+ 11

488 81 24
                                    


LUCAS'S

cahaya matahari terik yang menembusi ruang bilik aku pantas menyuruh aku untuk bangun dari tidur.

aku memisat-misatkan mata aku beberapa kali, aku bangun dari pembaringan dan mengeliat kecil.

" huarghhhhhh! "

ah alamak mirae masih ada dekat sinilah! lantas aku tekup mulut aku, ah malulah kalau dia dengar.

aku pandang ke arah sofa, yah- tak ada sesiapa pun disitu.

" nyeh dia tak ada pun lah, nasib baik "

" tch awal betul minah ni bangun, apalah yang dia buat " gumamku.

terus aku masuk kedalam bilik air untuk mencuci muka, baru lah hilang sedikit rasa mengantuk dan segar.


" ah- lucas, bangun pun awak. selamat pagi~ " mirae menyapa aku yang baru sahaja hendak memasuk ke ruang dapur dengan mesra.

aku tidak membalas, namun lebih memilih untuk terus melabuhkan punggung di kerusi.

" hantu kacau awak tak semalam? hehe " soalnya sambil tersengih.

" yah! kau ni, mana adalah " kataku datar.

dia hanya tergelak kecil .

" mirae " panggil aku .

" ye? "

" nasi goreng kimchi? "

" err- haah, waeyo? takkan awak nak makan sandwich lagi kot ?" diakhir bicara, sempat lagi dia gelakkan aku.

" m- mana ada! dahla duduk la sini, makan "

aku menjamah nasi goreng kimchi yang dimasak oleh mirae.

ah memang semua masakkan perempuan ni sedap ke?

aku memejamkan mata, menikmati rasa enaknya nasi goreng kimchi air tangan si mirae ini.

" l-lucas awak okay? kenapa awak pejam mata? tak sedap ke? " soal mirae bertubi-tubi.

" tak ada apa-apa lah " jawab aku sepatah.

dia tak nampak ke aku tengah rasa nikmat makan nasi goreng dia ni? boleh dia tanya tak sedap ke?

" sedap ke? " tanya dia lagi.

" hm- not bad, biasa je " kata aku sambil menyuapkan lagi nasi goreng kimchi kedalam mulut.

ceh lucas! biasa je? menipu hebat sungguh kau ni.



kini aku mencari kelibat mirae yang sudah beberapa minit menghilang, lama lah juga seba itulah aku gelabah gila sekarang ini .

takkan dia lari?

" mirae! mirae! mirae! kau pergi mana huh? " jerit aku dari bawah.

terus aku naik ke tingkat atas, nama mirae sekali lagi aku laung kuat.

" yah mirae-ah! "

namun tiada sebarang jawapan, yah dia tak lari bukan? sebab tadi dia ada sahaja dalam rumah, sekarang ini entah kemana .

aku turun ke bawah semula dan keluar dari rumah, berniat untuk cari dia di halaman rumah.

baru sahaja aku hendak melangkah, aku nampak mirae yang sedang menyiram pokok.

aku menghembuskan nafas lega, ah bertuah betullah dia ni! hampir sahaja jantung aku hendak tercabut.

" haih dia ni ! "

dia ni memang nak kena tahu tak??

bila diingat balik, kenapa aku cari dia sampai macam tu ya? kenapa aku risau sangat kalau dia hilang? sedangkan aku tahu yang dia tak berani lari lagi lepas dipukul aku hari itu .

oh ya, mungkin aku takut dia memang betul-betul lari? kalau dia hilang, apa aku nak jawab dengan orang tua tu? habislah tak ada duit aku..

tapi kenapa aku rasa itu bukan sebabnya untuk aku risau- sebaliknya, aku rasa risau dan takut kalau dia tinggalkan aku, ya aku rasa seperti itulah.

adakah sebab aku dah mula sukakan-

pipi aku segera ditampar laju. ah sudahlah, mengarut sahaja kau ni!

" aih wong yukhei! sedarlah sikit! "

pandangan aku tertumpu kembali ke arah mirae tadi.

thing !

satu idea jahat tiba-tiba muncul difikiran.

memandangkan mirae belum perasan kewujudan aku disini jadi marilah kita-

aku jalan terjongket-jongket menghampiri mirae, supaya aku tak dapat keluarkan sebarang bunyi .

dalam kiraan 3, 2, 1 ..

" BAAAAA! " terjah aku kuat .

" YAH!! " tidak semena-mena paip yang dipegang mirae tadi dihalakan kearah aku .

splash!

memang habis basah lencunlah baju aku!

" YAH MIRAE TENGOKLAH APA KAU BUAT?! "

" lucas- aa maafkan saya, ingatkan- "

terus aku rampas paip dari tangan mirae, aku halakan kearah dia pula .

" heyy lucas- basah baju saya hey!! " jerit mirae sambil berusaha untuk lari daripada aku .

apa lagi? aku pun teruslah kejar dia.

" sini kau mirae! kau nak pergi mana huh? HAHAHAHA "

" HAHAHAHA lucas janganlah, stop! " mirae cuba merampas kembali paip yang dipegang aku.

terus aku halakan paip itu keatas, supaya dia tak dapat mengcapainya.

" nyenyenye ha ambik la ambik, mirae pendek mirae tak sampai HAHA! " ejek aku.

jujur aku pun buntu dengan apa yang kami buat sekarang ini, kalau orang lain nampak pasti mereka ingat ada roh kanak-kanak ribena yang masuk kedalam badan kami.

tapi aku rasa seronok sangat!

" lucas jahat ish awak sini sekarang! dahla main terjah-terjah orang! "

maka mulalah adegan kejar-kejaran antara aku dengan mirae, sampai bila mahu habis pun aku tak tahu.

𝘁𝗯𝗰✰

badboy. ©Where stories live. Discover now