Luhan, Where Are You?

2.1K 158 42
                                    

"Doktor, macam mana keadaan anak saya?" Kedengaran suara mamaku, Puan Yuri

"Dia masih lagi dalam keadaan koma" Balas seorang lelaki yang berkemungkinan seorang doktor disitu

"Tak ada cara lain ke nak sembuhkan dia?" Tanya Puan Yuri lagi

"Maaf. Buat masa ini, kita hanya mampu berdoa kepada tuhan sahaja" Balas doktor itu lagi. Kemudian kedengaran pintu ditutup.

"Hanna, ini mama sayang. Mama minta maaf sebab tak jaga Hanna sebaik mungkin" Kata Puan Yuri lalu aku terasa tangan kananku hangat kerana dipegang oleh mamaku

"Sudahlah tu, jom kita balik. Sudah Dua hari awak tak tidur" Kedengaran pula suara papaku, Encik Chanyeol yang cuba memujuk Puan Yuri untuk pulang kerumah

"Saya mahu jaga Hanna disini" Balas Puan Yuri

"Jururawat boleh jaga Hanna" Balas Encik Chanyeol

"Saya tak nak tinggalkan Hanna" Kata Puan Yuri

"Awak harus pulang untuk rehat. Kalau awak sakit, awak tak akan dapat jaga Hanna lagi" Encik Chanyeol cuba memujuk Puan Yuri lagi

"Baiklah. Tapi awak tolong pesan dekat nurse supaya jaga Hanna baik-baik" Balas Puan Yuri

"Mama! papa! Jangan tinggalkan Hanna!" Hanna hanya mampu menjerit di dalam hatinya. Dia tidak mampu untuk bergerak atau bercakap walau sepatah pun

"Ya sayang" Balas Encik Chanyeol. Kedengaran pintu dibuka lalu ditutup semula. Bilik yang sebentar tadi riuh dengan suara mama dan papaku tiba-tiba sunyi.

"Sampai hati mama dan papa tinggalkan Hanna keseorangan disini. Hanna sunyi" Hanna hanya mampu bermonolong didalam hatinya. Tiba-tiba kedengaran pintu terbuka lalu ditutup dengan penuh berhati-hati

"Hai. Apa nama awak?" Kedengaran suara seorang lelaki menegurku

"Siapa dia ni?" Hanna bermonolog di dalam hatinya

"Oh. Nama kamu Hanna ya?" Kedengaran suara lelaki itu lagi. Tiba-tiba aku terasa seperti seseorang sedang memegang tangan kananku. "Nama saya Luhan" Kata lelaki tersebut lagi

"Luhan, kamu buat apa disini? penat saya cari kamu" Kedengaran suara seorang wanita memanggil lelaki tadi sebaik sahaja pintu bilikku dibuka

"Oh. Saya minta maaf Doktor Tiffany. Saya hanya datang melawat gadis ini" Kata Luhan kepada wanita tersebut

"Pergi balik ke bilik kamu. Sebentar lagi saya datang nak buat check-up" Kata Doktor Tiffany

"Baiklah doktor. Bye Hanna, nanti saya datang semula ya?" Balas Luhan lalu pintu bilikku ditutup

"Siapa dia? Luhan? Aku kenal dia ke sebelum ni?" Kata Hanna sendirian

****************

"Hanna, Ini mama sayang. Mama datang bersama-sama papa, dan abang kamu, Suho" Kedengaran suara mamaku

"Hi Hanna. How are you? Get well soon my dear" Kedengaran suara abangku menyapaku lalu terasa dahiku dikucup oleh abangku

"Abang, Hanna rindukan abang" Kata Hanna didalam hati

"Hanna, kami bertiga tak boleh lama disini. Kami bertiga harus pergi ke rumah Tao. Mak Ngah kamu masuk hospital kerana serangan sakit jantung" Kedengaran suara papaku lalu dahiku terasa hangat kerana tangan papaku memegang dahiku

"Mama, papa, abang. Please, jangan tinggalkan Hanna bersendirian. Hanna kesunyian" Hanna meronta-ronda didalam hatinya

"Hanna, cepat sembuh ya? Nanti bila kamu dah sembuh, abang janji. Abang akan bawa kamu pergi Paris" Kedengaran suara abangku yang setia memberi semangat untuk aku sembuh. Setelah mereka bertiga pergi, keadaan bilik itu sekali lagi menjadi sunyi. Tiba-tiba kedengaran pintu bilik Hanna dibuka

Luhan, Where Are You? (One shot)Where stories live. Discover now