30 votes + 30 comments
"Alexa, bacakan ramalan Virgo Horoscope hari ini" kata Jungkook kepada alat yang dia beli di laman web Amazon pada beberapa bulan yang lepas.
"Cuaca hari ini akan baik begitu juga dengan nasib anda. Anda akan menerima bilangan keuntungan yang banyak dan anda tidak perlu risau tentang musuh anda kerana hari ini mereka tidak membuahkan hasil yang baik. Tetapi berhati-hati dengan pinggan retak kerana ia akan menggantikan nasib baik kepada nasib malang"
Jeon Jungkook hanya tersenyum selepas mendengar apa yang dikatakan oleh alat itu. Jejaka itu mencapai berus dan ubat giginya.
Sedang dia memberus giginya, matanya tidak lepas memandang ke arah cermin tandas yang berada di atas sinki itu.
Dia tersenyum-senyum sendiri apabila melihat pantulan wajahnya di cermin itu. Sungguh kacak!
☆☆☆☆
Jeon Jungkook berjalan keluar dari tandas bersama siap memakai bathrobe berwarna kelabu dan selipar rumah yang berwarna kelabu juga.
Tangannya sibuk mengelap rambutnya yang masih belum kering memandangkan dia baru selesai mandi.
"Selamat pagi, Tuan muda" seorang lelaki yang sedikit berumur menyapa majikannya yang telah dijaganya sejak kecil lagi.
"Ah, selamat pagi" balas Jungkook sambil tersenyum manis kepadanya.
Lelaki yang sedikit tua itu mula membuka tablet di tangannya untuk membacakan peratus saham hari ini.
"Saham samsung naik sebanyak 2.39%, saham MCH naik 4%, saham Big hit naik 34.98%--" belum sempat dia menghabiskan semua senarai itu, Jeon Jungkook terlebih dahulu memotong percakapannya.
"Saya beli 785 saham dari seluruh dunia, tak akan saya perlu dengar 785 semua sekali" kata Jungkook.
"Maaf, tuan muda" balas lelaki itu.
"Ringkaskan, hari ini ada saham yang menurun?" soal Jungkook.
"Tiada, tuan muda" balas lelaki itu lagi.
Jungkook tersenyum kerana dia teringat ramalan tadi. Hari ini akan jadi yang baik!
"Oh ya, tolong jangan guna pinggan kaca sepanjang hari ini. Beritahu semua pekerja dalam rumah ini untuk gunakan pinggan besi dan plastik sahaja" pesan Jungkook.
"Baik, tuan muda" lelaki itu akur.
Itulah Jeon Jungkook, dia akan mendengar ramalannya terlebih dahulu sebelum memulakan harinya.
Seoyun POV💚
"Nongbu-ah, tunggu sini tau nanti lepas saya balik sekolah, saya datang ambil awak dengan saya bawa makanan sekali, tunggu tau" pesan gadis itu kepada si kucing berbulu putih yang dibelanya.
Kucing comel itu mengiau beberapa kali.
Sempat Seoyun melambai ke arah kucing itu sebelum belari masuk ke dalam bangunan sekolah.
Susah betul jadi pelajar tahun akhir ni, semua perlu buat baik jika tidak cikgu ugut mahu tulis review teruk pada sijil berhenti sekolah nanti.
Datang lambat sedikit salah, kerja sekolah tak buat pun salah, bercakap dalam kelas pun salah, ah, nak letak jawatan sebagai murid terus jelah kalau begini!
"Maaf lambat, cikgu" katanya sebelum melangkah masuk ke dalam kelas.
"Seoyun-ah, saya faham kamu dari rumah anak yatim tapi bukan jadi penghalang kamu nak selalu datang lambat ke sekolah" kata cikgunya.
"Ah, maaf cikgu, maaf" berkali-kali dia meminta maaf.
Tipulah dia tidak benci mendengar perkataan anak yatim. Sebut sahaja perkataan itu di dalam kelas ini, semua pelajar akan memandangnya sambil memberikan pandangan menyampah padanya.
Ah, penat!
☆☆☆☆
Jeon Jungkook POV💚
Jejaka kacak itu menikmati sarapannya sambil mulutnya mengunyah roti bakar yang dihidang bersama telur dan caviar .
"Oh ya, semua pinggan kaca dalam rumah ini sudah disimpan ke?" soal Jungkook kepada tukang masak di dalam rumah ini.
"Oh, mereka sedang alihkan pinggan kaca masuk ke dalam rak- rak di atas dapur" kata tukang masak itu.
Jungkook hanya mengangguk perlahan sambil mulutnya kekal mengunyah.
Tiba-tiba ada seorang tukang masak yang sedikit muda datang mendekati Jungkook lalu bertanya.
"Tuan muda, ini pinggan kayu atau kaca?" soalnya.
Berat pinggan itu seperti kaca tetapi tekstur dan coraknya seperti kayu.
Jungkook menghulukan tangannya untuk menggapai pinggan itu, dia ingin memastikan sama ada itu kayu atau kaca.
Akan tetapi, tukang masak muda itu terlepaskan tangannya sedikit awal sebelum Jungkook sempat mencapai pinggan itu.
Prangg!
Bunyi pinggan kaca pecah dilantai itu.
Barulah Jungkook teringat tentang pinggan itu ialah pinggan kaca yang berbentuk kayu limited edition yang ibunya berikan kepadanya dua tahun lepas.
Oh tidak!
TBC
Okay cerita ni mengarut dan bosan dan cliche dan tak guna dan bosan dan bosan.
Harap chapter ni tak hambar tho.
YOU ARE READING
Lucky Fluke
Fanfic▪︎Anda percaya kepada ramalan nasib atau anda lebih percayakan fakta?▪︎ Warning : Jungkook low key sugar daddy🌹 No Mature Content🚫 A little bit romance ✔ Extra comedy ✔ 🔹️Banyak ilmu tentang perkembangan ekonomi dunia🔹️