Dian - "Dia = Kau!"

21 2 0
                                    

Sejak kebelakangan ni aku selalu nampak Emi sengih sorang-sorang kalau tengok phone. Macam orang tengah bercinta. Tapi setahu aku dia tak pernah jumpa dengan lelaki memandangkan aku banyak mata-mata yang akan perhatikan gerak geri dia bila kat luar. Well, sebab dia satu-satunya adik yang aku ada so mestilah aku protective terhadap dia.

Dian memerhatikan Emirelda yang sedang duduk di sofa ruang tamu. Segala riak di wajah adiknya diperhatikan. Dari tersengih-sengih sehinggalah tawanya terlepas. Dia pula penasaran ingin tahu mengapa. Dari kerusi di meja makan, dia bangun mengalih duduk ke sebelah adiknya pula. Adiknya membetulkan duduk sambil mata tak lepas dari telefonnya. Dijeling sekilas skrin empat segi itu.

'Macam tengah chatting.' Hati kecilnya berbisik. Mata tertancap pada televisyen di hadapan tetapi telinga peka dengan bunyi chat masuk ke telefon adiknya. Sesekali terdengar adiknya mengeluh kecil.

'Aik? Tadi ketawa-ketawa, ni mengeluh pulak...' dia bersoal jawab sendiri. Dipandang wajah si adik di sebelah. Agak muram mukanya.

"Kau kenapa?" Emirelda mengangkat muka.

"Takde apa." Dia sengih. Si adik cuba meneutralkan reaksi wajahnya.

Diam. Masing-masing melihat skrin televisyen di hadapan walhal dalam kepala masing-masing ligat memikirkan sesuatu.

•••••••••••••••••••••••

"Aku nak minta maaf." Fiqr memulakan bicara. Aku memandang wajahnya. Tergambar riak risau di situ.

"Kenapa?"

"Aku..." Fiqr menyusun kata di dalam otaknya. Mencari ayat yang sesuai untuk dikatakan kepada rakan baiknya itu. Dian setia menunggu sambil menyedut air minuman. Dia tahu ada something yang disembunyikan lelaki di hadapannya itu. Kalau tak masakan lelaki itu mengajaknya lepak mamak walaupun esok merupakan hari kerjanya.

"Aku nak minta restu dari kau."

Phuk! Hampir tersedak sirap limau ais Dian mendengar kata-kata Fiqr. Fiqr hulur tisu kepadanya. Dia menyambut.

"Restu apa?" Hatinya berdebar. Adakah apa yang difikirkannya selama ini benar belaka? Tentang Fiqr dan adiknya?

"Restu kau untuk aku sayangkan Emirelda. Aku nak bersama Emirelda. Aku nak bercinta dengan dia. Aku nak kahwin dengan dia. Aku nak sehidup semati dengan dia. Aku nak... dia." Sekali nafas. Dian terpempan. Terjatuh bahunya. Pengakuan jujur kawannya itu betul-betul membuatnya terpana. Benar apa yang difikirkannya selama ini. Kawannya suka akan adiknya. Dan adiknya juga begitu.

"Tapi aku tak tau perasaan dia terhadap aku. Aku rasa dia just anggap aku kawan je." Fiqr menundukkan kepala. Jelas riak keruh di wajahnya.

Tak, dia pun suka kat kau juga Fiqr. Korang masing-masing ego. Taknak berterus terang. Bukan dia tak tahu bahawa adiknya juga sukakan Fiqr. Semalam masa dia duduk di sebelah Emi dia ternampak chat diorang. Bukan isi kandungan chat tu yang menarik perhatian dia. Tapi nombor Fiqr yang disimpan oleh adiknya. Ia disimpan dengan nama yang spesial dengan emoji love dan bintang ✨. Sesiapa je memang boleh tau lah yang adik dia tu ada something special dengan Fiqr.

"Sejak bila?" Serius wajahku. Fiqr diam sekejap. Termenung. Seakan mengingatkan sesuatu.

•••••••••••••••••••••••••

Dian menghempaskan badannya di atas katil. Berbaring merenung siling sambil tangannya diletakkan di dahinya. Memikirkan apa yang Fiqr luahkan padanya sebentar tadi.

"Aku tak tau. Kau tau kan aku selalu keluar dengan dia? Macam aku ni kawan yang boleh dia percayai. Dari situ aku mula faham dia. Dia tunjukkan sisi sebenar dia kat aku. Dia selalu minta pendapat aku. Mungkin sebab minat kitorang sama yang membuatkan kitorang senang ngam." Dia jeda sambil tersenyum.

DIA = KAUWhere stories live. Discover now