"Bagi saya 10 sebab kenapa saya perlu ikut awak, baru saya pertimbangkan" kening kirinya dijungkit sebelah memandang Taehyung yang sibuk bersiap. "Kau kan perempuan, kau lebih tahu bab - bab barang dapur apa semua ni. Kau tak ingat apa yang berlaku bulan lepas?" teringat kembali peristiwa dimana Hana menyuruh Taehyung membeli timun tapi terung yang dibelinya.
"Ye la, tunggu saya bersiap sekejap" dengan langkah malasnya Hana menggagahkan dirinya untuk bangun bersiap sebelum lelaki dihadapannya ini mula membebel.
Hana mengenakan pakaian seringkas yang boleh, takut bersiap lama semakin angin lelaki tu. Rambutnya diikat bahagian atas sahaja.
Hana meletakkan bb cream kemukanya dan mengoles lipbalm berperisa strawberry. Barang - barang penting seperti wallet dan telefon diletakkan ke dalam beg kecil miliknya. Perlahan - lahan menuruni tangga, terlihat Taehyung yang sedang bercekak pinggang menunggunya turun."Ingatkan tahun depan nak turun" perlinya pedas sebelum berjalan keluar meninggalkan Hana yang kabut mengikat tali kasutnya. "Tolong belajar erti bersyukur, bersyukur la saya nak ikut awak" matanya diguling sebelum kaki kecilnya laju berjalan ke arah pintu kereta Bugatti's La Voiture Noire milik Taehyung. Walaupun Taehyung nampak macam pelajar yang tak berduit, tapi dalam diam sebut je permintaan semua dapat.
(Stan NCT Make A Wish 🤧)
.
.
.
.
.-Skip-
.
.
.
.
.Perjalanan yang mengambil masa selama 30 minit itu akhirnya berakhir, kini Taehyung selamat meletakkan keretanya di tempat parking. Sempat juga la dia menarik perhatian pengunjung di mall itu, lagi menarik bila mereka nampak wajah tampan pemandunya. Semakin ramai buaya wanita beratur menunggu jejaka kelahiran Korea ini.
Hana dengan perlahan membuka pintu kereta, ye la kereta mahal kena hati - hati sikit karang rosak siapa nak bayar. Korang nak bayar? Taehyung ni kadang - kadang tak betul jugak.
Taehyung keluar dari kereta sambil mengeliat kecil, baru 30 minit memandu dah penat belum suruh pandu dari Seoul ke Busan agak - agaknya terus pengsan.
Terdengar bunyi - bunyi buaya wanita yang cuba nasib menarik perhatian Taehyung. Hana yang meluat tengok aksi kegedikkan gadis - gadis itu segera melangkah memasuki ruang membeli belah meninggalkan Taehyung terpinga - pinga mengejarnya dari belakang. Dari layan buaya gatal seperti mereka baik dia layan cik Hana yang comel ni.
.
.
.
.
.Tak kalah dengan Taehyung, kecantikkan semula jadi Hana menarik perhatian beberapa pelanggan disana. Hana yang masih tidak sedar dengan keadaan itu hanya berjalan selamba memasuki kedai - kedai yang menarik perhatiannya. Taehyung yang perasan beberapa pandangan gatal dari lelaki tua disana, menarik perlahan bahu Hana. Tangannya sengaja diletakkan dipuncak bahu milik gadis itu.
"Awak dah kenapa?" soal Hana pelik dengan aksi lelaki itu, mana taknya terkejut gadis itu bila bahunya ditarik kebelakang nasib tak jauh kalau tak menambah malu je.
"Tangan aku lenguh, kau pendek tumpangkan la bahu pendek kau tu sekejap" balasnya selamba, dalam tidak sedar Hana dah memikirkan 1001 cara untuk mengakhiri hidup seorang vampire ini.
.
.
.
.
."Kau tak nak beli apa - apa ke? Dah alang - alang kita lalu banyak kedai ini" soal Taehyung barang - barang dapur yang dipegang Hana disambar laju oleh Taehyung. "Tak nak, semua dah ada buat apa nak beli lagi" memang benar macam - macam Taehyung belikan untuknya. Untuk apa lagi dia hendak beli lagi, buat semak bilik je.
"Baju? Kasut? Beg? Make up?" soal Taehyung lagi masih hendak berbelanja dengan gadis kecil dihadapannya ini. "Tak nak, dah jom balik beli apa yang perlu sahaja tak perlu membazir" laju tangan sasa milik Taehyung itu disambar. Sebelum lelaki ini menyoal lagi baik Hana tarik Taehyung keluar dari mall ini.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.554 words
Hi, sorry lama tak on. Bubble baru start intern tu yang busy nak catch up study dengan nak update. Tapi bila ada masa free macam ni, saya akan cuba update secepatnya untuk anda semua.
Maaf sekali lagi sebab chapter yang kali ini agak pendek dan hambar, saya tengah kekeringan idea sekarang ini😭.Anyway, please don't be silent readers and tolong ringankan tangan menekan gambar bintang itu terima kasih.
YOU ARE READING
YOU ARE MINE - KTH
Vampire#150-vampire #97-vampire #104-vampire #117-vampire #18 -btsv #50 -btssuga #569 -btssuga #8 -btssuga #39 -btsjin Seorang lelaki yang luar biasa telah pon melanggar peraturan kaumnya. Dia terpaksa menerima hukuman diatas kesalahannya. Sedang dia menja...