Bab 18

2.3K 297 12
                                    

- 1 Days

Bella menyarung baju jaket kulit hitam ke badannya. Mask hitam yang berada di atas meja juga dicapai sebelum dimasukkan ke dalam beg sandang kecil. Rambutnya yang panjang lurus ditoncangkan menjadi satu. Sarung tangan kulit berwarna hitam dipakai kemas.

"Kau nak pergi mana?" Soal satu suara sebaik sahaja melihat Bella sudah melangkah ke arah pintu.

Bella memandang Luiz beberapa saat sebelum timbul idea nakal di kepalanya.

"Jom ikut i..." kata Bella mendatar.

"Pergi mana?" Soal Luiz semula.

"Orang ajak tu ikut jelah... Dah dah cepat pergi siap," halau Bella.

"Hah? Nak pakai baju apa?".

"Pakai baju gelap gelap sikit supaya tak tarik perhatian orang..."

Luiz hanya menurut sahaja arahan Bella. Selang beberapa minit Luiz keluar daripada bilik dengan pakaian yang sudah diganti. T-shirt berwarna hitam dan seluar berwarna biru gelap menjadi pilihannya.

"Nah pakai ni," kata Bella lagi sebelum mencampakkan satu topi hitam kepada Luiz.

"Dah jom..." ajak Bella.

Luiz hanya mengekor Bella dari belakang.

Mereka berdua pergi ke arah salah satu bangunan yang berdekatan dengan syarikat Mikayla's Holding. Mata masing masing memerhatikan pintu masuk syarikat yang berada di sebelah kiri dari arah kedudukan mereka.

Luiz sendiri tidak tahu apa yang dia dan Bella sedang lakukan sekarang. Bella pula daripada melangkah keluar bilik lagi sudah tidak mengeluarkan sepatah kata.

Hanya riak kosong ditayang.

Bingung dibuatnya.

"Kita tengah tunggu siapa ni?" Tanya Luiz setelah sekian lama mereka menjadi tiang di tepi bangunan itu.

"Shush... Kita tengah tunggu mangsa," kata Bella secara berbisik. Mata masih tidak lepas memandang ke arah pintu masuk syarikat.

Selang beberapa saat William keluar daripada pintu itu dan melangkah ke arah keretanya yang terletak di tempat parkir kereta.

Bibir Bella terukir senyuman senget.

"Tu kan mangsa kau, sekarang nak buat apa?" Tanya Luiz lagi.

Bella memandang ke arah Luiz yang berdiri di belakangnya sebelum memandang kembali ke arah William.

"Sini kejap... Jom ikut i," kata Bella sebelum dia melangkah laju ke arah jalan raya. Luiz pula hanya mengekor. Dia sendiri tidak tahu apa rancangan Bella pada malam ini.

Sedang Luiz mengikut Bella, tiba tiba Bella berpusing ke belakang secara mengejut sebelum dengan selamba dia menolak badan Luiz ke arah jalan raya.

Streeeeeeet!!!!!

Turun naik dada Luiz apabila melihat kereta yang dipandu William hanya seinci sahaja berhenti betul betul di hadapan mukanya.

"Oh god!! Are you okay man?" William cepat cepat keluar daripada keretanya sebelum melangkah ke arah Luiz yang sudah terbaring di atas jalan raya.

"OH MY GOD SWEETY ARE YOU OKAY!!" Jerit Bella tiba tiba sebelum dia juga melangkah ke arah Luiz. Badan Luiz dipeluk kuat.

The heck!

"Harry! Don't scare me like that!" Kata Bella lagi bersama linangan air mata palsu.

Again, the heck?!

BOOK 3 | My Insane Lover [ COMPLETED ] Where stories live. Discover now