Buku ini dibaca semasa masih lagi on going, penulisnya Syaf_Asriqa Bukan kaleng-kaleng ya nak baca buku yang kena tunggu gaya kdrama hari-hari tak sabar tunggu next week. Buku ini juga pernah memenangi award, seperti buku sebelum ini yang berjudul, Berikan Aku Waktu.
"Kalau kau mati, sampai bila-bila pun aku takkan maafkan kau, Hud." - Afrina
"Memang aku bukan dia. Tapi aku nak lindungi kau untuk tebus semua kesalahan aku." - Hud
»»————- ————-««
Genre: Action-Thriller-Romance
(Dinasihatkan untuk baca semasa santai)Rating keseluruhan: 5/5
Kbat: 4/5
Kena tulis lagi ke penat nak letak kategori hm garu-garu je ada.Tinta ini bermula dengan seketul Hud dan Afrina. Afrina seorang nurse yang ditugaskan untuk merawat mak-mak datin yang banyak songeh. Sebagai seorang yang berkhimat untuk masyarakat tempatan demi kesejahteraan rakyat, dia pun melayan lah.
Klimaks bermula apabila Afrina dan Hud bertembung. Tanpa mereka tahu, rupanya masing-masing ada "kisah pahit" yang tersendiri semasa mereka masih lagi di bangku sekolah. Sort of crush thingy (bacalah sendiri- sangat beremosi wei)
Aksi bermula apabila Afrina yang tiada kena mengena terpalit sama dengan masalah Hud. Contohnya, masa dia kena culik sebab penjahat nak gain attention Hud.
Kita juga ada side character macam Ibrahim and the geng pegawai pulis. Sherina si mangsa toxic relationship, domestic violence bersama suaminya, Mirza yang hot tempered. Girls please, leave this kind of man. Single takpe ok kita enjoy.
Setakat chapter 29, saya baru dapat jumpa watak antagonist. Seronok sebab kena berfikir siapa the real musuh dalam selimut. Is that Ibrahim? Nope. Tapi macam iya? Haa, yang ni kena baca sendirilah ya.
Sampai sekarang terfikir, kenapa tajuk ni "Aku Bukan Dia" Mesti ada something yang berlaku cuma penulis belum reveal lagi.
Tajuk: Aku Bukan Dia
Syaf_AsriqaSekian.
We have same taste on the same genre?
Go now and enjoy your reading!
YOU ARE READING
Just Read
RandomKoleksi buku-buku yang dah baca sepanjang masa yang terbuang tanpa sia-sia tapi sebenarnya banyak lagi benda berpekdah ko boleh buat. Siapa baca kena tekan Vote, tekan bintang. Siapa seen hm malas takpelah. Guys, from my deep heart i give to uguys...