+prolog

161 41 41
                                    



"Nyata mahupun ilusi, menurut
pandangan kau? "

_

+Delusion | prolog


SUARA tangisan anak kecil bergema mengisi ruangan bilik khas yang berdinding kaca.

Semakin lama semakin bingit terdengar buatkan telinganya berdesing. Tak semena api amarahnya kian menggelegak tatkala melihat manusia merah itu sudah selamat dilahirkan.

Kepolosan raut wajah dan kemerahan pipi mulus itu sedikit pun tidak menjentik kasihan dalam dirinya. Sebaliknya dia mahu menceraikan roh yang bersemadi di dalam tubuh kecil itu dengan kadar segera.


Tapi, kekuatan yang dia miliki tidak setanding kudrat yang melindungi anak kecil itu. Buatkan dia menikus geram.


Kekuatannya seakan akan terhakis setiap kali dia mengambil setapak mendekati anak kecil itu.

"Excuse me, sir." Serta merta lamunannya lenyap sebaik disapa oleh seorang lelaki berwajah berseri seri.

Dari ekor mata dia dapat melihat sekuntum senyuman di bibir lelaki itu kian melebar. Buatkan bibirnya tersenyum sinis.



Dia undur ke belakang, memberi ruang kepada lelaki itu untuk mendapatkan bayinya yang masih merah.

Katil bayi ditolak keluar dari bilik khas usai menghadiahkan senyuman kepada figura yang sekadar mendiamkan diri.
Cuma matanya sahaja yang ligat memerhati tindak tanduk lelaki tadi yang sudahpun beredar meninggalkan dirinya di situ.

"Kau tidak cam aku?"

"Nampaknya kau telah hilang kemampuan istimewa. Aku kecewa kerana kau telah memilih untuk mensisihkan aku. Ini janji aku. Anak perempuan kau akan mati disebabkan pilihan kau sendiri."


+++



7 TAHUN KEMUDIAN

"Stop!" Sang pemandu memberhentikan kereta di bahu jalan sebaik suara majikannya memecah hening.

Cermin kereta di tempat penumpang diturunkan. Ralit matanya memerhati kawasan sekitar yang sesak dengan para pelajar sekolah rendah.

Lama bebola matanya melilau ke hulur hilir. Namun, figura yang dikehendakinya itu tidak jua memunculkan dirinya. "Kau yakin mereka hantar dia ke sini?" refleks lelaki itu menoleh sebaik rakan karibnya mencelah.


Sudah masuk kali ketiga dia memerhati lelaki itu yang juga memerangkap rakan dan majikannya asyik memerhati sekolah rendah ini. Persis sedang merencanakan suatu rancangan penculikan.

Tapi, sebaliknya lelaki ini tidak berbuat apa apa. Sekadar memerhati kosong sebelum beredar.



"Maksud kau, mereka mahu menyembunyikan kelahiran budak tu? Tsk." Bicaranya jeda dengan gelak tawa sebelum wajah itu kembali tandus dengan senyuman. Melihat imej itu, Louis, si rakan karib lantas meminta sang pemandu untuk meneruskan perjalanan.



Atau, lelaki ini akan melaksanakan suatu rencana di luar jangkaan. Barangkali, dia terlepas pandang.


Anak kecil yang dikehendakinya itu ada di antara puluhan kanak kanak sekolah rendah berusia tujuh tahun yang duduk menunggu di perhentian bas. Gadis kecil berambut perang yang diikat tocang.


Dirinya seakan akan tidak dipedulikan oleh rakan yang lain sehingga dibiarkan duduk bersendirian di tepi.

Dibiarkan tanpa ada teman di sisi. Cuma ada dirinya sendiri yang sering kali menjadikan patung arnab sebagai teman berbual.

"Acele!" Dari jauh, kelihatan seorang wanita memanggilnya membuatkan anak kecil itu lekas berlari anak mendekati sang ibu.
Tubuh ibunya didakap penuh erat.

"Anak ibu, how's your day in school?" Rambut perang anaknya diusap sebelum ubun ubun anak kecil itu dikucup penuh kasih. Anaknya sekadar diam.

