Azfril~Sudah seminggu hari berlalu namun kata putus masih dinantikan tiada khabar dari empunya badan.
Fail kerja disusun rapi diletakkan ketepi. Badannya disandarkan ke kerusi empuk di pejabatnya bagi menghilangkan lela setelah berjam-jam menghadap kerjanya yang selesaikan tadi, Mata dipejamkan seketika. Entah mengapa tiba-tiba sahaja hatinya berdebar-debar. Nafas ditarik perlahan lalu dihembus. Tiga kali perkara itu diulang namun debar didada semakin mengila.
'Ya allah jika sesuatu perkara tidak baik berlaku engkau jauhkanlah ia daripada orang yang aku Sayang'. Detiknya dihati bagi menghilangkan kegusaran.
Tidak sampai beberapa minit deringan telefon bimbit mengejutkan dirinya. Tangannya mengapai telefon berjenama I phone itu.
Tertera nama 'Myjannah' ditahulah itu ialah mamanya.
"Hello Assalamualaikum Azfril hairy dalam talian, ada apa yang boleh saya bantu". Azfril hanya tersengih ingin bergurau dengan mamanya.
" Waalaikumussalam, hah! Nak mengusik mamalah tu, Az ni kan tak sah kalau sehari tak mengusik mama". Kedengaran tegas sahaja bunyinya dicorong talian. Mengekek Azfril ketawa mendengar Puan safrah yang kedengaran tegas.
"Alah mama Az saja gurau dengan mama bukan selalu Az macam ni". Tawa masih tersisa.
" hmm apa-apa jelahhh, ni hah Az balik tak lunch ni? ". Topik usik mengusik tadi diubah ke soalan.
" tak tau lagi...kenapa? ". Ujar Azfril lalu mengaru pipinya yang gatal tiba-tiba.
" Mama nak Az batalkan semua kerja Az petang ni , balik lunch dekat rumah, kita bincang!! Full stop , tiada bantahan now!!!". Panggilan terus diputuskan tanpa mendengar kata-kata Azfril. Belum sempat dia bercakap mamanya sudah memutuskan talian.
Interkom ditekan.
"Izah! Masuk sekejap".
" baik tuan!".
••••••
'Tok! Tok! Tok!'. Ketukan pintu menghentikan Azfril mengemas meja kerjanya.
'Masukk!!!!'
"Ada apa-apa yang boleh saya bantu tuan?". Gadis yang bernama izah tadi terus menyoal Azfril apabila diizinkan untuk memasuki ruang pejabat itu.
" hmm cancel semua appointment untuk petang ni kalau ada cari saya, awak cakap je sya busy OK". Ujar Azfril senafas
"Baiklah tuan, anything?". Terangguk-angguk kepala gadis yang bernama izah itu sambil tangannya ligat mencatat sesuatu di permukaan buku.
" Nothing , awak boleh keluar dan terima kasih". Apabila kelibatan izah sudah hilang dari pandangan,Tangannya kembali sibuk mengemas mejanya ,sampah yang bertaburan diatas mejanya dibuang berdekatan bakul sampah.
YOU ARE READING
You & Me Till Jannah~
RomanceCinta?! Bagi gadis yang bernama JASMIYN KAYLA perasaan itu telah hilang dalam diri dibawa pergi oleh jejaka bernama SYAFIQ ARYAN. Pergi tanpa kata,tanpa berita, meninggalkan JASMIYN KAYLA. Selama tiga tahun menanggung perit untuk menjadi penunggu j...