangan malaysia di tepi sebelah kiri bajunya.
"Nak cari siapa ?" Ulangnya sambil terus merenung tajam ke arahku.
"Nak cari Cik Norazah. " jawab ku teragak agak. Mataku tidak lekang dari menatap wajah lelaki kacak ini.
"Lalu ikut sini. Lepastu belok kiri. Lepastu ada pintu sebelah kiri. You masuk situ. Cik Norazah ada kat situ. "Dia menunjukkan arah jalan kepadaku.
Aku mengangguk angguk. "Terima kasih encik. "
Lelaki itu sedikit pun tidak tersenyum. Dia hanya mengangguk dan kemudian terus beredar. Aku berjalan ke arah yang diberitahu oleh lelaki tadi. Sebaik sahaja melepasi tembok disitu , aku kembali memandangnya. Dia sudah berada di dalam kereta. Perempuan itu sedang membisikkan sesuatu di telinganya dengan liuk lentok tubuh yang menggoda. Sekali lagi satu ciuman hinggap di lelaki itu. Aku terkedu.
"Assalamualaikum..." sapaku kepada seorang wanita yang sedang duduk sambil mengamati fail di hadapannya.
Pejabat itu kecik sahaja. Dindingnya dihiasi dengan pelbagai lukisan kanak kanak. Melihat suasana di dalamnya , aku mula jatuh hati dengan persekitarannya."Waalaikumussalam." Balasnya lembut.
Wanita di hadapanku ini kelihatan anggun. Pipinya bagai pauh dilayang dan matanya yand bundar redup memandangku. Dia hanya memakai baju kurung corak bunga bunga kecil warna lembut , seolah olah menggambarkan dirinya juga begitu.
"Nak cari siapa ?"
"Nak cari Cik Norazah. "
Dahinya berkerut. "Ya , saya Norazah. Awak siapa ya ?"Aku menarik nafas panjang. Sedikit lega kerana telah bertemu dengan pengetua tadika ini.
"Saya Azreen Amani. Saya datang untuk temuduga jawatan guru sementara di sini. " aku menghulurkan tangan bersalaman dengannya.
Riak wajahnya menunjukkan dia baru tersedar akan sesuatu. Dia kemudian tersenyum.
"Alhamdulillah , kak Zah ingatkan Azreen tak datang sebab sepatutnya Azreen datang pukul 8.30 pagi tadi. Dah dekat sejam baru sampai. Ada masalah ke ?
Aku terkejut. "Saya diberitahu , temuduga saya pukul 9.30 bukan 8.30 pagi. "
Giliran wanita muda dihadapanku yang membahasakan dirinya sebagai kak Zah pula terkejut.
"Eh , iya ke ? Rasanya temuduga untuk Azreen 8.30" gumamnya sambil berfikir. Tapi kemudian , bibirnya menguntumkan senyuman. "Tak apalah , Azreen pun dah ada di sini , kita mulakan saja temu duga. "
Aku mengangguk dan terus bersetuju.
Kak Zah bergerak dari meja kerjanya. "But give me a minute. Kak Zah nak settlekan sesuatu kejap. Then i will get back to you. Oh ya , ni ada borang untuk Azreen isi particulars. In the meantime , kak Zah keluar kejap okay. " ujarnya sebelum meninggalkan aku keseorangan di pejabatnya.
Aku mengangguk. Kak Zah keluar dan aku menatap borang yang dihulurkan sebentar tadi.Done for my first story.
Vote okeyh.
Okeyh la tu 884 words for my first chapter.
InsyaAllah nanti naik lagi okeyh.
Follow me and ill follow u back.
Tbc.