BAB 12

214 7 0
                                    

              Keesokan harinya, mereka semua mengemas beg beg mereka dan khemah mereka. Selepas sarapan, mereka semua terus balik ke sekolah mereka. Sampai di sekolah,Fatin menunggu abang aidil untuk menjemputnya. Setalah lama menunggu, disangka abang aidil yang datang ternyata cikgu shakiram.

"Sayang Jom, kita pergi hospital dulu baru balik Rumah". Kata cikgu shakiram.

" Abang aidil tak jemput ke? ". Tanya Fatin.

" Kalau ada abang kenapa nak suruh abang aidil yang jemput". Kata cikgu shakiram.

Fatin terus masuk ke dalam kereta cikgu shakiram. Mereka pergi ke hospital untuk mengechek keadaan kaki Fatin. Selepas membuat pemeriksaan, ternyata kaki Fatin tidak seteruk yang di sangka. Cikgu shakiram menghantar Fatin balik ke rumah. Dalam perjalanan, Fatin bermain dengan telefonnya. Fatin melihat video persembahan yang dia lakukan di perkhemahan itu viral. Fatin menunjukkan video itu pada cikgu shakiram. Cikgu shakiram hanya tersenyum.

"Abang tak sebarkan. Abang cuma bagi dekat aidil je". Kata cikgu shakiram.

" Kenapa lah abang aidil hantar dekat insta? Ni dah viral dah video ni. Takut pulak nak baca komen". Kata Fatin.

"Jangan baca. Kalau kalau ada komen negetif ke". Kata cikgu shakiram.

Fatin mematikan telefonnya. Sampai di rumah, mama Fatin melihat kaki Fatin berbalut. Mama Fatin terus menyuruh Fatin duduk di sofa. Cikgu shakiram membawa masuk beg Fatin.
Mama Fatin melihat cikgu shakiram terus mencubit cubit tangan cikgu shakiram.

" Aduh.. Aduh, sakit lah Ma! ". Kata cikgu shakiram.

" Mama, sudah jaga anak Mama ni kan? Kesian tengok kaki dia". Kata mama Fatin.

"Amboi, belum kawin dah panggil Mama. DAEBAK... Ni lagi satu Ma, kaki orang okey je. Bukan salah abang pun". Kata Fatin.

" Amboi, yang awak belum kawin dah panggil dia abang. DAEBAK.. ". Kata mama.

" Mane ade orang panggil dia abang". Kata Fatin.

Cikgu shakiram hanya mampu tersenyum. Mama Fatin terus cepat cepat ke dapur untuk memasak makan tengah hari.

         Tak lama kemudian, cikgu shakiram mendapat satu panggilan. Cikgu Shakiram menjawab panggilan itu dengan muka serius. Fatin menjadi tanda tanya siapa yang menelefon nya. Selepas cikgu shakiram menamatkan panggilan, dia terus memberitahu Fatin bawaha dia harus balik.

"Sayang, abang ada hal kene balik dulu". Kata cikgu shakiram.

" At least makan lah dulu ". Kata Fatin.

" Ala tak pe. Nanti bagitahu Mama tau. See you in 3 days". Kata cikgu shakiram.

"Kenapa 3 hari? Esok dekat sekolah kan boleh jumpa? ". Tanya Fatin

Cikgu shakiram hanya senyum dan balik. Fatin melihat cikgu shakiram pergi dengan muka kosong.

           Keesokannya, Fatin datang ke sekolah dengan abang Aidil. Seperti biasa, Nasha , wan dan pian menunggu Fatin di depan pintu pagar sebelum masuk ke sekolah. Fatin dan Nasha berpisah dengan Wan dan pian di tengah jalan kerana Fatin dan Nasha perlu pergi ke latihan taekwondo. Sampai di bilik training, Fatin tidak nampak cikgu shakiram.

"Nasha, kau ada nampak cikgu shakiram? ". Tanya Fatin.

" Entah, aku rasa dia tak datang. Sebab aku tengok kereta dia tak de pun dekat parking tadi". Kata Nasha.

Di sebabkan kaki Fatin sakit, dia tidak boleh buat apa apa. Dia hanya melihat  orang berlatih dengan gigih. Fatin melihat Nasha membuat kesalahan, dia terus membetulkan Nasha. Fatin membantu cikgu memberi pelajaran untuk mereka.

CIKGUKU SUAMIKUWhere stories live. Discover now