10 Julai 2010

2.1K 27 1
                                    


Hari ni hari penting. Aku mula bergelar pelajar universiti. Macam-macam aku rasa sejak semalam lagi. Takut, cuak, seronok, macam-macam. Takpelah, mungkin ni pengalaman baru aku. Owh lupa, nama aku Zulidham, panggil aku Zul. AKu tulis ni saje kongsi pengalaman dan cerita. Rupa aku? aku bersyukur, dikurniakan kulit putih bersih, dan wajah yang kacak. Bukan aku nak puji diri, tapi ni hakikat. hehe Aku juga atlet, lebih tepat atlet lari jarak jauh. 

Sejak sekolah aku dah tunjuk bakat dalam bidang larian ni. Aku agak glamer la masa sekolah. Dengan wajah aku yang kacak, susuk tubuh yang berotot, dan kulit yang putih, senang je aku nak dapat pasangan yang sekufu. 

Tapi aku memilih single. Kenapa? entah, aku tak tahu kenapa. Ada member aku cakap aku gay. Eh tak la, aku straight la. Mungkin belum masa perasaan aku muncul untuk berkasih. Mungkin. 

Sambung balik. Aku daftar petang. Jadi pagi tadi sempat jalan-jalan tengok kampus. Boleh tahan cantik. Lokasi? biarlah rahsia. hehehe

Tepat jam 2 aku dah mula beratur nak daftar. Yang lain semua tunggu di kafe. Pelajar je kena beratur. Masa ni la aku bertegur sapa dengan kawan-kawan baru. Boleh tahan ramai. Majoriti yang sama daftar dengan aku adalah kawan sama fakulti dan kos. Baguslah kan. hehehe

Masa tengah beratur tu, aku perasan seseorang. Macam aku kenal. Aku perhati dari jauh. Aku cuba ingat balik, siapa ea? 

Lama juga aku fikir, akhirnya datang ilham, Amir! Amir ni kawan masa aku sekolah dulu, dia pindah masa kami tingkatan 1. Aku agak rapat dengan dia. Selalu datang rumah dia, lepak-lepak. 

AKu tegur dia, nasib baik dia kenal aku lagi. Rupa-rupanya dia sama kos dengan aku! wahh best la dah ada member! hehe

Aku bagi dia nombor aku, dan dia pun bagi nombor dia. Aku blok D, dia blok C, tak sama, tapi sebelah je. Dekat la tu kan, ada gak member boleh lepak sama-sama. Hilang rasa cuak dalam diri aku. hahaha

Habis daftar, aku dan keluarga terus ke blok D, tempat bilik aku. Rumah yang aku dapat tu ada 3 bilik, dan ada 6 orang semuanya. Semua budak baru. Roomate aku pun sama kos dengan aku. Bagus lah macam ni. hehe

Sekian sahaja aku cerita. Nanti aku sambung balik ya. Penat badan mendaftar tak habis lagi. Esok aku cerita lagi ya. 

DIARI ARJUNAWhere stories live. Discover now