Hmm... saya tengok, ramai yang pilih honesty level sampai tiga.
Serius ke?
Bila saya cakap saya jujur, saya tak tipu tau. Honesty level tahap ketiga, walau kesalahan kecil pun saya akan point out. Bukan setakat kesalahan, ayat tak kena pun saya tegur sekali. Ayat tak ikut feel pun saya tegur. Itu tahap ketiga punya jujur. Maksudnya, teguran saya tu banyak tentang pendapat saya.
Tapi tulah. Ada yang sampai nak level 4. Siapalah tu? 😂
Dan saya tegur dekat komen tau. No sweet words from me except if it's really an honest one. Lepas dah baca beberapa bab, saya akan chat awak pula untuk beri feedback saya.
Dan... bila saya tegur dekat komen, nak tak nak, readers akan nampak. Tapi awak boleh je padam komen tu nanti. Saya cuma nak kita sama-sama belajar di mana silap kita. Jadi saya tak kisah kalau awak padam.
Cuma ruginya, comment rate awak turun baliklah.
Lagi satu, kesalahan awak saya akan point out untuk dua tiga bab pertama saja. Tengok pada berapa banyak komen saya. Kalau dah satu bab tu penuh komen saya saja, mungkin dua tiga bab sajalah ya.
Siapa yang pilih honesty level pertama dan kedua, saya tak kata hati dia tak kental. Itu semua preference. Jadi bila awak tengok ramai pilih level tiga, awak tak perlulah terikut-ikut.
Amaran kedua ni. Maafkan saya kalau komen saya nanti buat awak terasa. Awak boleh tegur juga saya kalau saya silap.
P/s : Kalau awak nak tahu tahap kejujuran saya, tanyalah requester pertama. Saya jujur ke tak?
YOU ARE READING
𝗳𝗲𝗲𝗱𝗯𝗮𝗰𝗸
RandomNak tahu apa feedback saya tentang cerita awak? Saya bosan dan mood saya sekarang ni nak membaca dan nak mengkritik. Komen saya jujur dan straightforward. Kalau hati awak jenis kental, dipersilakan. Tapi, kalau rasa jenis yang cepat sentap, saya ta...