"CIK BEDAH.Ada nampak Hawa tak? Puteri ada masuk bilik dia tadi, tapi dia tak ada pun dalam bilik. Hawa dah keluar rumah, ke? Semalam pun Puteri tak nampak bayang Hawa langsung. Atau... Hawa tak balik rumah langsung sejak semalam, Cik Bedah?" Aju Puteri dengan pelbagai soalan dengan sehela nafas kepada Cik Bedah yang sedang mengatur pinggan di atas meja makan.
Cik Bedah memanggung kepalanya memandang Puteri sesaat sebelum menjatuhkan kembali pandangannya. Tangan ligat mengatur juadah untuk sarapan di atas meja makan.
"Cik Bedah tak tahu, Puteri." Hanya itu yang dibalas oleh Cik Bedah kepada persoalan Puteri. Kerana, dia sememangnya tidak tahu menahu mengenai keberadaan Hawa.
"Puteri tak payah sibuk sangat tanya pasal budak tu... Bukan ada faedah pun. Biasa la Si Hawa tu... Kalau semalaman tak balik tu ada la buat kerja tak senonoh dekat belakang kita," celah Rafidah yang tiba-tiba muncul di ruang makan seraya itu dia melabuhkan punggung di atas kerusi. Sekeping roti dicapai dan disapu dengan nutella sebelum dimasukkan di dalam mulutnya.
"Kenapa ibu cakap macam tu? Tak baik berburuk sangka dengan anak sendiri." Dahi Puteri sedikit berkerut, tidak menyukai sikap ibunya yang terlalu prejudis dengan Hawa semenjak dahulu lagi.
"Ibu cakap benda yang betul lah, Puteri. Kita mana tahu Si Hawa tu buat apa dekat belakang kita... Entah-entah buat perkara tak senonoh. Ibu bukan nak cakap sembarangan la... Sebab, ibu kenal Hawa tu macam mana. Dia liar budaknya.Tak dengar cakap orang. Degil dan nakal. Ibu pun dah penat nasihat dia supaya jadi macam Puteri. Sepatutnya dia kena contohi sikap kakak dia..."
"Ibu.Puteri tak suka bila ibu cakap buruk pasal adik Puteri sendiri," tegur Puteri penuh lemah-lembut. Tangan kiri ibunya dielus lembut.
"Kamu ni pun satu... Suka sangat menyebelahi Si Hawa tu." Rafidah mendengus kegeraman.
"Sebab dia adik Puteri."
"Sudah.Kalau kita cakap pasal Hawa kesudahannya nanti kita yang bergaduh. Anak ibu yang cantik ni, nak pergi mana? Nak jumpa Hafiz ke?" Cepat-cepat Rafidah mengubah topik perbualan. Dia turut tersenyum lebar melihatkan Puteri yang melorekkan senyuman manis.
Puteri sekadar mengangguk kepala perlahan. Mengeyakan persoalan ibunya.
"Puteri kena ingat.Tinggal lagi sebulan aje sebelum Puteri dan Hafiz bakal bernikah. Tak sabar ibu nak tengok anak kesayangan ibu ni naik pelamin nanti. Kalau ada barang hantaran tak cukup, beritahu ibu cepat-cepat. Ibu tak suka last minute.Ibu kalau boleh nak yang terbaik masa majlis nanti.Jangan lupa ajak Hafiz beli cincin nikah. Jangan nak asyik tangguh aje.Kalau dia sibuk sangat, paksa juga dia spend time dengan Puteri. Jangan biarkan dia utamakan kerja sangat sebab Puteri ini bakal isteri dia, bukannya dia yang nak kahwin dengan pekerjaannya nanti," leter Rafidah panjang lebar.
"Kalau Hafiz sibuk sangat dengan kerja dia, Puteri tak nak la paksa dia. Puteri faham bagaimana pekerjaan Hafiz tu. Biar la dia kumpul duit-duit banyak. Bila dia betul-betul free. Baru la Puteri ajak dia beli cincin nikah ya, ibu?" Puteri kalau boleh tidak mahu mendesak tunangnya dalam soal sebegini.
Mengenali seorang Hafiz hampir tiga tahun itu membuatkan Puteri amat menyayangi dan memahami lelaki itu. Baru empat bulan mereka mengikat tali pertunangan setelah Rafidah mendesak katanya benda yang elok tak baik dilewat-lewatkan. Seafdalnya Puteri dan Hafiz mengikat tali hubungan yang sah.
YOU ARE READING
KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]
Romance𝒌𝒆𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 𝒗𝒐𝒍 1 "𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒂𝒃𝒂𝒅𝒊 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒏𝒚𝒂..." "Saya lapar... Ada makanan tak?" Itu merupakan titik perkenalan di antara Hawa dan Muhammad. Masing-masing bagaikan ada daya tarikan yang membuatkan mereka s...