06 ; menyesal

147 15 2
                                    

Madam Hwang datang mendekati menantu-menantunya yang lagi sibuk menyediakan makan malam. Dia memberi senyuman kepada mereka. Tenang hatinya apabila mendapat menantu yang baik dan rajin seperti mereka berdua ini. 

"Ada apa-apa yang eomma boleh tolong ke?" tanya Madam Hwang kepada Yubin dan Haeun. Yubin hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum. Sesungguhnya Yubin ini memang kurang bercakap even dengan family dia sendiri. Tangannya pantas menyiapkan makanan. Tetiba Madam Hwang memegang tangan Yubin membuat Yubin mengangkat kepala memandang ibu mertuanya.

"Apa kata eomma siapkan hidangan ni, Yubin pergi naik atas tengokkan Hyunjin. Dari balik tadi dia berkurung je dalam bilik" ujar Madam Hwang lembut. Yubin sudah menunjukkan riak muka terkejut. Dia tahu kalau dia yang pergi tengok Hyunjin mesti kena marah. Matanya berkelip laju beberapa kali. Kes pagi tadi pun masih belum diselesaikannya ni tambah pula kena pujuk lelaki itu.

"Betul tu Yubin. Pergilah tengok suami Yubin tu. Macam budak-budak tau merajuk" support kakak iparnya. Yubin hanya memberikan senyuman hambar. Kalau ikutkan hati dia, better dia tak payah kacau lelaki itu. Dia tahu Hyunjin tengah marah even dia tak tahu sebab apa. Namun apa yang dia boleh katakan, ini permintaan dari ibu mertuanya. Yubin mengangguk perlahan lalu berlalu kearah sinki untuk membasuh tangan sebelum berlalu naik ke atas. Dia berdiri lama di depan pintu bilik mereka. Tanggannya sudah mula berpeluh. Dia tak tahulah kenapa dia takut sangat dengan Hyunjin. Mungkin sebab sifat dingin lelaki tu terhadap dia dari semalam. Dia mengetuk pintu beberapa kali sebelum membuka pintu perlahan.

Hyunjin yang berada di atas katil hanya memandang kearahnya sekilas. Yubin menutup pintu bilik itu kembali. Takut kalau jadi apa-apa at least tak ada siapa yang nampak or dengar. Yubin cuba mendekati bahagian katil itu lalu duduk di atas sofa yang berdekatan dengan katil dimana Hyunjin duduk. Hyunjin tidak mempedulikan kehadiran dia dalam bilik itu, dia hanya mendiamkan diri sambil merenung kearah telefonnya 'Kenapa Mina tak reply message aku ni?' ujar Hyunjin di dalam hati. Seharian dia cuba untuk contact Mina, tapi satu pun tidak dijawab atau direply. Hyunjin mengalihkan pandangannya keluar dan termenung . Dia tak tahu nak rasa marah or sedih sekarang ni. Marah dengan eommanya, sedih sebab Mina tidak menghiraukan dia.

"Hmm.." Yubin baru saja mahu berbicara tapi sudah pandangan maut dari Hyunjin. Yubin yang ketakutan terus menundukkan kepalanya. Hyunjin menjelingnya tajam. Yubin menggenggam tangannya kuat sebelum menyambung apa yang dia ingin katakan sebentar tadi. "Uhh.. sorry lah kalau saya kacau awak. Eomma yang suruh saya naik atas tengokkan awak" ujarnya perlahan. Tiada sebarang reaksi pun daripada Hyunjin. Yubin mengambil nafas panjang lalu menghembuskannya perlahan. "Awak okay?" sambung Yubin lagi dengan berhati-hati. Kali ini persoalannya di balas dengan padangan dari Hyunjin. Jelas muka tidak puas hati di wajah Hyunjin tatkala ini. Lagi sekali Yubin ketakutan.

"Kau boleh tanya aku okay ke tak?! Eh macam mana haa eomma aku boleh jumpa kau? Apa yang bagusnya kau ni sampai eomma aku sanggup melutut dekat kau semata-mata nak kau jadi menantu dia? Tak faham betul aku!" marah Hyunjin. Yubin memberanikan dirinya untuk memandang kearah Hyunjin. "Kau tak payah nak pandang-pandang aku lah! Menyampah tahu tak?!" tengking Hyunjin. Dada Hyunjin berombak tanda dia sangat marah sekarang ini. Pandangannya dialihkan keluar sekali lagi.

