Bab 1

3 0 0
                                    

" kenapa Cikgu Imran tak masuk kelas lagi? Dah sejam ni. Kalau dia  masuk kau kejut aku. Nak tidur kejap." Pagi yang hujan,  Malika ambil masa untuk tidur sekejap di kelas 6 Dahlia.

" Semalam kau tak datang..Patut lah"
"apa jadi semalam? Takkan merajuk kot" gelak Malika. Memang ramai cikgu merajuk dengan kelas 6 Dahlia. Kelas satu satunya suara pelajar lagi kuat dari cikgu.
"Jessy dengan geng dia lah. Cikgu mengajar, dia pun nak cakap dengan geng dia. Terus angkat kaki lah En Imran."
"Haha memang tak boleh kalah lah dengan geng jessy. Biadap betul" simpati aku dengan cikgu cikgu yang jadi mangsa buli oleh pelajar yang  tidak menghormati cikgu yang tidak sebulu dengan mereka. Mentang mentang cikgu Imran tu seorang bapa melayu yang pemalu dan agak boring bila mengajar...

"first time weh aku nampak dia marah. Sebelum ni dia sabar je layan kerenah dorang. Tekejut aku. Nasib kau tak ada. Dia campak je fail atas meja"

"Cis.. Tak dapat aku tengok babak tu. Takpelah.. Sekurangnya kalau aku selisih dengan En Imran dia tak segan dengan aku. Hehe" malika sambung tidur.
Fatin teruskan tugasnya dengan berwibawa sebagai Ketua Kelas 6 Dahlia. Fatin masak dengan perangai Malika. Seorang yang steady, pandai, simple tapi gemomoh.

Memang sekolah perempuan lebih kurang sama saja dengan lelaki. Lagi kelas aliran sastera kemanusiaan ni. Memang umpama DNA kebebasannya lebih terpancar dari pelajar kelas pelajar sains.

Malika yang meneruskan pengajian di tingkatan 6 disebabkan azamnya ingin memasuki universiti terkemuka di Malaysia melalui fast track ini menjadikan dia seorang pelajar yang tiba tiba rajin membaca buku, rajin buat latihan, rajin yang menjadinya skema dan idealis.

Mengambil mata pelajaran yang diluar pembelajaran nya semasa tingkatan 4-5 kerana ketika itu Malika belajar di sebuah sekolah vokasional kerana ingin lari dari kekalahan kisah percintaannya. Begitulah dramatik keputusan sehingga berpindah sekolah. Tuah menanti, kemudian Malika dilantik menjadi pengawas yang ternyata  paling badass sekali apabila kantoi membawa telefon dengan warden merangkap penasihat pengawas asrama tetapi dilepaskan kerana Ihsan dan Malika jugalah merampas telefon pelajar lain sehingga digeruni oleh aspuri sepanjang khidmat nya. Tuah manusia ada dalam kitab yang telah tertulis dan hanya penulis sahaja yang boleh tentukan di mana tuah si polan.

Fatin berbisik" Malika.. Cikgu ganti masuk. Bangun" Malika terjaga "oh fuck..Fatin.. Nak tisu.. Huhuhu"... "Teruk lah kau pengotorrrrr" ketawa Malika. Mujur cikgu tak dengar. Segera aku mengelap baki air liur aku di meja dengan tisu Fatin sambil ditutup lengan baju. Malika bangun bergegas untuk ke tandas. Begitulah. Nikmat tidur di pagi hari sambil hujan merahmati bumi.

Cikgu Faridah yang merupakan cikgu Pengajian Perniagaan bagi kelas 6 Teratai diberi amanah untuk menggantikan cikgu Imran yang tidak memasuki kelas kami atas alasam tertentu selama 3 hari. Kerana riak muka cikgu Faridah yang garang, suara tegas dan nyaring sekali, tidak ada seorang pun pelajar yang tidak melalukan apa yang disuruh.

Jessy, Yi Xuan, Aliya dan Hoi Vin antara nama yang kerap dipanggil untuk menjawab seolan soalan yang dipertanyakan oleh cikgu ganti itu. Mengikut perkiraan aku, barangkali begini lah cara nak mengajar pelajar yang buruk kelakuannya. Tidak macam aku,  skema dan berdisiplin (boring bagi aku)  saja apa yang cikgu inginkan.

Ini merupakan semester terakhir di tingkatan 6. Keputusan tidak menghampakan, aku yakin! Ini pasti melayakkan aku sambung ke pengajian tinggi dan satu satu nya anak yang belajar sampainke menara gading! dan Malika dengan senang hati bermonolog, menghidupkan enjin skuter Suzuki dia sebaik tamat sesi persekolahan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 24, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Jon Duan seorang Perempuan Where stories live. Discover now