"Aku rasa mungkin itu sebabnya aku boleh tertarik pada engkau, muka korang sebijik"
Aqil mennyandar pada birai katil cuba memproses apa yang berlaku sebentar tadi, rupa-rupanya adik angkat aku yang terdahulu merupakan pelanduk dua serupanya, wajah Aqil masih menunjukkan yang dia aneh dengan benda yang diketahuinya, takpe kau proses la dulu
"Abang....." panggil Aqil lembut
"Hmmm?"
Aqil menepuk ruang di sebelahnya, kemudian menarik tanganku, aku bangun dari kerusi dan duduk di atas katil di sebelah Aqil, kamudian Aqil melentokkan kepalanya ke bahuku, dan menggenggam tangan kananku, aku biarkan sahaja dia sebegitu
"Aqil minta maaf"
"Tak perlu Qil"
"Tak, Aqil salah, tadi Aqil overreacted sangat" aku menepuk pehanya dengan kedua tangan kami yang sedang bergenggaman
"Kau tak perlu risau, sepatutnya dalam hal ni, aku yang kena minta maaf" aku memandang Aqil
"Aku minta maaf sangat-sangat, tadi aku terlampau overreacted, aku just taknak kehilangan adik yang aku sayang buat kali kedua, aku nak protect dengan sebetulnya kalini, aku taknak lagi bertindak melulu macam dulu, kalau ikutkan hati aku ni Qil, hari pertama lepas kau kena belasah yang Mija rawat tu, malam tu lagi Ameer tu dah lunyai"
"Tapi aku sedar, aku takleh buat ikut suka aku dah, aku takleh pukul orang main sedap aku je, aku tunggu bila waktu yang sesuai" aku mencuit hidung Aqil
"Kau nak tahu tak, pagi tu, waktu kitorang gi makan kat luar, aku jumpa Mija, Kinah dan Ijat, diorang tu bukan calang-calang jawatan kau tahu, aku dah bentangkan pada diorang dah pelan yang aku nak buat time futsal tu, cemana kitorang nak frame dia, aku consult diorang, cemana cara terbaik nak tangkap dia, tanpa perlu kekerasan, tapi....." aku diam seketika
"Tapi?"
"Tapi, pelan tu tak jadi, dah 50% proceed, kitorang dah atur semua, kau tak pelik kenapa referee tak tahan diorang buat salah? Kau tak pelik kenapa kitorang biar korang nganjing tiga budak tu gila-gila?"
"Tak, hehe"
"Kau memang, kau fikir nak main je, siang main di padang, malam main di ranjang"
"Abanggggg" Aqil menepuk pehaku
"Gurau je la, aku dah aturkan corak semua, tapi lepas diorang keras sangat, aku tengok cemana diorang buat kat kau, kat Haikal, wayar aku putus kejap Qil, putus kejap"
"Aku dah takleh fikir apa dah, yang aku fikir, diorang apa-apakan nyawa adik aku, diorang mati"
"Sumpah Qil, dalam.paleotak aku time tu fikir kau je, semua yang kau tengok tu, refleks semua tu, aku pun tak sedar yang aku buat"
"Lepas habis tu, kau ingat tak yang kau bebal tu?"
"Ingat...."
"Kau cakap kau benci aku, hati aku punah Qil, punah, aku pun tak tahu kenapa, tapi memang time tu aku rasa lemah sangat"
Aku memusingkan badan menghadap Aqil, kedua tangannya kugenggam erat, matanya kutatap dengan sepenuh rasa
"Kau benci aku ke Qil?"
Aqil tersenyum, kemudian meletakkan tangannya dipipiku
"Tak bang, Aqil tak pernah benci abang, cuma tadi Aqil terbawa-bawa dengan emosi je"
Aku mengangkat tangan kami berdua dan mencium tautan itu
"Maafkan aku ye Qil?"
Sekali lagi, Aqil senyum, kemudian melepaskan genggaman tadi dan meletakkan tangannya ke bahuku
YOU ARE READING
Aku Dan Aqil
Teen FictionPertama kali aku kenal si budak Aqil ni, aku tak sedar, dalam masa 10 hari, dia akan ubah landskap hidup asrama aku "Abang teman saya boleh?" Tanya Aqil membulatkan mata "Asal aku pulak?" "Habis tuu?? Kita dua je kat sini" 10 hari, 10 malam bersama...