"Saya minta maaf sebab tanya benda yang tak sepatutnya saya tanya. Saya pun tak tahu kenapa eomma nak sangat saya kahwin dengan awak" jawab Yubin perlahan. Hyunjin memberi pandangan seperti tidak percaya dengan apa yang dia dengar. "Ehh kau ni.." balas Hyunjin dengan senyum sinis sebelum dia berlalu menghampiri Yubin yang berada di atas sofa. Muka Yubin dicengkam kuat olehnya. "Kau cakap jelah berapa yang kau nak, aku boleh bayar kau lah. Kau pergi keluar bagitahu eomma yang kau nak cerai dengan aku. Kalau kau buat macam tu barulah aku happy, aku takkan benci dekat kau dah" ujar Hyunjin dengan mukanya sengaja didekatkan kearah muka Yubin. Semakin lama dia melihat muka perempuan di depannya sekarang ini makin bertambah rasa bencinya. Yubin memegang tangan Hyunjin yang mencengkam mukanya minta dilepaskan. Hyunjin memandang kearah pintu biliknya sebelum melepaskan cengkamannya. Setitis demi setitis air mata Yubin jatuh. Dia segera mengelap air matanya supaya Hyunjin tidak perasan. Sakit di bahagian pipinya dibiarkannya.

Yubin bangun dari duduknya, "Saya minta maaf. Nanti kalau makan malam dah siap saya panggil awak balik" ujar Yubin lalu berjalan kearah pintu bilik. Dia tahu benda seperti ini akan terjadi. "Jap!" halang Hyunjin. Yubin memalingkan badannya menghadap kearah Hyunjin kembali. "Apa yang aku cakap tadi aku maksud kan nya tau. Kalau kau dapat pujuk eomma izinkan aku ceraikan kau i would be veryy happyy. Kalau kau dapat pujuk eomma terima Mina as isteri aku lagi baguss!" sambung Hyunjin dengan muka puas hati. Yubin terkedu dengan apa yang dia dengar. 'Apa salah aku yang buat dia bencikan aku sampai tahap ni?' ujarnya di dalam hati. Yubin hanya mengangguk dan terus berlalu keluar dari bilik. Hyunjin hanya tersenyum sinis.

"Disebabkan eomma aku sayang sangat dekat kau, aku akan gunakan kau untuk buat eomma terima Mina. Jangan salahkan aku, kau yang merelakan apa yang aku buat since kau accept lamaran eomma aku" ujar Hyunjin perlahan lalu tersenyum sendirian. Kini hatinya terasa sedikit lega. Dia menghempaskan badannya di atas katil lalu memejamkan matanya.

---

Yubin terus saja menuju kearah dapur kembali dan mengambil pisau ditangan pembantu rumah ibu mertuanya dengan lembut. Dia sambung memotong sayur yang dipotong oleh pembantu rumah ibu mertuanya sebentar tadi tanpa berkata apa-apa. Madam Hwang dan Haeun yang tadi sedang memasak langsung terhenti dan bingung melihat Yubin yang berkelakuan sangat pelik. 

"Yubin-ah neo gwenchana?" soal Haeun yang terlihat risau dengan Yubin. Dia tahu sangat perangai adik iparnya itu. Pasti Hyunjin ada melakukan sesuatu yang menyebabkan Yubin seperti ini. Yubin hanya mengangguk sebelum menyambung semula kerjanya. Madam Hwang yang perasan sesuatu terus mendekati menantunya. Dia memegang muka Yubin membuatkan Yubin mengangkat mukanya lalu memandang ke arah Madam Hwang. Muka Madam Hwang terus berkerut.

"Hyunjin buat apa dekat kamu ni? Habis merah-merah pipi ni?" soal Madam Hwang sambil memegang lembut pipi menantunya. Yubin laju memalingkan mukanya dan berkata "Hyunjin tak buat apa-apa pun eomma. Yubin rasa ni allergic reaction sebab kita ada makan kacang kan tadi" jawab Yubin dengan gugup. Madam Hwang memberi pandangan seperti percaya tak percaya. "Yubin allergic dengan kacang ke?" soal Madam Hwang lagi. "Haah memang dari kecik lagi allergic dengan kacang. Tapi jangan risau, tak teruk pun ni nanti dia hilang lah" balas Yubin lagi.

"Kalau macam tu Yubin pergilah berehat dekat depan. Biar eonni dengan eomma je yang masak makan malam. Nanti dah siap kitaorang panggil" ujar Haeun yang risau melihat keadaan Yubin. Yubin hanya mengangguk sambil tersenyum dan terus berlalu ke depan. Sebelum dia berlalu, sempat dia memulangkan kembali pisau yang diambilnya kepada pembantu rumah. LAngkah seribu langsung dibuka. Dia mahu segera melarikan diri supaya ibu mertuanya dan kakak iparnya tidak ragu-ragu dengan jawapan yang dia bagi. Haeun mendekati ibu mertunya, "Eomma percaya ke?" soal Haeun perlahan. "Memang taklah! Yubin tak sentuh langsung kacang yang kita makan tadi. Hyunjin ni memang nak kena betullah!" balas Madam Hwang sambil mengetap bibirnya. Matanya memerhati Yubin dari arah belakang. Haeun hanya mengusap lembut belakang badan ibu mertuanya seperti meredakan kemarahan.

.
.
.
.

to be continued

Sorrylah kalau bosan, tbh author dah takde idea nak sambung macam mana 😂😂 btw HAPPY NEW YEAR GUYSSS!!!

[HIATUS] the plan 》skz h.hynjnWhere stories live. Discover now