"Hi anak-anak daddy? Miss me?""Da..ddy" kata Leone dan Lorenzo serentak.
"kenapa pandang daddy macam nak makan saja?" soal daddy mereka. Leone dan Lorenzo menggeleng sebagai jawapan.
"mana mummy korang?"
"Mummy dalam bilik. Mummy tak sihat" kata Lorenzo. Tuan Solomon Alexander tersengih sinis.
"Tak sihat ke atau pura-pura tak sihat? Panggil mummy korang turun. Daddy nak tanya sesuatu dengan dia" arah Tuan Solomon dengan dingin. Leone terus saja berlari naik ketingkat dua untuk memanggil mummy mereka.
Beberapa minit kemudian, Fiona turun di tingkat bawah bersama Leone disisi. Tuan Solomon mendekati Fiona. Fiona langsung tidak berasa gentar melihat wajah dingin suaminya itu.
"Kau ada sembunyikan sesuatu dari aku?" Soalnya dingin.
"Tak ada" jawap Fiona pendek. Dia menyembunyikan rasa gentar dalam hati.
Bam.!!
Tuan Solomon menghentak meja kopi dengan kuat. Dia merenung tajam wajah isterinya.
"Aku tanya kau sekali lagi! Kau ada sembunyikan apa-apa ka dari aku! Aku nak kau jujur dengan aku. Jangan sampai aku tahu sendiri! Aku bunuh kau" bentak Tuan Solomon. Terhinjut bahu Fiona mendengar jerkahan suaminya.
"Apa pula yang saya nak sembunyikan dari awak? Awak jangan nak tuduh saya bukan-bukan eh?" Marah Fiona. Panas hati Tuan Solomon mendengar butir bicara dari isterinya. Dia bertindak menarik rambut paras bahu isterinya. Fiona terdongak memandang wajah suaminya. Sakit pada kulit kepalanya diabaikan saja. Dia sudah biasa diperlakukan begitu.
"Apa daddy buat ni? Lepaskan mummy la." Leone bertindak merungkai cengkaman daddynya pada rambut mummynya.
"Kau jangan ikut campur budak. Ini urusan aku dengan pengkhianat macam dia" Tuan Solomon menolak tubuh tegap Leone ke lantai. Leone merengis kesakitan. Tuan Solomon melemparkan berkeping-keping gambar di hadapan Fiona. Fiona terkejut melihat gambar-gambar itu.
"Siapa budak perempuan tu Fiona? Beberapa bulan kau di malaysia. Aku upah orang untuk ikut jejak kau. Dan kau selalu jumpa budak perempuan tu. Kau fikir aku tak tahu, kau yang bayar yuran sekolah budak tu kan?" Fiona hanya berdiam diri sambil merenung gambar-gambarnya bersama Aisha. Gambar mereka di restoran makan bersama dan gambar mereka di mall.
"Jawab soalan aku Fiona!?"
"Dia bukan sesiapa yang awak kena tahu. Dia cuma anak kepada kawan baik saya sejak saya masih bersekolah lagi. Awak memang tak pernah nak percaya kan saya. Sampaikan awak upah orang untuk ikut saya. Saya ni isteri awak bukan orang lain. Lebih baik awak ceraikan saya, saya tak sanggup hidup macam ni lagi" Tuan Solomom tersenyum sinis mendengar butir bicara isterinya.
"Kalau bukan sebab daddy aku, aku dah lama ceraikan kan kau. Tapi aku tak boleh sebab harta tu hanya jadi milik aku kalau aku bersama kau. Oleh kerana daddy aku sudah mati. Aku akan ceraikan kau tapi tu pun kalau aku dah buka peti tu" ujar Tuan Solomon sambil tergelak sinis.
Tuan Solomon memandang wajah lecun isterinya. Dia tahu isterinya ada sembunyikan sesuatu dari dia dan dia akan siasat sendiri.
"Aku akan siasat siapa budak perempuan. Kalau aku dah dapat. Aku akan bunuh dia dengan mak bapanya sekali" terbuntang mata Leone dan Lorenzo mendengar butir bicara daddynya.
"Awak tolong jangan apa-apa kan dia. Saya merayu. Dia tiada hubungan pun dengan saya" rayu Fiona seraya memeluk kaki suaminya. Tuan Solomon menendang badan isterinya bertalu-talu.
"Daddy!" Turun naik nafas Lorenzo melihat mummynya diperlakukan seperti itu. Dia menolak tubuh daddynya menjauhi mummynya. Leone mendekati mummynya seraya memeluk tubuh ramping itu.
YOU ARE READING
Mr Mafia Stalker (Slow Update)
RomansBila seorang mafia bertukar menjadi seorang stalker. Stalker kepada seorang gadis yang dicintainya dalam diam. Apa pula bakal terjadi? "Encik stalk saya eh? Ke mana saya pergi di situ ada encik" Aisha Umairah. Aisha Umairah atau nama sebenarnya Lily...