A I D E N 27

8.3K 414 16
                                    

"LIAM kau okay ke tak ni?" Soal Aiden dengan dahi yang berkerut. Wajah kawannya yang pucat lesi itu dia pandang lama.

Dah kenapa macam mayat hidup kawan dia ni?

"Aku tak tahu kenapa tubuh aku rasa sakit sangat sejak dua menjak ni." William mengurut tengkuknya yang terasa bagaikan ditumbuk oleh sesuatu.

"Pergi lah klinik buat check up." Aiden menjeling sekilas William sebelum menunduk kembali menghadap kerjanya yang tertangguh.

"Aku rasa aku nak makan durian." Terkesima Aiden di tempatnya. Sejak bila mamat albino ni pandai makan durian?

"Kau ni dah nak mati ke apa? Tiba-tiba tanpa ribut, petir, taufan nak makan durian." Aiden mengurut pelipisnya.

Haih. Menyemak pula lalat putih ni depan dia. Nak buat kerja pun tak boleh nak fokus.

"Aku serius ni Aid. Tekak aku rasa nak makan durian." William yang terbaring lemah di atas sofa bilik pejabat milik Aiden bangun dari baringannya.

"Pergi je la beli dekat mall. Kalau kau nak yang lebih extreme kau pergi dekat gerai tepi jalan. Diaorang bukan jual isi je tapi dengan kulit sekali."

William menjulingkan matanya ke atas.

"Aku tak terasa nak makan durian dekat mall tak pun gerai tepi jalan tu. Aku nak yang terlebih extreme!"

William tersengih. Kening dia angkat beberapa kali kepada Aiden.

"Apa yang kau mengarut ni?"

"Aku nak pergi petik sendiri durian tu! Apa macam? Jom teman aku pergi rumah atuk kau."

Bahu Aiden jatuh di tempatnya. Apa benda mamat albino ni mengarut. Petik durian?
Seumur hidup dia tak pernah lagi tahu durian tu kena petik.

"Nonsense."

Aiden menggeleng lalu bangun daripada duduknya.

"Kau nak pergi mana?" Tanya William kepada Aiden yang sudah siap mengemas meja kerjanya.

"Aku nak balik lunch dengan isteri la." Aiden menggigit bibir sambil membuat riak wajah yang bangga. Gayanya seperti baru sahaja menang pertandingan loteri.

Shhh.

"Puih." William pura-pura meludah ke sisi tempat duduknya. Meluat pula dia dengan member yang dah beristeri ni.

"Lantak kau la apa pun. Yang penting malam ni aku nak juga makan durian!"


























































ADEENA mengambil food cover lalu makanan yang terdedah di meja makan itu di tutup kemas.

"Mandi dulu lepastu turun bawah sambut abang balik dari kerja. Hehe."

Adeena berlari anak ke tingkat atas. Nak sambut suami mestilah kena wangi. Tak akan la nak suruh Aiden bau makanan yang dia masak tadi. Buatnya laki dia cari bini lain? Haish.

MRS AIDEN NATHANIEL [C]Where stories live. Discover now