- 3 Days
"Luiz, harini i ada kerja nak kena buat. I pergi dulu tau. Bye. Jaga diri elok elok. Muah," itu sahaja pesan daripada Bella sebelum dia hilang seharian. Dia pergi kemana, dia lakukan apa, Luiz langsung tidak menahu.
Luiz hanya menghabiskan masanya menonton cerita di Nexflix daripada pagi hingga ke malam.
- 2 Days
"Kita nak buat apa harini?" Soal Luiz sambil memandang Bella yang sudah terlentang di atas sofa.
"Kejap lagi i nak keluar... You pergi lah jalan jalan. Jarang dapat pergi France, sekali sekala dah pergi tu jangan duduk terperap je dalam hotel. Netflix dekat Malaysia pun ada," bebel Bella perlahan. Badannya terasa letih setelah seharian menjelajah tempat tempat yang sesuai untuk menyeksa mangsanya nanti.
"Kau nak pergi mana lepas ni?" Soal Luiz mendatar sebelum mengambil tempat di sofa sebelah Bella.
"Tengok target i," balas Bella dengan nada yang meleret.
"Okay..." balas Luiz sepatah.
Tiba-tiba iphone Bella yang berada atas meja berdering kuat.
Bella pantas menjawab tanpa melihat terlebih dahulu nama si pemanggil.
"Hello...".
"Bella Lavender Rose!!" Tengking Eva kuat.
Telefon dijarakkan dari telinganya.
"Cakap elok elok lah. Pikir aku pekak ke?" Jawab Bella mula naik angin.
Luiz di sebelah hanya diam memerhati.
"Bella bawak lelaki tu pergi France?! Mama tak sangka Bella sanggup ingkar arahan mama!" Tengking Eva kuat.
"Sejak bila pulak arahan kau jangan bawak dia pergi France. Arahan kau suruh bunuh William je," bidas Bella semula. Matanya sudah separuh tertutup melayan kantuk.
"BELLA! SEJAK BILA BELLA BIADAP DENGAN MAMA!!" Suara Eva naik dua oktaf.
"Aku rasa aku memang biadap sejak daripada dulu lagi. Tak perlu nak mempertikaikankan benda tu," jawab Bella selamba.
"Bella!!"
"Aish kau ni takpayahlah jerit jerit. Aku tak pekak lah," marah Bella geram.
"Bella dah semakin biadap kan? Jangan sampai mama terpaksa guna kekerasan untuk ajar Bella," ugut Eva keras.
"Memang itu pun yang kau ajar aku daripada kecik kan? Pernah ke aku rasa benda lain selain kekerasan dari kau? Huh kasih sayang jauh sekali," perli Bella pedas.
"Ouh jadi Bella dah tak sayang papa Bella lah ni? Bella nak kata yang lelaki tu lagi penting daripada papa Bella. Mama tak kisah. Mama boleh je bunuh papa Bella bila bila masa... "
Mata Bella yang hampir tertutup tadi serta merta terbuka luas mendengar ayat Eva. Badannya ditegakkan.
"Kau jangan nak kaitkan dia dengan hal ni boleh tak?" Kata Bella dingin.
"Nampaknya Bella lebih sayangkan lelaki tu daripada papa Bella. Okay takpa... Jangan menangis kalau papa Bella mati disebabkan lelaki tah siapa siapa tu," bicara Eva mendatar.
Bella hanya diam. Hanya geselan bunyi gigi sahaja kedengaran. Jelas timbul urat dimuka Bella yang sedang menahan api kemarahannya.
"Balik daripada France, serahkan lelaki tu dekat mama. Kalau tak mama anggap Bella memang dah tak sayang papa," talian dimatikan.
YOU ARE READING
BOOK 3 | My Insane Lover [ COMPLETED ]
Mystery / Thriller(Stand alone book but also with the mafia series) ROMANCE/ PSYCHOLOGICAL/ THRILLER AUTHOR ASYA BOOK 3 : HIDDEN STORY Luiz Martin seorang lelaki kacukan Eropah, hidupnya seperti tenggelam dalam lautan yang luas. Gelap, suram itu bagaikan sudah sebat...