𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 16

20.9K 1.7K 544
                                    


WAJAHNYA yang dikenakan sedikit solekan tipis itu dipandang lama melalui pantulan cermin meja solek.Dia mahu kelihatan cantik di mata lelaki yang bernama Muhammad itu. Takkan nak pakai selekeh kan? Sempat dia mengoles gincu berwarna pink di bibir nipisnya itu.

Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Puteri mencapai tongkat yang berada di tepi meja solek. Puteri terpaksa menggunakan tongkat disebabkan keadaan kakinya yang belum sembuh itu.

Dengan langkah terkial-kial Puteri mengapit tongkat itu di celak ketiaknya dan tombol pintu dipulas lalu dikuak sedikit luas. Sejak kaki kanannya yang mengalami keretakan, Puteri sudah mulai biasa menggunakan tongkat ke mana-mana sahaja. Semenjak itu juga, Puteri beristirehat di rumah sepenuhnya manakala kedai bunganya diberikan kepercayaan kepada pekerja-pekerjanya untuk menguruskan sementara kakinya pulih seperti sedia kala.

Seperti kebiasaan Muhammad pasti akan datang bertandang ke rumah agam itu setiap petang. Dan, itulah detik yang paling ditunggu oleh seorang Puteri. Melihat wajah Muhammad sudah cukup membuatkan harinya gembira.

Sepanjang tempoh itu juga Hafiz langsung tidak pernah datang melawat melihat keadaan dirinya. Puteri tidak rasa berkecil hati langsung dengan sikap Hafiz itu barangkali hatinya sudah tawar dengan Hafiz. Asalkan Puteri dapat menatap sepuasnya sepasang mata hazel milik Muhammad.

Hubungan Puteri dan Muhammad kian rapat berikutan kemalangan beberapa hari yang lalu. Muhammad tidak merasakan kekok untuk berbual mesra dengan Puteri kerana Puteri seorang yang open minded.

Sebaik sahaja kakinya terpasak di atas rumput di halaman rumah, Puteri menghalakan pandangannya ke arah Muhammad yang sedang berbual dengan Cik Bie di gazebo. Sungguh mesra di mata Puteri.

Setapak demi setapak sehinggalah Puteri melabuhkan punggungnya di atas lantai gazebo itu. Semerta dua pasang mata itu dihalakan ke arahnya.

Puteri mencipta senyuman nipis.

"Akak masuk dulu la kalau macam tu..." pamit Cik Bie tatkala matanya bersabung dengan mata Puteri. Isyarat mata.

"Nanti kita berbual lagi, kak." Muhammad memandang kelibat Cik Bie yang kian menghilang melalui ekoran mata dan wajah Puteri pula menjadi tatapan matanya.

"Hari ini awak pakai makeup eh..." usik Muhammad dengan siulan nakal. Dia menilik serata wajah Puteri. Dia memang tidak dinafikan yang Puteri ini seorang gadis yang jelita meskipun tidak mengenakan sebarang solekan.

Semerta Puteri memegang kedua-dua belah pipinya. Malu diusik sedemikian.

"Kenapa? Saya tak cantik ke?"

Muhammad mengangkat kedua-dua belah bahunya. Bersahaja.

Aku tak cantik ke?detik di hati Puteri. Sedikit terasa melihat reaksi Muhammad.

"Awak cantik dengan gaya awak yang tersendiri, Puteri. Awak cukup jelita tanpa sebarang alat solekan pun."

Puteri terkedumJantungnya sudah menggila. Tidak keruan dibuatnya apabila berada berdua-duaan dengan Muhammad pada saat ini.

Semakin lama Puteri mengikat tali pertunangan dengan Hafiz,Puteri merasakan dia dengan Hafiz tidak mempunyai keserasian. Langsung. Ini mungkin disebabkan Puteri sudah terjatuh cinta kepada lelaki lain meskipun tidak lama lagi bakal bergelar isteri kepada Hafiz.

Kejamkah Puteri jikalau dia menyatakan hasrat untuk memutuskan tali pertunangan kerana sudah tiada perasaan terhadap Hafiz? Sejak akhir-akhir ini Puteri sudah fikirkan sebaik-baiknya hala tuju hubungannya dengan Hafiz. Satu sahaja jawapan yang Puteri temui iaitu...

Tiada cinta.

Tiada cinta kerana hatinya sudah berubah kepada lelaki lain.

Hanya satu yang bermain di minda Puteri iaitu memiliki seorang Muhammad.

KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]Where stories live. Discover now