◇♕59♕◇

1K 127 103
                                    

Hampir 35 mesej yang masih tersimpan, ada yang belum dibaca mahupun yang telah dibaca. Satu demi satu mesej dibaca oleh sang pemimpin mereka setakat ini, Namjoon. Dengan detik hati yang kurang senang, Namjoon menganggap bahawa itu semua kerja seseorang yang mungkin akan jatuhkan mereka tidak lama lagi. Ya, Dong Hyeong. Sebulat suara persetujuan daripada Lisa dan Mingyu dikeluarkan, mereka juga mengesyaki bahawa lelaki itu yang merancang kesemuanya.

Tetapi kenapa perlu Jaerim yang menjadi mangsa? Dong Hyeong kaitkan dengan Mafia 01? Bukannya insan tersebut sudah lama tidak wujud? Itu yang menjadi kekeliruan buat mereka. Sedang dalam perbincangan mereka secara beramai-ramai, Jimin kelihatan seperti terfikirkan sesuatu yang lain daripada topik yang dibincangkan. Anak matanya tidak mati daripada menumpu ke arah Jungkook. Ada sesuatu yang dia ingin soalkan terhadap lelaki itu. Sungguh.



"Jae, firasat aku mengatakan....buku yang kau simpan selama ni sudah berada di dalam tangannya. Aku yakin..." ujar Lisa membuatkan kening Jaerim bertaut. Gadis itu mula tergagap-gagap sebelum mengeluarkan suara, terlalu gementar dengan apa yang didengarinya. Tak mungkin Dong Hyeong sudah dapat buku yang sangat berharga buat keluarga Haera itu? Mereka juga sudah tahu bahawa buku itu belum habis dibaca oleh Jaerim, Namjoon yang ceritakan segalanya.

Pengakhiran buku itu akan menunjukkan segala rancangan Haera sendiri untuk anak-anaknya bagi menewaskan seseorang yang akan menjadi musuh mereka.

Persoalannya di sini, adakah orang itu adalah Mafia 01 yang dimaksudkan oleh ibu mereka? Kalau iya pun, habis si Dong Hyeong itu apa? Dia kan sudah menjadi musuh ketat mereka. Takkanlah dia Mafia 01? 

Mereka terus berbincang dengan bantuan Jaerim bagi mengimbas semula apa yang telah dibacanya di dalam buku itu.



"Queen Jaerim akhirnya jatuh cinta dengan seseorang yang membunuh saudaranya yang lain. Permulaan yang bahagia diakhiri dengan derita."

"Dialah Mafia 01."




Semuanya akan berulang semula, bermakna saudara Jaerim sekarang juga akan menghadapi kematian yang sama. Begitukah? Mereka akan dibunuh oleh Mafia 01?

Cumanya siapa Mafia 01? Punca Jaerim tidak menghabiskan buku tersebut, bertambah bebanlah bagi mereka untuk berbincang bagi mengatur strategi.

1) Tumpaskan Lee Dong Hyeong

2) Selamatkan diri daripada huluran kematian daripada Mafia 01


Secara dalam senyap dan tanpa kesedaran orang lain, Jungkook merasakan bajunya ditarik perlahan oleh seseorang dari arah belakang. Dengan himpunan orang ramai di situ, mereka langsung tidak nampak pergerakan Jungkook yang pergi ke belakang. Jimin terus menarik hujung baju kemeja lelaki itu dan bergerak ke arah sesuatu tempat. Jungkook ikut saja tanpa sebarang suara.


Ppap! Daun pintu ditutup, kini mereka berdua tercegat berdiri di dalam bilik kecil. Ruangan simpanan senjata. Jimin bersandar di pintu dengan kedua-dua lengannya berlipat di dada, jelingan maut juga tertuju ke arah kedua-dua iris keperangan anak Jeon.


"W-what...?" soal Jungkook keliru. Namun, soalannya dibiar tergantung. Jimin pula berjalan mendekatinya, akibat terlalu takut kaki jejaka itu juga terundur ke belakang sehinggakan bertemu dengan dinding. Dengan perlahan Jimin menyentuh belakang tengkuk si adik lelaki bongsu itu dengan urutan kecil. Jungkook masih membulatkan mata, hairan dengan kelakuan pelik lelaki di hadapannya itu.



"Jimin shii, kau menakutkan aku..."

"Kau dah tak sakit kepala? Macam sebelum ni? Kau dah tak dengar bisikan apa-apa?" soal Jimin tanpa henti, Jungkook menggeleng laju dengan gerun. Tangannya dilepaskan dengan dengusan kecil. Ditarik pula kerusi untuk Jungkook lalu diarahkan agar lelaki itu duduk. Jimin kembali bercekak pinggang, sepertinya dia sedang berdebat dengan fikiran sendiri. Jungkook menunggu saja, apa dah jadi dengan anak Park ni? Dah serupa nak soal siasat penjenayah.




°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔Where stories live. Discover now