BAB 11

2.5K 302 7
                                    

Prangg!

Habis berkecai pasu bunga hiasan yang diperbuat daripada kristal itu. Harga pasu itu mungkin mencecah sehingga ribuan ringgit. Tetapi hal itu tidak dipeduli oleh Eva yang sedang panas hati mendengar berita daripada anak buahnya, Andre.

"Apa you kata tadi? Saksi tu masih hidup? Apa you buat hah? You kata you akan selesaikan hal ni secepat mungkin! Sejak bila you jadi bodoh jalankan tugas?!" Kata Eva dengan nada yang semakin meninggi daripada satu ayat ke satu ayat. Tangannya sudah mencekak ke pinggang. Matanya tajam merenung Andre seperti pisau.

Andre hanya diam memandang ke lantai. Tidak berani hendak bertentang mata dengan wanita itu.

"Macam mana boleh gagal? Apa yang terjadi pada pembunuh yang you upah tu? " Soal Eva kembali. Dia kemudian melabuhkan punggungnya atas kerusi beroda.

"Dua dua pembunuh tu hilang tanpa jejak. Saya langsung tidak dapat hubungi mereka. Mereka sudah lesap pada malam kejadian. Mungkin juga mereka sudah terbunuh," balas Andre perlahan.

"Terbunuh? Dengan siapa? Dengan saksi tu? You kata saksi tu cuma seorang pelukis. Tak mungkin seorang pelukis biasa boleh membunuh dua orang sekaligus, dan dua dua orang tu adalah pembunuh upahan. Don't make some stupid joke lah! " Betah Eva dingin. Mukanya masam mencuka.

"Maaf miss... Err miss lagi satu..."

"Apa lagi?" Celah Eva kasar.

"Miss Bella hilang, rumah apartment dia kosong takda orang. Bodyguard yang berkawal di sekitar apartment Miss Bella kata sudah 3 hari Miss Bella tak balik rumah langsung. Bila mereka periksa aparment miss. Aparment tu dah kosong," jawab Andre takut takut.

"Apa! Macam mana diorang buat kerja ni? Nak jaga sorang perempuan pun susah ke hah! 6 orang lelaki? Jaga seorang perempuan? Susah ke !! " Habis segala file yang berada atas meja dibaling ke arah Andre.

"Cari Bella! Cari dia sampai dapat! Kalau tak dapat jugak, bunuh semua pengawal yang bodoh tak reti buat kerja tu!" Tengking Eva kuat.

Andre menundukkan kepalanya separuh.





"Hi my future husband, baru bangun ke? " tegur Bella ceria.

Luiz yang baru sahaja menutup pintu rumahnya terkejut mendengar suara gadis itu.

"Kau ni duduk mana sebenarnya? Pagi pagi buta lagi dah nampak kau" kata Luiz mendatar. Satu kayu pencungkil gigi disangkut pada hujung pintunya. Itu untuk langkah berjaga jaga. Andaikata ada seseorang yang masuk rumah Luiz, pencungkil kayu itu akan terjatuh ke lantai.

"Lah you tak tahu ke, i kan dah pindah sebelah rumah you," balas Bella selamba sambil mulutnya bersiul perlahan.

"Hah!" Dengan pantas Luiz menoleh ke arah gadis itu.

"Hehe so kita boleh lah jumpa selalu, betul tak my lovely husband," sambung Bella lagi.

Luiz mengeluh sebelum tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar. Dia kemudian terus melangkah pergi. Takda masa nak melayan budak gila tak cukup akal ni. Ada hal yang lebih penting dia mahu lakukan.

Bella cepat cepat mengikuti langkah Luiz.

"You nak pergi mana ni?" Tanya Bella yang berada di sebelah Luiz.

Luiz hanya diam tidak menbalas.

"You, ooo you nak pergi mana ni?" Tanya Bella lagi apabila Luiz tidak menjawab soalannya.

"Husband, ooo husband, jawablah soalan i" panggil Bella. Masih tidak putus apa.

Langkah mereka terberhenti betul betul di hadapan pintu lift.

BOOK 3 | My Insane Lover [ COMPLETED ] Where stories live. Discover now