Bab 21

2.3K 265 21
                                    

"Kosong je tempat ni... Mana anak anak setan mak kau?" Soal Luiz mendatar. Matanya ligat memerhati di setiap pelosok ruangan. Dapur Eva yang berkonsepkan gelap dan warna keemasan itu nampak sungguh elegan. Macam dapur pameran dekat Ikea pun ya. Bila sebut macam dapur pameran, dapur itu seolah olah tak pernah digunakan langsung. Suci murni lagi.

Satu kuali berwarna hitam dicapai.

"Mak kau tak pernah masak eh? Macam tak pernah guna je dapur ni," kata Luiz sambil menghayung hayung kuali itu ke udara.

"Dia nak masak? Siapa yang nak makan makanan dia? Anjing? Masak maggi pun tak reti," bebel Bella dengan muka bosan.

"Haha, kau lah yang makan... Kau kan anak dia," nganjing Luiz.

"Euww, tak hingin... Entah-entah dia letak racun dalam makanan tu nanti,"

"Habis selama ni dia makan apa?" Soal Luiz semula.

"Makan dosa hari hari," balas Bella selamba.

"Hahaha, pikir kelakar lah tu,"

Mata Luiz meliar ke sekeliling. Kosong dan sunyi bahagian dapur. Tiada langsung bayang susuk tubuh anak buah Eva.

"Kita nak pergi mana dulu ni? Bawah tanah? Or atas?" Soal Luiz mendatar.

"Bawah... Kita try pergi bawah dulu"

"Okay..." Luiz jalan melangkah mendahului Bella.

"Kejap...." lengan Luiz ditarik lembut.

"Apasal you bawak kuali ni sekali?" Tanya Bella sambil menunjuk ke arah kuali hitam yang masih tidak lepas daripada tangan kanan Luiz. Manakala tangan kirinya memegang satu riffle berwarna hitam yang elok disandar pada bahu kiri.

"Tak boleh ke? Alang alang dah jumpa ni. Biar aku smash kepala mak kau tu guna kuali dia haha," Luiz tergelak kecil.

"Buat perangai buat perangai..."

"Yelah yelah..."

Kuali tadi diletakkan semula atas meja dapur.

"Nak turun bawah guna apa ni?" Soal Luiz mendatar.

"Lift..." jawab Bella sambil menunjuk ke arah lift yang terdapat di bahagian hujung kiri dapur. Kaki mula mengatur langkah.

Luiz hanya membuat muka 'kaya nak mampus' ke arah Bella sebelum dia turut melangkah sama.

"Bel-" kata kata Luiz termati apabila matanya terpandang satu susuk tubuh yang paling dibenci, berdiri tegak sebelah dinding dapur sambil tersenyum ke arahnya. Dadanya berombak laju secara tiba-tiba. Jelas raut kemarahan terpancar pada wajah kacak Luiz.

Tak. Tak mungkin wanita si*l itu ada dekat rumah Eva ketika ini.

"You?" Panggilan Bella daripada dalam lift mengembalikan Luiz ke alam realiti.

Kepala digeleng laju sebelum Luiz juga ikut melangkah masuk.

Tak mungkin 'dia' ada di sini. Luiz yakin Ini semua hanyalah mainan ilusi matanya sahaja. Mungkin juga kesan, berhari hari dia tidak menyentuh ubat yang sepatutnya dimakan ikut waktu.

Tutup sahaja pintu lift. Ada satu semburan asap putih yang dikeluarkan menyembur ke arah mereka berdua.

"Ni disinfectant spray..." kata Bella tanpa disoal.

"Kenapa kena sembur kuman pulak?" Soal Luiz yang sudah pelik dengan sistem di dalam rumah Eva.

"Sebab dekat tingkat bawah ni tempat latihan, selalunya lepas berlatihkan berpeluh-peluh. So nak naik atas kena spray binatang ni dulu. Don't ask me. Ask that crazy woman who design this house..." kata Bella mendatar.

BOOK 3 | My Insane Lover [ COMPLETED ] Where stories live. Discover now