A I D E N 26

8.6K 396 16
                                    

ADEENA menggenggam kemas t-shirt pagoda berwarna hitam yang tersarung di tubuh tegap Aiden.

Kini sudah dua minggu mereka sah bergelar sebagai suami isteri. Majlis persandingannya di tangguh ke bulan hadapan akibat menunggu kepulangan Adel adik bongsu Aiden.

Gadis itu perlu ke Jordan akibat ada hal yang perlu diselesaikan.

"Abang, Deena malu la nak jumpa dengan kak Ariana. Dah la terfitnah dia haritu. Lagipun Adeena dah ter ada niat nak hantar kepala kambing kat dia. Ni semua salah abang!"

Bahu padat dan sasa milik Aiden dia tepuk kuat. Geram betul dengan Aiden, disebabkan oleh lelaki itulah dia telah berprasangka buruk terhadap Quinn Ariana.

Malu!

"Alah abang saja je. Kisah kita ni terlalu smooth sayang. Mesti la kena ada naik turun juga. Kalau tak ada konflik tak best."

Adeena mengecilkan mata bundarnya kepada Aiden. Perut berotot suaminya dia cubit kuat.

Berkerut-kerut wajah lelaki itu menahan sakit akibat pengepit ketam Adeena.

"Ampun sayang! Janji tak buat dah!" Aiden menggenggam tangan kecil milik Adeena yang masih melekat di kulit perutnya.

Kalau tak hentikan tingkah wanita itu sudah pasti perutnya nanti lebam membiru.

"Tahu tak apa. Abang buat lagi, memang abang akan Adeena sunatkan lima kali."

Membulat mata Aiden. Apa tak senonoh sangat bini dia ni.

"Tak ada baby la kita nanti if sayang potong abang punya-

Adeena menjengkilkan matanya ke arah Aiden. Tapak tangan wanita itu naik menekup mulut tiada insurans milik suaminya.

"Abang ni kalau nak cakap apa-apa pastikan bertapis boleh tak." Adeena menjeling Aiden yang sedang menyandarkan tubuh di pintu kereta.

Aiden tersengih. Kedua-dua belah tangan milik Adeena yang berada di sisi tubuh dia ambil lalu dipegang oleh Aiden.

"Abang minta maaf sayang." Belakang tangan Adeena dia kucup sayang.

"Permohonan maaf abang di terima. Tapi ada satu syarat." Adeena tersenyum menyenget.




















AIDEN menjeling isterinya yang sedang terkekeh di kerusi bangku yang ada di halaman rumah keluarga Tengku Adriel.

"Seronok sayang kena kan abang?" Soal Aiden kegeraman.

Ingat apalah syarat yang Adeena buat kepadanya. Rupa-rupanya wanita itu menyuruh dia cabut rumput yang mula tumbuh kecil di halaman rumah Tengku Adriel.

Baju yang mula basah akibat aktviti mencabut rumput yang dibuat di tengah panas itu dibuka segera oleh Aiden.

Mata Adeena membutang melihat Aiden yang mula separuh bogel di halaman rumah mertuanya.

Pantas sahaja langkah kecil itu berlari merapati Aiden.

"Abang!"

MRS AIDEN NATHANIEL [C]Where stories live. Discover now