Faizal POV
Mana Aqil ni, dah 6.30 dah ni, aku mandi tadi tak nampak pulak budak ni, haduh pelik aku, lepas aku bagi nasi kerabu tadi terus lesap, nak kena gi makan ni, japgi dah nak gi solat, risau lak aku, baik aku gi check kat bilik dia
Aku berjalan menaiki tangga, dorm Sejahtera eh, tak silap aku bahagian tengah, huih kotornya koridor ni, bangang budak-budak ni, main tinggal je sampah berpeleseran, mentang-mentang cuti, terus lupa nak bersihkan, aku mengutip plastik-plastik dan sampah yang ku jumpa dan dimasukkan ke dalam tong sampah
ARGHHHHHHHH
itu suara Aqil!!, aku bergegas berlari mencari dorm Cergas, sampai sahaja ke hadapan pintu dorm, terus ku tendang pintunya, kelihatan Aqil baru selesai mengkancing seluarnya
"Kau pahal bodoh?, terjerit-jerit penat aku lari datang sini, asal ni?" Kataku sambil memasuki kawasan dorm
"Saya errr.... saya....." mata Aqil liar melihat sekeliling mencari sesuatu
"Ni haa, pakai seluar tadi terlanggar katil, dia jatuh betul-betul dekat kuku ibu jari kaki, sakittt" gomel Aqil
" haihhh, kau ni, itu pun sakit ke?"
"Sakit la bucu kottt"
"Dah tu kau tempang dah la ni? Takleh jalan? Nak aku panggil makcik DM hantar makanan sini suapkan tak?" Perliku
"Takde la bang, boleh je lagi nak jalan, abang ni apa la sampai tempang-tempang ni, ish"
"Dah jom, gi makan, dengar cerita harini DM makan lauk ayam" kataku sambil menampar bahu kanan Aqil
"Hssssssss..... ahhhhhh" desah Aqil
"Asal?"
"Takde pape, dah jomm ahhhh, ayam tuuu, kang habis karang" Aqil berjalan laju menuju keluar dari bilik dan menutup lampu dan kipas
Aku berjalan sedikit perlahan dari Aqil, membiarkan sahaja, Aqil meninggalkanku di depan, Aqil berjalan sedikit bongkok, entah kenapa, aku pun pelik
"Sakit eh?" Kataku perlahan
"Apa bang?"
"Takde pape, diam lah, dah jom" aku merangkul leher Aqil dan bergerak
Aku mengetap gigi memikirkan sesuatu
---------------
"Haaa, Assalamualaikum, saya nak minta pada semua budak tingkatan satu, minta tunggu sat boleh dak?, tingkatan lain ma takdak pa, minta kosongkan surau la noh, cuti ni takdak prep, ikut suka tok hangpa la nak buat apa pun" umum Jimbe
Aku ketawa kecil, gemuk ni tak pernah serius langsung, haih pelik aku ngan dia ni, tapi hendak bagaimana lagi, dah itu personalitinya, itulah yang membuatkan ramai senang dengannya, tapi aku masih pelik bagaimana Shamiza ketua pengawas yang garang gila tu boleh terpikat dengan dia, pelik sungguh dunia ni
"Form 1, mai kumpul tang ni noh, mai-mai duk tang ni" kata Jimbe sambil meletakkan kerusi di hadapan
Kesemua form 1 yang ada di situ berkumpul setempat dan duduk bersila di hadapan Jimbe, dengan berpakaian baju melayu, kait pelikat serta kopiah, Jimbe nampak macam seorang ustaz yang sedang bagi ceramah, heh ostad la sangat gemuk sekor ni. Aku perasan Aqil berada di kalangan mereka yang sedang duduk itu melambai padaku, aku membalas lambaian itu dengan hanya mengangkat tangan
"Wei, hang, yang pakai kain pelikat ni, bangun sat kira berapa orang" budak itu bangun dan mengira kesemua yang hadir
"17 bang termasuk saya"
"Ok, aikk? Pasepa 17, bukan patut 16 ka?" Jimbe berpaling padaku
Aku menunjuk ke arah belakang kumpulan itu pada seseorang, Jimbe berpusing melihat arah yang ditunjuk
YOU ARE READING
Aku Dan Aqil
Teen FictionPertama kali aku kenal si budak Aqil ni, aku tak sedar, dalam masa 10 hari, dia akan ubah landskap hidup asrama aku "Abang teman saya boleh?" Tanya Aqil membulatkan mata "Asal aku pulak?" "Habis tuu?? Kita dua je kat sini" 10 hari, 10 malam bersama...