"AKU hantar kau pergi kelas harini."
Perbuatan Adeena yang sedang menyapu jem pada roti itu terhenti. Dahi wanita itu berkerut sedikit, anak mata hazel itu memandang tunak wajah tampan suaminya.
"Lah, harini kan abang off day kenapa susahkan diri nak pergi hantar Deena. Apa kata abang duduk rumah je harini. Rehatkan diri, lagipun Deena pergi kejap je jam 1:30 Deena balik."
Adeena mengelip-ngelipkan matanya kepada Aiden. Harap lelaki itu termakan lah dengan pujuk rayunya. Package muka comel pula tu.
"No. Jangan pernah pertikaikan apa yang abang cakap. Itu arahan bukan pilihan semata. Jadi abang yang akan hantar sayang. You have no choice Mrs Aiden Nathaniel."
Adeena gugup di tempatnya. Sejak bila Aiden bahasakan dirinya sebagai abang? Adeena menggigit bibirnya tatkala terlampau teruja dengan perubahan nama panggilan Aiden untuknya.
"Abang?" Soal Adeena lagi. Mahukan kepastian.
Aiden yang baru sahaja mencicip coffea buatan Adeena itu tersenyum menyenget.
"Kenapa? Suka?" Soal Aiden kembali sambil mengangkat keningnya kepada wanita itu.
Adeena mengangguk sambil tersenyum lebar. Wajah comel dia tayangkan kepada Aiden. Tangan wanita itu juga merayap ke lengan suaminya yang terdedah.
"Suka sangat!"
Lengan kekar milik Aiden dia goncang dengan teruja. Aiden menggelengkan kepalanya. Haih, ada-ada sahaja perangai isterinya itu.
"Habiskan your breakfast nanti terlewat masuk kelas."
Adeena mengangguk. Roti yang sudah berinti jem itu dia hulurkan pada Aiden.
"Kenapa pula? Abang dah kenyang, sayang makanlah." Aiden memandang wajah isterinya dengan riak wajah yang berkerut.
Adeena mencebik. Buat-buat tak tahu ke memang suaminya tidak tahu apa kemahuannya?
"Abang pegang roti ni." Adeena meletakkan roti di atas telapak tangan besar suaminya.
"Abang pegang lah elok-elok!"
Wanita itu memandang wajah Aiden dengan wajah yang berkerut hebat. Main-main pula Aiden dengan dia.
"Like this? Ini ke yang sayang mahukan?"
Aiden menyua roti yang berada di tangannya kepada Adeena. Mahu menyuap isterinya itu.
"Ummmmm sedap!"
Aiden tersengih kecil.
"If abang nak tahu. Roti ni tak sedap mana pun."
"Iya? Habistu kenapa sayang makan juga?" Soal Aiden kepada isterinya.
Bukannya dia tidak tahu dengan perangai Adeena. Suka betul wanita itu melemparkan kata-kata manis untuknya sejak mereka berdua sah bergelar suami isteri.
"Deena makan sebab abang yang suapkan. Roti ni bertambah sedap bila abang tukang suapnya. I love you bie."
Tangan Adeena naik mengusap rahang terbentuk sempurna milik Aiden. Dia rasa dia sudah angau dengan suaminya sendiri. Hmmm.
"Kacaknya suami saya." Adeena menongkatkan dagu. Anak mata wanita itu tidak jemu menatap wajah tampan milik suaminya.
Aiden tersenyum sinis. Jari kasar milik lelaki itu menunjal dahi licin milik Adeena.