"Baik kau confess sebelum orang lain cop dia. Menangis kau nanti kalau kau tahu dia dah berpunya." Jarim menjeling Gyuri, kawan baiknya, Lee Jarim.Jarim mengeluh. "Malulah–bukan malu. Cuma kau tahukan, aku ni sudahlah bodoh, tak cantik pula tu. Keluarga pun biasa biasa je. Kalau–" Gyuri menggulingkan matanya lalu memotong ayat Jarim.
"Kalau kena reject, cari yang lain. Well jarim, kumbang bukan seekor. Kau cuba je dulu, mana tau ada rezekinya nanti." Gyuri memujuk Jarim. Jarim hanya menyebamkan kepala di atas meja belajar.
"Aku takutlah. Kalau kena reject, aku malu tau. Kau apa tahu. Kau tu dahlah tak ada crush, lain ceritalah."
"Bagi aku, kau ni dahlah lawa, pandai pun boleh tahan. Phone pun guna Iphone 11. Comel juga, baik pula tu. Kau rasa Seonghwa nak reject kau?" Jarim menggulingkan matanya.
"Ahh, Seonghwa tak pandanglah benda benda macam tu. Dia bukan macam kau, pandang rupa cis." Jarim menjeling Gyuri lagi. Dia kembali dengan riak wajah sedihnya tadi.
"Tak sekarang ni, kau nak Seonghwa ke tak nak? Kau nak tengok orang lain confess dulu dekat dia baru kau nak confess? Bukan kau seorang je minat dia tau, cubalah Jarim."
"Selagi dia masih available, baik kau try. Kalau kau tak try, biar aku je yang try." Gyuri menjungkit keningnya sambil memandang Jarim.
Jarim menolak kepala Gyuri. Tersengih gadis itu mengusik kawannya. "Gurau je, rileklah hihi." Jarim menggulingkan matanya pada Gyuri. Sikit sikit guling mata, juling juga dua ekor ni.
Dia mengeluh sebelum membuka mulut. "Tengoklah macam mana. Aku cuba."
—
Jarim duduk di salah satu bangku di rooftop itu sambil menunggu seseorang. Dia tidak berhenti menggoyangkan kakinya akibat terlalu nervous. Mulutnya terkumat kamit menyalahkan Gyuri yang tidak habis memaksanya.
Jantung Jarim yang tadinya berdebar kini dua kali ganda berdebar apabila mendengar bunyi pintu rooftop dibuka oleh seseorang. Dia mula mendengar derapan kaki seseorang memasuki kawasan rooftop itu.
Jarim rasa ingin lari. Tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu. Siapa lagi kalau bukan Park Seonghwa, lelaki yang dah lama dia suka sejak dua tahun lalu.
Dan harini adalah hari dimana dia akan meluahkan perasaannya kepada Seonghwa. Dia berdoa supaya segalanya berjalan lancar. Kalau dia direject oleh Seonghwa, dia mengambil keputusan untuk tidak hadir ke sekolah selama dua minggu. Itu janjinya pada Gyuri.
"Lee Jarim?" Namanya disebut. Jarim cuba menahan dirinya dari tersenyum dan cuba untuk serius. Mendengar namanya disebut oleh Seonghwa, dia jadi tidak keruan.
"Ah ya. Saya Lee Jarim." Jarim tersenyum malu memandang Seonghwa. Seonghwa membalas senyuman Jarim dan sekali lagi dia jadi tidak keruan.
"Nak apa jumpa ya?" Lembut sahaja tutur kata Seonghwa. Dan itu membuatkan Jarim sedikit tenang, dia menjadi kurang gementar berbanding sebelum ini.
"Sebenarnya saya..." Ayat Jarim tergantung. Mata Jarim bertembung dengan mata Seonghwa. "S-sebe-benarnya s-sa-saya..."
Dia tiba tiba menjadi gugup apabila bertembung mata dengan Seonghwa. Dia jadi tidak keruan dan risau apabila Seonghwa mula mengerling jam di tangannya seolah-olah dia mahu beredar dengan cepat.
Jarim cuba menarik nafas dan menghembuskannya dengan tenang.
"Saya suka awak Park Seonghwa. Saya dah lama suka awak. Saya tak kisah kalau awak tak suka saya. Tak apa kumbang bukan seekor. Saya cuma nak cakap saya suka awak. Saya tak pernah tertarik dengan mana mana lelaki selain awak."
Matanya dipejam rapat. Dia rasa ingin lari jauh. Jauh dari Park Seonghwa. Dia malu dengan apa yang dia katakan padanya. Rasa mahu terjun dari bangunan sekolahnya itu.
Dalam masa yang sama, jantungnya berdebar-debar menunggu jawapan yang bakal dijawab oleh Seonghwa. Dia terima dengan hati terbuka jika lelaki itu menolaknya. Tetapi lagi seronok jika lelaki itu menerimanya.
Apakah nasibnya?
"Sorry Jarim-sshi."
"Aku tak berminat, bukan aku tak berminat dengan kau. Aku tak berminat dengan mana mana perempuan."
"Jangan beritahu sesiapa. Kau perempuan yang pertama aku beritahu perkara ini."
"Aku gay."
Tamat
━
hai.
bye (ʘ͡ ʖ͜ ʘ͡ ง)