Bab 1

7.5K 589 50
                                    

"DASAR lelaki tak guna!" sambil mata tak lepas memandang pasangan sejoli yang sedang enak menikmati makan malam bertemankan lilin mereka, laju langkahnya dibawa mendekati pasangan itu. Apa lagi yang dia nak buat? Onarlah!

Hanya 10 langkah sahaja lagi sebelum dia tiba dihadapan meja pasangan itu tiba-tiba lengannya ditarik kuat dan dia dibawa menjauh.

"Hey!"

"Lepaslah! Siapa you ni? Suka-suka je tarik orang! Tak malu ke?" marah Nerisa dalam bisik. Tak mahu jika dia jadi perhatian. Lagi-lagi perhatian pasangan yang kini sedang mengusap tangan antara satu sama lain itu. Dia nak buat surprise, mana boleh ada orang perasan!

Tiba dibahagian meja bar yang menghadapkan mereka pada pemandangan bandar metropolitan Kuala Lumpur, akhirnya dia dilepaskan.

"What is wrong with you? Lain kali kalau nak tarik tu boleh tak pandang kiri kanan dulu, kan dah silap orang huh! Buat malu diri sendiri je" sebaik mendengus geram, langkahnya ingin kembali dibuka. Pergelangan tangannya diusap-usap.

Tak pasal-pasal merah tangan dek rantai yang dipakai ditekankan ke kulit! Sudahlah kulitnya putih melepak, kalau papa nampak ni konfem dia report polis! Geram betul.

"Yang you nak serang orang dekat tempat public macam ni tak malu pula?"

Terhenti langkah Nerisa dibuatnya. Matanya dikecilkan, jadi lelaki itu tarik dia bukan sebab tak sengajalah? "Apa you cakap?"

"Tolong lupakan apa yang ada dalam fikiran you?"

Nerisa faham maksud lelaki itu. Tapi siapa dia untuk mengarah orang untuk ikut cakap dia? Mereka bukannya kenal pun. Suka-suka dia je. Dahlah main tarik tangan orang pun sesuka hati!

"Kenapa pula?" soal Nerisa tegas. Tangannya disilangkan ke dada. Kenapa teman lelakinya curang dibelakang dia, dia tak boleh nak pergi terjah? Takkan nak dibiar lelaki itu terus menipunya? Takkan nak tengok sambil tersenyum macam kerang busuk pula?!

"Because he is my bestfriend" sambil berbicara, jemari telunjuknya ditudingkan kearah pasangan yang masih sedang lancar bercinta.

Terlopong mulut Nerisa. Luqman Hakim a.k.a kekasih yang bakal menjadi bekas namun masih didalam perancangannya dipandang sekilas. Kenapa Luqman tak pernah bagitahu dia ada kawan hensem macam lelaki dihadapannya ni?

"But he is my boyfriend" ujar Nerisa jujur.

"And the lady is my fiance"

Semakin terlopong mulut Nerisa. Okey, kalau pengakuan lelaki itu tentang persahabatan mereka tadi sudah buat Nerisa terkejut. Pengakuan ini buat Nerisa rasa semakin naik hantu.

"So, you nak relaks je? You gila ke? Hello, girlfriend you tengah bercinta dengan orang lain tu and that guy over there is your bestfriend. Jom kita pergi serang dioranglah!" ajak Nerisa dalam bisik.

"Nope, they look happy" masih tenang seperti tadi, pasangan itu dipandang lagi.

Nerisa tertawa sinis. Orang tengah bercinta sakan memanglah happy, dia yang tengah derita ni? Takkan nak dibiar lagi?

"You ni psiko eh?"

"Ke you ni..."

"I tak psiko. I have dignity and ego, I tak akan rendahkan maruah I hanya untuk seorang perempuan yang tak ikhlas dengan I. I tak akan serang dia macam yang you nak buat" akhirnya mata kembali dihalakan kearah wanita dihadapan. Cantik, tapi kesian. Dicurangi.

Nerisa terdiam seribu bahasa, rasa macam kena tampar kuat-kuat dekat muka. Rasa macam lelaki itu maksudkan ayat itu pada dia. Tapi dia bukannya nak merendahkan maruah sendiri, dia nak semua orang dekat dalam restoran ini tahu yang Luqman tu buaya darat! Curang! Biar dia malu!

Dear Nerisa √Where stories live. Discover now