Lepas solat Maghrib, mereka semua berkumpul di dataran untuk aktiviti burung hantu. Semua di beri lampu suluh seorang satu. Cikgu khairil menerangkan jalan yang mereka perlu lalu dan menyuruh mereka mencabut nombor yang telah tersedia untuk menentukan pasangan masing masing. Fatin menunggu pasangannya datang tetapi tidak bertemu jua. Fatin pergi ke cikgu khairil dan menanyakan tentang nombornya.
"Cikgu khairil, kenapa nombor saya ada satu je. Bukan patutnya kena ada dua ke". Tanya Fatin.
" Ohh, ni mesti tersalah. Awak okeykan jalan sorang sorang? ". Tanya cikgu khairil
" Tak boleh!! " Jerit cikgu shakiram.
"Relax Ye cikgu shakiram, awak pergi lah gabung dengan siapa siapa". Kata cikgu khairil.
Fatin pun pergi mencari Nasha tapi tak jumpa. cikgu shakiram tidak boleh berhenti memerhatikan Fatin kerana risau. Tak lama kemudian, aktiviti di mulakan. Fatin berjalan seorang diri kerana tiada pasangan.
Dalam keadaan yang gelap,hanya bunyi yang asing dapat di dengar oleh Fatin. Fatin tidak memikirkan perkara lain selain daripada keluar daripada hutan itu. Fatin cuba mengikuti orang lain tapi disebabkan Fatin berjalan sangat lambat dia ketinggalan di belakang. Walaubagaimanapun, Fatin tetap berjalan seorang diri dan cuba untuk mengingati jalan yang telah cikgu khairil terangkan tadi.
"Cikgu khairil kata ada tanda setiap pokok. Masalahnya aku tak jumpa satu tanda pun ni". Kata Fatin seorang diri.
Fatin mula berjalan cepat kerana sudah penat dan tidak karat. Fatin berhenti di sebuah pokok.
Lama selepas itu, Fatin terdengar bunyi wisel yang menandakan semua sudah sampai ke tapak perkhemahan. Fatin menjadi cuak kerana dia masih belum jumpa jalan keluar. Fatin berlari mengejar bunyi wisel dengan cepat. Malangnya, Fatin terpijak kayu rapuh dan terjatuh. Fatin cuba bangun tapi kakinya tersangat lah sakit. Ketika semua bergerak ke khemah, Nasha sedar akan ketiadaan Fatin. Nasha dengan laju berlari ke arah cikgu dan memberitahu cikgu.
"Cikgu khairil, cikgu shakiram Fatin tak de. Dia tak balik lagi". Kata Nasha.
" Tak balik lagi, cikgu ingat dia jalan sama sama dengan awak ". Kata cikgu khairil.
" Aku cari dia dulu". Kata cikgu shakiram.
"Shakiram!! Tunggu!! ". Jerit cikgu khairil.
Cikgu shakiram dan cikgu khairil masuk ke hutan untuk mencari Fatin. Cikgu shakiram terlihat cuak dan mula risau. Fatin semakin terdengar suara cikgu shakiram yang memanggil nama nya. Fatin cuba bergerak tetapi kaki nya sangat sakit. Fatin bersadar ke pokok kerana kepenatan. Semakin lama suara cikgu shakiram tidak kedengaran, Fatin cuba untuk bangun dan cuba berjalan perlahan lahan. Fatin menahan kesakitan dan cuba mencari jalan keluar. Cikgu shakiram ternampak cahaya dari suatu tempat. Cikgu shakiram Fatin sedang cuba berjalan dengan kaki yang sakit.
"Sayang!! Sayang okey tak? ". Tanya cikgu shakiram.
"Okey cikgu, ni sikit je kaki ni". Kata Fatin.
" Macam tu kata okey". Kata cikgu shakiram.
Cikgu shakiram terus mengangkat Fatin dan balik ke tapak perkhemahan. Walaupu tangan cikgu shakiram sakit tetapi dia menahan sakit itu dan membawa Fatin pulang ke khemah.
Sampai di tapak perkhemahan, cikgu shakiram terus bawak ke khemah Fatin. Cikgu khairil cuba melihat kaki Fatin. Cikgu shakiram terlihat risau dengan kaki Fatin.
"Fatin, cikgu rasa kaki awak terseliuh ni. Paling seminggu dua baru baik". Kata cikgu khairil.
" Seminggu dua??!! Cikgu pertandingan lagi dua minggu cikgu. Takkan saya nak lepaskan macam tu je? " Kata Fatin.