Malam pun tiba ditemani rintikan hujan dan petir yang sambung menyambung. Najwa yang baru saja keluar dari bilik air dan terus menuju ke arah biliknya sambil mengelap kering rambutnya yang basah itu. Sesampai Najwa di dalam bilik Najwa terus melabuhkan punggungnya di birai katil seraya mencapai telefon bimbitnya itu.~Najwa POV~
aku pun terus mencapai telefon bimbit ku yang berada di atas katil bilik tersebut tanpa berfikir panjang aku pun baring di atas katil seraya membuka akaun Instagram ku.
Tiba-tiba daun pintu bilik ku dikuak perlahan dan tersemburlah wajah nek Piah yang bengis itu. "Najwa malam ni aku tak ada dekat rumah" kata nek piah tanpa nada. "Nenek nak pegi mana" kata ku dengan perasaan yang hairan.
"ishh kamu ni banyak betul menyoal. Aku dengan si Karim nak pergi merawat orang yang duduk dekat hujung kampung sana itu" kata nek piah dengan nada yang sedikit meninggi. Sudah aku nak pergi dah ni, kau jangan lupa kunci pintu kata nek piah dan terus berlalu pergi.
~SKIP~
Najwa terbangun dari tidurnya dek kerana terdengar bunyi dentuman guruh yang kuat. Beberapa kali dia cuba untuk melelapkan mata tetapi usahanya tidak membuahkan hasil. Matanya digosok-gosok beberapa kali bagi menghilangkan kabur.
Dia turun dari katilnya dan terus menuju ke arah bilik nek Piah lalu menolak daun pintu bilik tersebut. Alangkah terkejutnya apabila Najwa melihat sebuah figura seorang lelaki sedang mencangkung di samping katil nek Piah. Dengan perasaan yang terkejut bercampur takut Najwa pun bingkas lari menuju ke arah biliknya dan menutup pintu sekuat hati..
Pintunya di ketuk beberapa kali dan namanya pun turut di seru dengan nada suara yang garau NAJWA, NAJWA, NAJWA.
Tanpa disedari lampu yang tadi menyinari bilik pun mati secara tiba-tiba. Najwa dengan perasaan yang panik pun terus menangis teresak-esak kerana ketakutan dicampur dengan bunyi atap zink yang bingit dek kerana ditimpa hujan.
NAJWA AKU TAHU KAU DEKAT DALAM NAJWA . Kedengaran cakaran dari luar pintu biliknya yang keras dan ketukan yang kuat dari arah luar bilik. Tiba-tiba kedengaran bunyi dentingan bonang bergema disetiap penjuru rumah.
KAU SIAPA DAN APA YANG KAU NAK DARI AKU SETAN. Suara Najwa mula memenuhi ruangan biliknya ditambah dengan bunyi atap zink dan dentingan bonang yang entah datang dari mana.
Aku wis suwe ngenteni kehadiranmu Najwa. Ayat itu diulang beberapa kali sebelum ghaib bersama dengan bunyi dentingan bonang.
YOU ARE READING
Si Dukun Mantera
HorrorZaman yang telah mencecah ke ambang 2020. Teknologi yang kian canggih setara dengan ekonomi yang kian mencecah ke arah ambang pemodenan. Mana mungkin pada era seperti ini masih wujud lagi wanita yang digelar dukun. Itulah yang dipercayai oleh Shahir...