Siapa lagi atas dunia ini masih percaya akan tuah?
Jangan beli rumah di tingkat empat nanti bawa nasib malang, jangan goyang kaki sambil makan nanti tuah hilang, kalau butang baju tercabut di waktu pagi bermaksud nasib anda hari ini malang.
Nombor lapan ialah nombor bertuah, tahun harimau ialah tahun bertuah dan banyak lagi mitos-mitos lain yang melibatkan tuah anda.
Jika anda seorang percaya akan tuah. Tahniah anda dan Jeon Jungkook mempunyai personaliti yang sama.
Jeon Jungkook merupakan seorang lelaki anak tunggal dalam keluarganya dan merupakan cucu tunggal neneknya.
Tahukah anda, Keluarga Jeon merupakan golongan bangsawan sejak zaman Goryeo lagi. Senang cerita, dari dahulu sehingga kini harta keluarganya tidak pernah berkurang malahan bertambah!
Tambahan pula, Jeon Jungkook merupakan satu-satunya pewaris tunggal dalam keluarganya, tiada sepupu, tiada pak cik, tiada mak cik, tiada kakak atau abang yang akan berkongsi harta dengannya.
☆☆☆☆
Seoyun seorang anak yatim piatu yang tidak mempunyai nama keluarga kerana dia di jumpai di hadapan kedai bunga ketika umurnya baru berusia sehari.
Membesar di rumah anak yatim bukanlah sesuatu yang besar tetapi masalahnya umurnya sudah hampir mencapai 19 tahun membuatkan dia buntu.
Seperti rumah anak yatim di negara lain, rumah anak yatim Sook juga meletakkan had umur sehingga 19 tahun untuk mereka tinggal di situ, selepas umur itu mereka perlu keluar kerana anak yatim lain pula yang perlu ditempatkan di sana.
Masalahnya, sekarang ini dia sedang mempunyai masalah kewangan. Duit yang dia dapat dari jabatan perlindungan anak jagaan anak yatim dan hasil dia bekerja sambilan tidak mencukupi untuk menyewa rumah.
Tambahan pula, tahun depan dia perlu masuk ke universiti. Lagilah tidak cukup duit simpanannya. Dia sendiri sudah merangka masa depannya untuk mengambil jurusan akaun dan bekerja sebagai akauntan di bank nanti.
Ah. tetapi masalahnya, sekarang ini agak sukar kerana dia kekurangan wang untuk semua itu.
☆☆☆☆
Seorang lelaki yang kaya dan kuat perasan tetapi sentiasa berada dalam keadaan takut dengan nasib malang yang akan dia hadapi bersama seorang gadis pintar yang memerlukan wang.
Hei, Jeon Jungkook jutawan muda yang kacak tahu!
❤❤❤❤
Nak teruskan atau tidak?
Macam biasa, kalau tak ramai aku delete je. HAHA
Okay, so cerita ni cliche gila namati. Tak ada apa nak bangga, tak ada apa yang istimewa.
Cuma Jungkook dalam cerita ni sumpah tak leh bla. Sakit jantung jap T-T
Baidaweh, idea cerita ni inspirasi dari impian aku nak kawen dengan orang kaya. Siapa kata aku dapat dari drama. Aku nak nanges ah. Huehue
YOU ARE READING
Lucky Fluke
Fanfiction▪︎Anda percaya kepada ramalan nasib atau anda lebih percayakan fakta?▪︎ Warning : Jungkook low key sugar daddy🌹 No Mature Content🚫 A little bit romance ✔ Extra comedy ✔ 🔹️Banyak ilmu tentang perkembangan ekonomi dunia🔹️