Setiap kali ibunya bertanyakan soalan sedemikian, gadis kecil ini lebih selesa menyepi. Sekadar senyuman yang diukir penuh paksa membalas pertanyaan ibunya.

++++

13 TAHUN KEMUDIAN

Jemari dikepal kemas sebelum buku lima itu mendarat di atas permukaan meja kaca. Amarahnya dilampiaskan.

Hari demi hari, kebencian kian menyelubungi sekeping hatinya buatkan dia tidak senang duduk. Melainkan dia mulai melaksanakan rencana yang sudah lama dirancang rapi. Dia mahu mencari anak kecil itu yang kini sudah pun mencecah usia 20 tahun.

Cepat mahupun lambat, gadis itu perlu mati di tangannya. "Sh*t." spontan bibirnya menumpahkan kata kata kesat sebelum dia lekas beredar dari ruangan pejabat. Kunci kereta sempat digapai.


Usai lokasi dimasukkan ke dalam telefon pintar, dia memandu keretanya meninggalkan kediaman mewah itu. "Hospital?" sepatah kata meniti di bibirnya seraya menapak keluar dari perut kereta.

Ralit matanya memerhati kawasan sekitar sebelum langkah diatur menuju kaunter untuk bertanyakan wad pesakit. Tanpa berlengah, dia lekas mencari keberadaan lelaki yang dikehendakinya itu.


Dia tidak meminta sebarang kebenaran, malah terus meredah masuk ke dalam wad persendirian berlabel nombor 444.
"E-Encik siapa?" Matanya refleks jatuh ke arah figura yang terlantar di atas katil pesakit.

Mulutnya dipakaikan alat pernafasan. Tak semena dia tersenyum menyinis melihat keadaan lelaki itu. Setapak demi setapak dia mengatur langkah mendekati lelaki itu sehinggalah jarak antara mereka lebih kecil.

"M-Maaf, s-saya tidak kenal encik." Sekali lagi telinganya menangkap suara itu.

"Kau langsung tak menyesal hidup sebegini? Kau bakal merasai mati tapi kenapa aku tidak melihat kesal pada mata kau?" lelaki yang berusia dalam lingkungan lewat 50-an itu berasa hairan mendengar bicara yang meniti di bibir lelaki ini.

Buatkan dia tertanya tanya kenapa sehingga membicarakan soal sedemikian?

"Kau sanggup mengkhianati aku. Kau sanggup membelakangi aku. Tapi, kenapa kau langsung tidak berasa kesal memilih manusia berbanding aku? Hubungan antara aku dan kau sangat baik sehinggalah manusia tu muncul dalam hidup kau. Tsk. Lihat lah diri kau sekarang. Kau lemah."



"Tapi, kau tetap keluarga aku. Walaupun kini aku dan kau berbeza dunia. Semoga kau bersemadi dengan tenang."


Bicara itu dibisikkan di telinga sang figura yang termangu.

Seakan akan ada sesuatu terpacul di mindanya sebaik bicara itu terjeda. Usai itu, dia mahu beredar. Langkah diatur menuju pintu sehinggalah telinganya menangkap suara lelaki tua itu semula.



"M-Maafkan aku, Hayden." Automatik langkahnya mati.

Tapi, tidak pula dia menoleh kembali. Dibiarkan sahaja tatapan sayu lelaki tua itu jatuh padanya.



Esakan menjamu pendengaran namun sedikit pun tidak menjentik simpati di hatinya. Dia langsung tidak mengambil endah akan lelaki itu. Malah tatkala lelaki itu merintih meminta tolongnya saat bertarung dengan maut turut dipandang sepi olehnya.


Kata maaf dan sesalan sedikit pun tidak diambil peduli.

Rintihan si tua itu bak angin lalu. Sehinggalah lelaki itu tewas dan menghembuskan nafas terakhirnya.

"Maaf kau tiada gunanya. Anak kau pasti akan mati juga di tangan aku."




+tbc


[✓] DELUSION Where stories live. Discover now