🌠00🌠

32 7 4
                                    

Gelap. Sunyi. Sejuk.

Itu yang dapat aku rasakan. Penglihatan? Aku tak nampak apa-apa. Semuanya kosong, seolah-olah aku didalam sebuah keranda. Aku cuba menggerakkan kedua lenganku, tapi tidak boleh, begitu juga dengan kedua kakiku. Aku seperti dalam ruangan yang sempit.

Aku cuba mengingati saat-saat akhir aku sebelum pengsan, namun aku tak ingat apa-apa. Aku tertanya, dimana kedua ibu bapa ku? Dimana 'dia'? Dimana rakan karibku? Dimana mereka? Mengapa aku seorang sahaja disini?

Aku cuba mengambil oksigen biarpun agak sukar, lalu aku mengambil sekuat tenaga dan mula menendang bahagian atas yang ku fikir jalan keluar aku dari terperangkap didalam 'keranda' ini.

Namun, usahaku hanya sia-sia. Gagal. Aku cuba lagi, namun sakit yang aku dapat rasakan. Aku mula mencari idea untuk keluar dari sini. Seakan ada sesuatu yang melintas difikiranku, aku menendang dinding dihadapan kaki ku lalu tergerak keluarlah 'keranda' ini.

Suhu semakin sejuk aku rasakan apabila kaki ku tanpa sebarang alas, menyentuh muka mozek. Tambahan lagi, aku tidak memakai seurat benang pada tubuhku. I'm full naked!

Aku mengamati sekeliling di tempat aku berada. Gelap, namun dengan bantuan cahaya malap dari luar bilik ini, masih dapat kulihat samar-samar ruangan di bilik ini.

Aku dimana?

Kenapa aku tak ingat langsung detik-detik terakhir ku?

Seketika aku terkedu apabila aku meneliti bilik ini. Terdapat banyak peti seperti aku duduki tadi. Di setiap pintu peti itu tertulis tarikh dan tahun yang berbeza, malah tahun 1994 pun ada tertulis.

Menangis, air mata ku mengalir.

Kenapa?

Apa sudah jadi?

Mengapa aku tak mengingati walau secalit keadaan pun?

Ken--- isk isk. Tangisanku pecah.

KENAPA AKU BERADA DI BILIK MAYAT?!!

Huuuuuu isk isk huuuuuu.. Aku sedih, apa sudah jadi?

Aku sudah mati?

Bila?

Aku terus meluru ke arah peti yang aku berada tadi, lalu aku melihat tulisan di pintu peti. 22/09/2020.

A-aa-aaku mati...

PADA TARIKH KELAHIRANKU?!!!

Tangisanku lagi kuat dari dari tadi.

Sungguh, aku tidak mengingati apa-apa.

BOOM!!

Pintu bilik mayat dirempuh oleh seseorang. Aku melihat orang itu. Aku tersenyum melihat si 'dia'. Entah mengapa, mata aku kuyu dan aku rebah di lantai mozek yang sejuk akibat suhu air-cond yang terlampau rendah.

Someone, help me.

Why I don't know anything happen a few years ago?

What happen?

Someone..sedarkan aku, please..

Tolong aku...

Tol...........ong

Dan pandanganku benar-benar kelam...

Takdir Antara Kita [H]Where stories live. Discover now